WALIMATUL URUS

Hari yang penuh cabaran..

| Saturday, December 29, 2007
Alhamdulillah Allah memberi peluang untuk saya meneruskan agenda hidup saya sehari-hari sebagai hamba Allah yang ditaklifkan sebagai khalifah di atas muka bumi ini.. hari ini saya tergerak untu menulis setelah sekian lama menyepi.. menyepi dengan kesibukan sendiri.. sibuk dengan study.. sibuk dengan bisnes.. sibuk dengan kerja persatuan.. komitmen terhadap jemaah dan sebagainya..

Pagi tadi saya bangkit agak awal untuk solat subuh berjemaah.. berada di kampus sebenarnya menjadikan saya lebih rajin ke masjid berbanding semasa berada di rumah.. dirumah saya gak liat untuk berjemaah.. belitan syaitan terlalu kuat.. dan saya pula menjadi manusia yang paling lemah ketika itu.. lebih2 lagi dengan ketiadaan abah dan umi yang telah sekian minggu berada di Tanah Suci.. "bangun la.. dah lewat ni..taknak ke surau ke?" saya begitu alah dengan pertanyaan umi yang lembut tapi begitu menikam itu..jika tidak tiada siapa yang akan kejutkan saya untuk turun ke surau..

Usai solat subuh saya balik ke kolej.. tiada siapa pun yang ada kecuali saya dan warden kolej sekeluarga.. kuliah belum bermula.. tapi program yang dijadualkan awal memaksa saya untuk hadir lebih awal ke kampus.. tambahan tiket bas pula kehabisan.. penangan cuti hari raya Aidiladha dan Krismas.. menjadikan warga kota berebut-rebut pulang ke kampung dan berebut-rebut pula untuk kembali menjadi warga kota..

Saya baring tidak lama.. belumpun mata terlelap.. saya mendapat panggilan daripada ustaz.. "jom kuar sarapan.." ahh.. xjadi nak rehat lama sikit.. apapun sarapan pagi ni dah lepas.. he he..

Banyak yang kami bualkann.. sekadar melepaskan rindu yang lama bersarang dihati.. kami dah macam adik abang.. yang menjadi fokus biasanya isu politik.. sementelahan dengan tajuk akhbar Utusan Malaysia "BENAZIR DIBUNUH" cukup mengejutkan saya.. saya begitu tidak menyangka konflik di Pakistan hingga ke tahap itu.. tapi apakah mungkin dibelakang peristiwa dahsyat ini berdiri Amerika dan Yahudi? sama2 kita ikuti perkembangannya.. apapun seluruh gerakan Islam harus mengambil iktibar dari peristiwa ini.. jauhi dari terpengaruh dengan provokosi phak musuh.. biasanya mereka berselindung disebalik slogan jihad.. sedangkan Islam tidak mengisytiharkan perbuatan kejam dan zalim sebagai saklah satu daripada cabang jihad.. Ia bukan jalan penyelesaian .. bahkan jalan kehancurann.. politik Pakistan akan lebih kacau bilau selepas ini.. Pakistan yang memakai baju Islam akan turut menyeret nama Islam yang suci.. Umat Islam sekali lagi akan ditekan dengan slogan keganasan..

Beralih kepada politik tanah air.. kami xsependapat.. saya membayangkan gelombang perubahan sedang melanda umat malaysia hari ini.. berdasarkan berita-berita dan rencana di laman-laman alternatif.. tapi kata ustat ombak masih perlahan.. gelombangnya belum mampu membuat perubahan.. sama2 kita nantikan..

Berkenaan politik Kelantan.. ia seolah seperti bercerita kisah lawak pak pandir.. begitu melucukan.. apatah lagi bila disebut kisah YB Nazula Mat Diah yang menendang YB Zaki Ibrahim akibat tidak tahan dengan perlian jakun oleh YB Zaki.. bila diimbas kembali seolah-olah perangai samseng budak sekolah yang suka bergaduh dan terpekik melolong dengan suara yang kuat.. langsung tiada watak seorang wakil kepada rakyat.. atau pemimpin rakyat yang dipilih..

Saya teringat sewaktu di sekolah menengah saya pernah menendang tong sampah hitam apabila dicabar bertumbuk oleh budak2 di sekolah yang menaruh dendam terhadap saya.. peristiwa itu berlaku dikantin.. saya diprovok dan diejek.. dengan matlamat saya akan menyahut dengan pergaduhan.. tapi saya menyahut dengan tendangan ke atas tong sampah.. semua terdiam dengan tindakan saya.. seolah-olah saya memberi isyarat bahawa 'saya tidak takut untuk berhadapan dengan kamu'.. kesian tong sampah yang menjadi mangsa.. akhirnya mereka yang mencabar saya bertumbuk dipanggil guru disiplin.. sedangkan saya tidak dikenakan apa-apa tindakan.. hingga hari ini saya tertanya-tanya.. kenapa saya tidak dipanggil.. mungkin kerana track record saya di sekolah bersih menyebabkan pihak disiplin tidak terlalu berkira dengan saya.. bahkan saya pernah ditawar jawatan pengawas disekolah.. tetapi menolak dengan hormatnya.. tapi itu cerita semasa saya bersekolah.. dan belum matang.. tapi hari ini kita melihat tindakan seorang pemimpin rakyat yang bertindak seperti budak sekolah yang belum akil baligh.. ntah pa nak jadi jika pemimpin sebegini memimpin kerajaan.. minta dijauhkan..

Pukul 9 pagi saya meneruskan aktiviti hari itu dengan temujanji dengan tokeh bisnes yang saya buat secara sambilan.. persaan ceria saya berubah apabila tokeh tersebut seolah-olah tidak berpuas hati dengan pengurusan hutang saya.. saya masih berhutang hampir RM5 ribu.. payment lambat.. teruk saya dilecture.. mood saya 80 peratus berubah.. saya bermasalah kerana terlalu baik dengan customer saya.. ramai yang berhutang.. dan adakala ada yang mengambil barang hanya memulangkan modal... modal dibolot semuanya.. ntahla.. memikirkan soal perniagaan ni membuatkan saya termenung... apatah lagi saya disibukkan dengan kerja-kerja persatuan dan study.. dalam masa yang sama saya mengejar untuk memenuhi tuntutan yang tinggi semasa belajar.. Ya Allah tunjukkan saya jalan yang lurus... berikan saya ketenangan..

Serentak itu saya terpaksa membatalkan program yang dirancang di sebuah resort di jenderam hulu.. ahli ramai yang tidak dapat hadir daripada 2o orang yang hadir hanya sebelas orang.. lantas tempat dan masa program terpaksa diubah.. kecewa kak N pengusaha resort dengan keputusan saya.. apatah lagi bahan mentah untuk masakan sudahpun dibeli.. maafkan saya kak..

Hingga ke saat ini mood saya masih kurang baik...jiwa saya berserabut.. Ya Allah.. Ampuni saya wahai Tuhan.. berikan saya keberkatan , ketenahgan dan kebahagiaan hidup.. ameenn..

DEGUNGGGGG.... DEGANGGGG.. GANGGGG...

| Wednesday, June 20, 2007
Pada 11 Jun lepas (Isnin) saya bangkit sebelum azan subuh dilaungkan.. kebelakangan ini subuh agak awal.. membersihkan diri.. saya terus ke masjid As-Syafie.. sunyi.. maklumlah cuti semester.. cuma saya dan adinda zaidi di maktab selain ust-ust jQaf dan KDC yang mengikuti pengajian dalam cuti.. Saya hanya menumpang tidur di bilik adinda Zaidi dengan ehsan penyelia asrama.. permohonan saya untuk tinggal di asrama tidak diluluskan Ketua Warden walaupun begitu sebelum membuat keputusan untuk tidak meluluskan permohonan saya beliau telah meminta saya untuk membayar sebanyak RM79 (baki cuti semester lepas yang lupa dipotong oleh finance). Kata penyelia bilik banyak.. tapi K.Warden ada masalah peribadi dengan saya.. (dalam hati saya menyumpah seadanya.. Astaghfirullah..). pada saya ini adalah pentadbiran zalim.. saya bukannya duduk percuma tapi berbayar.. Entahlah..



Usai solat subuh.. saya menadah tangan sendiri tanpa menunggu imam menghabiskan wirid.. saya kena cepat.. saya harus segera ke KLIA.. anak-anak buah saya (khayr, umayr dan dhuha) sekeluarga yang saya rindui dalam perjalanan ke KLIA dari Kota Bharu untuk ke Kudat, Sabah. Sudah tujuh tahun kak Pah dan Abg Yoman menabur bakti di sana sebagai pendidik namun baru-baru ini harapan untuk balik ke semenanjung gagal lagi.. terpaksalah ,mereka dan membilang tahun dan terus menunggu lagi. Dua tahun lagi biarlah saya dipostingkan di sekitar Bangi sahaja.. mudah untuk saya laksanakan cita-cita saya. Tapi kalau sudah ditakdirkan ke sana, apalagi nak dikata. Terimalah sebagai suatu tempoh berharga menimba pengalaman hidup ditempat orang.



Bersiap seadanya.. Baju Raihan kotak-kotak yang baru saya beli di Kota Bharu minggu lepas saya sarung kemas.. dan saya sarung sweater Adidas biru tua.. dengan seluar slack hitam.. Huh.. bergaya sungguh saya hari ini.. sekali sekala apa salahnya.. tapi yang paling tak bergaya ialah saya hanya mengenakan selipar kulit Mydin yang berharga RM16.90.. bantai jela.. malas saya nak selongkar kasut saya yang masih tersimpan di dalam stor yang sarat dan memeningkan saya untuk memindahkan kembali barangan saya.



KRISS 110 yang berumur hampir 5 tahun bergerak meninggalkan maktab tanpa mendapat pemanasan enjin yang secukupnya .. hampir 4 km perjalanan.. baru saya teringatkan hanset saya.. “Ya Allah.. tinggal atas meja..” saya patah balik mengambil hanset..”



Perjalanan dari B. Baru Bangi ke KLIA mengambil masa lebih kurang 40 minit melalui highway.. sepatutnya saya melalui jalan pintas melalui Dengkil tapi disebabkan takut sesat, saya ikut highway saja.. sepanjang perjalanan saya menjadi begitu risau.. risau motor saya terbalik atau mati di tengah jalan.. kerana saya rasakan begitu tidak selese dengan prestasi enjin.. lagipun agak lama juga saya tidak servis motor yang byk berjasa ini..



Dalam lingkungan 1km ke KLIA saya mula mendongak mencari-cari signboard arah ke pintu masuk..

Tiba-tiba tanpa saya sedari di hadapan seorang pakcik sedang terbongkok-bongkok memulas skru tayar.. Dengan jarak lebih kurang 6 meter daripada taxi itu saya cuba mengelak.. tapi.. “ DEGUNGGGG.... DEGANGGGGGGGG... GANGGG.......” saya tercampak dan tergolek beberapa meter...... bersambung...
| Monday, June 18, 2007


Amani Dan Dunianya


Posted on Monday, June 18 @ 09:41:20 MYT by SongkokPutih
 Oleh Drfikrah

Tengoklah sendiri, apa dah jadi pada Amani. Di manakah kehidupannya yang sebenar? Di manakah nilai-nilai murni di dalam jiwanya, Di manakah nilai kewanitaannya? Apakah puncanya? Di manakah Etika Artis? Siapakah yang patut dipersalahkan? Tak serik lagikah dengan kes Lina Joy yang semakin memberi kesan parah?

Dunia,
Ku tahu dirimu menjangkau usia,
Ku tahu dirimu digilai manusia,
Ku tahu dirimu membayangi Malaysia,
Ku tahu dirimu sia-sia,
Dunia,
Kau dihiasi hilai tawa,
Kau dipenuhi jutaan pria,
Kau menghantui jiwa-jiwa,
Kau tutupi mata manusia,
Dunia hari ini,



Hari ini manusia berbangga dengan dosa maksiat yang dilakukan tanpa menghiraukan sebarang amaran dan larangan Allah SWT. Lihatlah di kaca televisyen, internet, akhbar dan sebagainya, masing-masing memaparkan kebobrokan masyarakat hari ini. Sudahlah mereka melakukan maksiat, ditambah pula dengan kebanggaan dengan kelakuannya tersebut.
Orang-orang ini berbangga dengan dosanya, contohnya seorang yang berzina yang mengheboh-hebohkan kepada manusia lain bahawa dia sudah dengan berzina dengan lelaki sekian-sekian. Bukankah ia seperti memanaskan air sehingga mendidih di dalam periuk besar, kemudian sengaja selamkan muka di dalamnya. Tak malukah dengan perbuatannya?
Dunia hari ini,

Kalau dahulu, apabila dituduh sebagai pelacur, beriya-ia si pelacur menafikan perbuatan tersebut, tetapi hari ini, dengan selambanya dia berkata “memang aku pelacur”. Bertambah dahsyat, apabila terdapat pula orang yang ketiga mengatakan “biarkanlah dia melacurkan dirinya, kenapa perlu sibuk hal orang lain?”.



Hari ini, orang yang ingin menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran, ditentang habis-habisan oleh mereka yang seagama tetapi tidak sehati. Imbas kembali Kes Zouk, mereka yang membuat maksiat dibela dengan memaparkan slogan “Hak Asasi Kemanusiaan”. Tidak bodohkah mereka yang mengaitkan maksiat mereka dengan Hak Asasi Manusia?

Kalau hendak dibesar-besarkan Hak Asasi Manusia, mengapa pengedar dadah ditangkap, pencuri diberkas dan penjenayah dihukum? Bukankah itu hak individu? Inilah pemikiran “bodoh” yang tidak pernah berfikir secara betul. Bayangkanlah, bukankah arak dan lacur juga membawa keburukan seperti mencuri, merompak dan membunuh? Tetapi, mengapa golongan ini sahaja yang ditahan sedangkan arak dan lacur tersebar dengan meluas dan mereka yang cuba menghalang akan didakwa.
Dunia hari ini,



Hari ini kita menyaksikan dunia artis semakin diseleweng dan terpengaruh dengan budaya-budaya barat, walaupun adakalanya ia hanya direka-reka sendiri oleh anak-anak Melayu. Contohnya pengamalan seluar londeh sehingga menampakkan alur punggung, yang menjadi kebanyakan pengamalan muda mudi. Louisiana , selatan Amerika Syarikat telah menetapkan undang-undang bahawa mereka yang berkelakuan demikian dianggap sebagai salah satu jenayah dan akan dikenakan hukuman.

Malangnya hari ini, inilah yang dikatakan oleh muda mudi Melayu sebagai trend zaman maju. Tak pelikkah? Apa yang dikatakan dengan kemajuan kalau seluar pun dipakai londeh? Inilah peniruan yang tidak sepatutnya menjadi pengamalan dan adakalanya dijadikan budaya yang mesti diikuti, walaupun ia sendiri menggambarkan le”bodoh”an pengamalnya.
Dunia hari ini,

Amani yang telah dirobotkan dan diperkudakan oleh Yasmin Ahmad sehingga dia sanggup membotakkan kepalanya dan menjual maruahnya. Hilang kelembutan wanita di dalam dirinya. Hilang kesopanan gadis Melayu di dalam jiwanya. Hilang adab-adab murni di dalam hatinya. Cukup dia seorang yang dijadikan “duta” untuk memburuk-burukkan Islam dan menjatuhkan imej wanita di mata dunia.

Untuk mereka yang mempunyai akal,
“Fikirlah dengan sentuhan naluri hati, anda akan mendapat kebenaran yang hakiki, jauhilah keinginan nafsu yang membuta, anda akan sesat di dalam kegelapannya”

www.drfikrah.blogspot.com

Patriotisme bukan cinta paksa

| Monday, April 2, 2007
Baru-baru heboh di media berkenaan cadangan pengasingan kem PLKN bagi peserta lelaki dan perempuan.. isu sebegini merupakan isu lama yang menjadi antara punca merebaknya gejala sosial di kalangan remaja.

bagi mereka yang mengikuti pengajian di sekolah agama lebih lebih di sekolah lelaki sebagaimana yang saya tempuhi lewat pengajian di sekolah menengah masalah ini tidak banyak mengesankan kami ekoran keterhindaran kami dengan program-program sebegitu.. malah bercakap dengan perempuan merupakan suatu yang tempoh yang sukar bagi kami. namun berbeza dengan mereka yang melalui tempoh persekolahan di aliran perdana.. masalah ini semacam sudah tidak menjadi masalah mereka.

biasanya program yang banyak melibatkan program yang banyak melibatkan ikhtilat atau pergaulan yang sukar untuk untuk dibatasi antaranya ialah kegiatan badan beruniform, perkhemahan, program bina semangat (BTN), Bina Insan Guru (BIG) di intitut perguruan, dan yang sewaktu dengannya..

Di bawah ini saya turunkan artikel oleh Ustaz Hasrizal. mudah-mudahan dapat memberi kefahaman kepada kita.

Patriotisma bukan cinta paksa

Apr 2nd, 2007 by saifulislam

1993

“Hah, padan muka. Inilah balasan Tuhan kepada kamu!”, herdik pegawai itu kepada kami yang masih basah kuyup selepas meranduk sungai di Janda Baik.

Telinga saya merah. Perasaan marah berubah menjadi semacam dendam.

Saya terkenang kembali kepada rentetan peristiwa beberapa hari yang lalu. Saya dan rakan-rakan dihantar ke kem ini untuk membina patriotisma sebelum dihantar pergi meninggalkan negara. Bimbang kalau-kalau hati berubah rasa, beralih cinta melupakan desa.

Saya dilantik sebagai penghulu, hasil undian majoriti. Alhamdulillah. Antara suka dan derita. Saya derita kerana tidak mahu dibebankan dengan hal-hal remeh yang menyulitkan saya. Tidak cukupkah dengan beban menjadi peserta? Kenapa mahu mengambil tugas menyelia peserta-peserta yang lain pula?

Tetapi timbul sedikit rasa lega kerana dengan tugas sebagai penghulu, saya dapat bertindak mengawal perjalanan program, agar tidak berlaku apa-apa yang mencederakan Iman dan Islam saya.

”Kamu semua yang nak ke Jordan, Mesir dan Morocco, dengar sini”, kata salah seorang pegawai. Mukanya bengis, sekurang-kurangnya pada perasaan dirinya.

”Minggu lalu kami baru sahaja habis mengkursuskan Imam-imam. Kalau setakat imam-imam tu, kami letak bawah ini sahaja!”, katanya penuh angkuh sambil memegang tapak kasutnya.

Ia semacam suatu amaran kepada kami. Jangan cuba untuk tunjuk pandai atau mahu lebih-lebih.

Tetapi bahasa pegawai itu menambahkan kebencian saya kepada program ini. Kebencian yang bukan emosi. Tetapi kebencian kerana ia suatu penghinaan kepada agama saya, oleh orang saya sendiri. Marah saya bukan kerana saya anak muda.Tetapi kerana soal harga diri dan agama.
Perjalanan kursus berterusan seperti yang mereka rancang. Setiap peserta ditugaskan untuk menjaga amanah membawa sebiji telur ayam mentah. Telur ayam saya telah pecah apabila seorang pegawai sengaja merempuh saya ketika sedang lalu di koridor.

”Huh, kalau telur sebiji pun tak boleh nak jaga, macam mana nak jadi pemimpin negara!”, ulasnya sambil memberikan saya sebiji bata sebagai ganti kepada telur yang pecah itu.

Itulah harga sebuah kepimpinan negara kepada pegawai tersebut agaknya. Hanya seperti sebiji telur ayam.

Kemudian kami diarahkan untuk melukis bentuk geometri kesukaan kami secara spontan. Kebanyakan kami melukis bentuk bulat. Ia mudah, simbolik dan boleh ditafsirkan dengan pelbagai maksud yang positif.

Tetapi pegawai tersebut telah memberikan komen bahawa masyarakat yang suka bentuk bulat seperti bulan purnama ini lazimnya adalah masyarakat yang gilakan seks! Hanya sekadar mahu menyindir penyebaran pengaruh parti Islam pembangkang, beliau telah mencederakan pemikiran kami dengan idea-idea sampah seperti itu. Saya hanya mendiamkan diri.

Tiba-tiba lampu dewan ditutup…

”Yang tak berapa tinggi sila ke belakang dan yang tak berapa rendah sila ke depan. Pastikan yang tak berapa tinggi berada di depan kamu, manakala yang tak berapa rendah berada di belakang!”, jerit pegawai tersebut.

Maka riuh rendahlah di dalam gelap para pelajar cuba mencapai maksud arahan yang gelap seperti gelapnya dewan malam itu. Lelaki dan perempuan habis bertembung dan berlaga depan belakang.

Saya hampir hilang sabar. Di dalam gelap saya menjerit, ”siapa sayang iman, sila ke tepi!”

Apabila lampu dipasang semula, kelihatan ramai dari kalangan batch saya yang berdiri di tepi dinding dewan. Hanya kumpulan yang akan ke UK dan USA sahaja yang berbaris di tengah-tengah dewan.

Muka pegawai itu merah padam. Marah benar dia kepada kami.

Masuk hari ketiga, sekumpulan pelajar perempuan telah datang kepada saya meminta bantuan. Mereka mohon dikecualikan daripada masuk ke dalam kolam kerana pakaian yang basah kuyup akan mendedahkan aurat. Tambahan pula, pelajar akan dimasukkan ke dalam kolam berselang seli antara lelaki dan perempuan.

Saya tahu ini bukan permintaan yang mudah. Namun sebagai penghulu, saya memberanikan diri.

Keesokan pagi, semasa solat Subuh, saya telah menjadi Imam. Surah al-Sajdah dibaca dengan penuh rasa syahdu. Bukan apa, tetapi terasa pagi ini bagai kemuncaknya. Ia adalah pagi terakhir kami di kem ini, dan kami akan melaksanakan kembara merentas desa selepas terbit matahari.

Saya membaca Qunut Nazilah agar Iman kami yang masih muda dan mentah ini tidak dicemar. Dan kepada Allah jua kembalinya segala hukuman kepada mereka yang melanggar batas agama. Semua jemaah mengaminkannya, termasuk pegawai-pegawai yang ada.

Selepas selesai solat dan tazkirah, saya bangun menuju kepada ketua pegawai yang bertugas. Beberapa orang sahabat datang mengelilingi kami berdua.

”Maafkan saya tuan. Sebagai penghulu, saya bertanggungjawab memastikan permintaan anak buah saya disampaikan. Pelajar perempuan mahu dikecualikan daripada masuk ke kolam. Atau sekurang-kurangnya mereka tidak dimasukkan berselang-seli dengan lelaki. Bukan mengada-ngada atau manja, tetapi untuk menjaga hukum agama!”, saya bersuara.

”Oh tak ada masalah. Kalau itu yang mereka mahukan”, kata pegawai tersebut.

Subhanallah terkejut saya dibuatnya. Tidak sangka semudah itu. Saya menjangkakan adanya pertengkaran dan saya telah pun bersedia.

Selepas sarapan pagi, kami semua berkumpul di padang. Selesai menyanyikan lagu Negaraku dan Wawasan 2020, undian diadakan. Ditakdirkan Allah, kumpulan saya mendapat giliran yang pertama untuk memulakan perjalanan.

”Tidak ada sesiapa pun dikecualikan daripada masuk ke kolam. Lelaki atau perempuan, semua kena masuk. Keputusan adalah muktamad!”, pegawai yang saya temui pagi tadi telah mengengkari janjinya.

Semua orang memandang ke kiri dan ke kanan.

Saya yang kemarahan gagal mengawal perasaan. Saya melangkah ke hadapan dan menegur pegawai tersebut.

”Masuk kolam saya tak kisah. Tapi kalau menipu dan mungkir janji, ini yang saya kisah!”, saya mengangkat suara sambil mencampakkan bata di tangan ke padang.

Pegawai tersebut sedikit terkejut. Saya dan kumpulan saya telah bergerak menuju ke kolam. Tali direntang di tengah-tengah kolam sepanjang kira-kira 30 meter. Air kolam pun agak dalam. Saya sendiri hampir-hampir tidak mencecah dasarnya.

”Macam mana ni Hasrizal? Kami nak masuk ke?”, tanya beberapa orang ahli kumpulan saya yang perempuan.

”Jangan masuk! Pergi jalan ikut tepi kolam”, saya bersuara keras.

Semua orang lain hanya memerhatikan kami. Pegawai itu juga menjeling tajam.

Perjalanan kami memang perit. Oleh kerana malam tadi hujan lebat, maka banyak pohon buluh yang rebah ke atas sungai. Oleh kerana tiada jalan lain, kami terpaksa merangkak di dalam sungai. Sesekali terteguk juga air.

Bahagian paling sukar adalah ketika mendaki bukit yang cerun. Tanah liat yang basah tambah menyulitkan keadaan. Saya memohon maaf kepada beberapa ’ustazah’ kerana terpaksa menarik tangan mereka lantaran keadaan yang tidak memungkinkan mereka untuk memanjat tanpa bantuan.

Ditakdirkan Allah, kumpulan saya selaku kumpulan pertama telah terkeliru kerana tiada sebarang kesan perjalanan di hadapan. Semua lorong masih segar tidak terusik. Kami telah tersesat hingga termasuk ke kebun sayur orang asli.

Oleh kerana kami tersalah jalan, kami yang bergerak paling awal telah menjadi kumpulan kedua akhir sampai ke hujung perjalanan.

“Hah, padan muka. Inilah balasan Tuhan kepada kamu!”, herdik pegawai yang menanti kami.

Saya hanya mendiamkan diri kerana tiada faedahnya untuk saya berbalah. Tambahan pula hati yang teramat kecewa kerana terlepas solat Jumaat terakhir di Malaysia lantaran kembara itu…

2007 @ IIUM

Peristiwa ini telah lebih 15 tahun berlalu. Saya terfikirkannya kembali apabila saya membaca perkembangan konsep La Patrie yang berkembang di era Napoleon Bonaparte di Perancis.

Patriotisma dan cintakan negara adalah sesuatu yang bersifat perasaan dan emosi. Ia adalah cinta. Dan cinta tidak boleh dipaksa. Saya tidak faham apakah falsafah yang dipakai untuk memaksa kami cinta dengan pendekatan sedemikian rupa. Aktiviti lasak memang kami gemari. Tetapi menghina pemikiran dan pendirian agama, itu suatu kedangkalan idea.

Pada saya, lebih kuat kita mendalami agama, lebih dalamlah rasa cinta kepada tanah air. Timbul dalam diri rasa mengambil berat terhadap setiap sesuatu yang berlaku kepada negara dan enggan menerima penentangan, sama ada oleh ancaman musuh, mahu pun oleh anai-anai korupsi dalaman.

Patriotisma bukan lagu Negaraku. Patriotisma bukan Jalur Gemilang. Patriotisma adalah keprihatinan dan ketinggian perasaan seorang rakyat yang mahukan segala yang terbaik untuk negaranya.

Orang yang paling kuat beragama, itulah yang paling cintakan negara.

Mengapa diperbodohkan pemikiran pelajar agama, hanya kerana sentimen partisan yang sempit makna?

ABU SAIF @ www.saifulislam.com

"Kita ngaji Quran ye.. "

|
"Mari la sini.. datang dekat ustaz.. ustaz xmarah.. mari la kejap.. ustaz nak cakap sikit.." saya memandang budak berusia 12 tahun yang saya digambarkan oleh keluarganya sebagai nakal.. keras kepala.. pemalas.. dan sewaktu dengannya..

3 minggu lepas ayahnya sudah datang bertemu saya ketika saya sedang mengajar di rumah birasnya...."abang dah xtau nak buat ape.. mengaji quran malas.. belajar malas.. ustaz ada doa ape2 x untuk lembutkan anak saya ni..' saya tersenyum sumbing sambil teringat surah Taha ayat 1 hingga 5 yang di ajar oleh Ustaz Haron Din semasa merasmikan cawangan Darus Syifa' IPIS di markaz utama dekat Bandar Baru Bangi... "sebaik2 doa adalah dari ibu bapanya sendiri.." saya membalas bersahaja sambil mendengar Kak Ngah membaca Quran.. Mungkin kerana merasakan saya sibuk memberi tumpuan kepada kak ngah, dia bingkas bangun.. keluar.. kesian pula saya melihatnya..

hari ini ketika tengah saya menumpukan perhatian kepada kak ngah dia datang lagi bersama isteri dan anaknya yang dikatakan degil itu.. puas ibu bapanya memujuk supaya dia naik ke rumah bertemu saya samun tetap degil.. tidak berganjak.. akhir sekali saya bangun dan memujuknya supaya naik dan duduk melihat saya mengajar..

usai kak ngah.. saya tahan dahulu kak long.. supaya saya boleh memujuk budak 'degil' itu.. saya menadapnya dengan ayah dan ibunya dikiri dan kananya.. "adik nama pe?" saya bertanya lembut.. "Omar.." jawabnya malu.. "Omar.. kita ngaji Quran ye.." dia mengeleng.. "kenape.." saya bertanya selembutnya.. "malas.. penat.." jawabnya senyum.. "Omar dah baca sampai mana?" "Iqra' 3.." jawabnya.. "Ok la 2.. kita kena ngaji.. nanti macamana kita nak solat.. Omar dah darjah enam.. nanti kalau masuk sekolah menengah lagi malu.. pastu.. kalau abah mak sakit sape yang nak tolong bacakan Quran kalau Omar xpandai baca.. Sian mak abah.." saya cuba memancing.. beberapa kali saya memutar-mutar hujah yang datang secara tiba-tiba itu.. dan Omar terus dengan gelengannya..

saya meminta buku Iqra' dari sepupunya.. dan saya buka kepadanya dan menyuruh Omar baca.. "Omar baca.. Ustaz nak tengok sampai mana Omar dapat.." "saya xboleh ustaz.." "cuba la dulu.." gesa saya.. dia terus membaca dengan agak lancar dan saya terus memuji member peneguhan.. selepas beberpa muka surat saya putuskan Omar boleh membaca dan saya minta waktu dari Omar.. dia tidak menolak lagi.. kami setuju pada waktu petang sabtu dan ahad.. "kita nak start bila ni Omar..?" tanya saya memberi galakan.. "minggu depan ye ustaz.." jawabnya minat tidak seperti permulaan kami berbicara.. saya angguk sambil tersenyum... dia bangun dan meraih tangan saya dan mencium tangan saya tanpa disuruh..

saya meneruskan pengajaran saya denagn kak long yang belajar di dalam darjah 5 dan di sambung ibunya yang masih muda.. (saya kira dalam lingkungan awal 30-an). akhir sekali saya melayan neneknya (lewat 60-an) sambil mengajarnya menghafal ayat Kursi.. dengan lidah yang keras dan tidak mengenal huruf cukup menyukarkan saya.. namun saya usaha sekadar yang mampu.. dalam masa yang sama saya cuba menjadi teman berbualnya dan tempat nenek meluah perasaan.. hari ini dia menceritakan kisahnya dan arwah suaminya.. sehinggakan dia bergegas mengambil potret suaminya menerima anugerah daripada Sultan Abdul Aziz Shah untuk ditunjukkan kepada saya sedari saya meminta diri untuk pulang.. "nanti kenduri kat sini minggu depan kau datang ye.. " pesan nenek yang saya tatap ibarat nenek saya yang kedua-duanya telah mengadapa Ilahi.. "insyaAllah nek.."

dalam saya berkemas untuk pulang.. sampai message dari Syuhil.. "oi.. Hang lambat lagi ka nak balik.. bubur kacang dah nak sejuk ni.." saya tersenyum.. rupa-rupanya bubur yang kami syer sudah sampai dari rumah kakak Nik.. jam menunjukkan pukul tujuh malam.. segera saya menghabiskan teh yang berbaki.. saya harus bergegas pulang.. saya kena hantar bubur dekat budak-budak sebelah sana..

saya dan mathurat..

|
Apr 2, '07 2:28 AM
for everyone
Selepas berjemaah subuh tadi.. saya terus balik.. Bacaan Mathurat belum bermula semenjak kepimpinan biro dakwah berubah.. mungkin masih dalam penyusunan.. InsyaAllah mungkin selepas ini akan lebih lancar..

Saya cukup terkesan dengan mathurat ini.. saya mengenali mathurat sedari kecil.. sedari abah giat berusrah sekitar awal 90-an.. dan dengan penekanan oleh ust Man naqib pertama saya di kampung yang sangat saya rindui... kerap kali bila saya bercuti ust akn sibuk.. maklumlah dia seorang lawyer muda.. dan saya terikut-ikut dengan gayanya sehingga pilihan pertama dalam borang permohonan ke universiti selepas SPM saya memilih jurusan undang-undang..

walau ramai yang membantah.. terutama umi.. abah.. guru-guru disekolah.. saya tetap berkeras... meneruskan cita-cita saya dengan galakan ustaz.. "siapa kata jadi lawyer haram.. mana hujahnya.. adakah kita ingin membiarkan sistem perundangan dikuasai oleh orang-orang bukan Islam yang tidak akan langsung bercita-cita menegakkan syariat Islam...?

Alhamdulillah.. saya menolak tawaran ke Kolej Matrikulasi Kedah di Changloon dalam bidang perakaunan.. dan memilih untuk mengikuti matrikulasi undang-undang di Pusat Matrikulasi UIA.. saya aman, bahagia, tenang dan penuh bersemangat belajar di situ.. Dengan Us Aman dari Habsyah yang mengajar Bahasa Arab level 3, ustazah mariam, Us ahmad Al-Muhammadi dengan subjek Fundamental Knowledge of Muslim.. cabaran lecturer terhadap saya yang agak kaku berbahasa Inggeris.. dengan semangat Us Maszlee yang sering bertanya khabar (us Maszlee dan Us Hamidah teman rapat abang dan kakak saya semasa di Jordan) dan kuliah Hadith 40nya yang berkesan.. dan saya pernah bersamanya dalam program ceramah palestinnya.. sekadar teman bicaranya.. dengan sahabat sedorm yang 14 orang semuanya di aras tiga.. kesemuanya budak laws yang sukar untuk saya hambat kehebatan mereka.. dan sempat mengikuti usrah di surau aras bawah Abu Bakar Colledge..

namun semuanya bagai menghempas perasaan saya.. sebulan selepas pendaftaran saya mendapat panggilan dari rumah.. saya ditawarkan untuk mengikuti program ijazah sarjana muda perguruan di maktab perguruan islam.. remuk redam hati saya.. bagaimana dengan cita-cita yang lama saya semai ini... saya cuba menolak.. tapi dibalas dengan titis air mata ummi.. dan rajuk abah.. pujukan kak long menambah rasa berbelah bahagi saya.. antara cita dan cinta.. saya memilih cinta.. taat dan kasih kepada kedua ibu bapa..

saya menjalani orientasi dengan penuh rasa memberontak.. hari akhir orientasi saya naik ke atas pentas.. denda kerana tidak menyerahkan kamera kepada urusetia semasa pendaftaran.. disorak maki oleh para senior.. menambah parah luka yang tidak pernah berusaha untuk pulih...

seminggu selepas orientasi.. seminggu juga saya menjamah nasi berkuah air mata pilu.. kenapalah nasib saya begini.. Apakah hikmah yang Allah nak tunjukkan kepada saya.. saya memberontak.. namun dengan teman2 yang senasib sentiasa berdampingan dan nasihat para pensyarah saya menjadi lebih kuat..

di sini saya berkenalan lagi dengan Mathurat.. setiap pagi ahad selepas solat subuh.. wirid diganti dengan mathurat.. diikuti kuliah subuh.. selepasnya jamuan nasi lemak pedas.. yang kegkadang cukup mencabar perut dan lidah timur saya..

saya berkenalan lagi dengan tambah rapat dengan Mathurat... dengan Ustaz Ismail Che Ku.. "tidak layak bagi seorang muslim yang mengaku dirinya sebagai pejuang Islam tanpa dia mengamalkan wirid mathur ini"... kata-kata ini cukup mengesankan saya..

saya cukup berbangga apabila sudah wujud kumpulan mathurat di IPIS selepas solat asar di masjid.. tanpa gesaan daripada sesiapa.. ia adalah kesedaran pelajar selepas lama hidup dengan penuh kekosongan..

doakan saya agar terus beristiqomah.. Teruskan perjuangan...

PBS

| Friday, March 30, 2007
Semalam saya tidur agak lewat mencari bahan untuk syarahan sempena Ma'al Hijrah.. tanpa menyiapkan teks dan isi yang sempurna saya terbungkam dengan laptop ternganga sehingga subuh..

Subuh..
Hujan.. saya gagahkan juga solat di masjid (rasa malu bercampur segan untuk memanjakan diri solat di bilik).. Usai Mathurat saya pulang dengan baju habis lencun walaupun saya berbaju hujan.. saya menyambung mencari bahan sebanyak yang mungkin..

7.40 pagi
"camana syeikh.. kat luar hujan lagi ni.." tanya saya pada sahabat sekumpulan (2 minggu berturut-turut saya perlu ke sekolah untuk mencari bahan untuk assignment yang perlu dihantar dua minggu lagi.. kami memilih ke sekolah kebangsaan putrajaya 1 di Presint 8.. sambil-mencari angin baru.. )... "ala.. hujan bukan lebat manapun.. jomlah.."

sampai di sekolah stokin saya basah lencun.. kaki saya mengecut sejuk.. "jom kita makan.. ana da lapar.." saya mengajak..

saya menyenduk nasi lemak dan memesan segelas milo tarik.. duduk di kerusi yang agak terasing.. tidak sampai lima minit ruang makan guru tempat kami makan dipenuhi guru-guru perempuan beserta riuh gelak ketawa riang gembira, senda gurau, tabarruj, aurat.. seolah-olah kami ini tidak wujud di situ.. saya kira ini adalah suasana biasa yang bakal ditempuhi oleh kita semua.. lebih kurang di situ lebih sepuluh orang guru perempuan.. benarlah sabda nabi yang menyatakan di akhir zaman nanti seorang lelaki akan mengurus 50 orang wanita..

Daripada Anas r.a. berkata: "akan kuceritakan kepada kamu sebuah hadits yang tidak ada orang lain yang menceritakannya setelah aku. Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: " Diantara tanda Qiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, belaku banyak perzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, shingga nantinya seorang lelaki akan mengurus lima puluh orang perempuan." (Hadits riwayat Bukhari dan Muslim)

kengkadang saya terfikir mengapa dengan senang sesetengah orang menyalahkan orang lelaki apabila pelajar perempuan ramai ke universiti dengan memberi alasan orang lelaki lebih ramai ke pusat serenti.. jika kita beriman dengan hadis ini saya kira sudah tentu alasan tadi tidak akan mudah keluar dari mulut kita.

saya juga terfikir mungkin inilah hikmah orang lelaki dibenarkan berpoligami.. kerana berperanan dalam mengimbangkan jumlah wanita yang ramai dan tidak memiliki pasangan hidup.. jadi dengan poligami InsyaAllah nasib golongan janda yang menanggung anak-anak mungkin akan lebih terjaga dan nasib andartu akan lebih terbela dengan kesanggupan kaum lelaki mengamalkan poligami... jika Allah mengharamkan poligami, saya tidak tahu bagaimana nasib para armalah, ibu tunggal dan janda serta andartu akan terbela..

saya mempunyai sebuah kisah yang saya simpan untuk pedoman saya dan para sahabat.. Ia berlaku ke atas seorang akhawat.. akhawat ini saya namakan sebagai zainab.. zainab anak seorang guru agama yang dikenali ramai dengan kehebatan dan kealimannya.. zainab dianugerahkan fizikal yang dikatakan tidak menarik bagi kaum lelaki.. dengan tubuh yang agak lebar dan kulit hitam manis ia seolah terasing dari pandangan kasih manusia bernama lelaki.

sehinggalah umurnya meningkat dan menyambung pengajian ke peringkat sarjana.. masih belum juga dirisik mahupun disunting orang.. sehinggalah pada suatu hari disunting oleh seorang hafiz yang berkenan dengan kesolehahannya.. namun bunga-bunga yang mula berputik itu dihalang oleh sang ayah.. kata ayahnya budak hafiz itu tidak sekufu dengannya .. budak tersebut hanya memiliki segulung diploma sedang zainab punya sarjana.. mana mungkin taraf pendidikan membezakan mereka.. menangislah zainab menghadapi perintah dan keputusan sang ayah yang dikasihi..

hingga suatu hari zainab disunting oleh pensyarahnya sebagai isteri kedua dalam usia zainab lewat 30 an.. kata sang ayah dia tidak rela melihat anaknya bermadu.. dan teruslah zainab menahan kesedihan antara cinta dan ketaatan terhadap kedua ibu bapa.. sehinggalah sang ayah meninggal.. Hari ni zainab belum bertemu jodoh.. sekarang usianya mencecah 35 tahun..

pada saya alangkah baiknya kalau zainab berkahwin walaupun bermadu daripada terus-terusan menahan perasaan yang boleh membawa kederhakaan kepada Allah swt..

Moralnya fikir sendiri...

selepas bersarapan saya menyambung menyiapakan teks yang tidak sudah-sudah... naik ke library saya diriuhkan dengan suasana murid-murid yang memang fitrahnya sukar untuk mengawal diri dan pergerakkan.. riuh pelajar sama naik dengan riuh guru... terfikir saya bagaimana la agaknya apabila saya mengajar nanti... mampukah saya menahan suasana yang memboringkan srta memeningkan ini..

saya terus menyiapkan teks saya dengan talian imternet yang saya 'curi' daripada pc di situ dan saya sambungkan ke laptop saya..

11.30pagi..
"jom balik.." "jom.."
Ya Allah... teks syartahan saya masih di awang-awangan lagi.. Ya Allah tolonglah saya..

2.30 petang..
saya mendaftar sebagai peserta keenam.. dengan membawa Tajuk: Hijrah membina tamadun ummah...
entah apa yang saya syarahkan.. saya sekadar melopomg melihat adik-adik keluar seorang demi seorang mengambil hadiah... tahun ini masih bukan milik saya.. hancur harapan saya untuk mewakili institut bersyarah di Tawau.. ada la tu hikmahnya..

8.15malam
bersama sahabat membersih rumah sewa ustaz fazdi yang akan ditinggalkannya.. ustaz da beli rumah di seksyen tujuh.. tapi tetap berjauhan dengan zawjah tercinta dengan ditemani ananda yang dikasihi.. sabarlah ustaz.. nanti hujung minggu ustaz boleh balik kan.. jangan tambah cawangan sudah la ustaz.. kesian zawjah ustaz..tapi kalu nak tambah jugak ana boleh tolong.. =>......

budak sedih ooo.. budak sedih...

| Tuesday, March 6, 2007
Sudah tazkirah saya turun makan...hari ini saya masih xberpuasa.. entah bila saya akan kembali mampu berpuasa seperti dahulu.. saya begitu rungsing untuk berpuasa dengan keadaan kesihatan saya yang makin merosot sejak akhir-akhir ini..
______________________________________________________________________________
Minggu sudah saya ke klinik.. (test darah dan urin)..kerana demam-demam dan pening yang semakin kerap.. kata doktor wanita yang memegang tangan saya tanpa sarung tangan.. (ntah la..runsing betul saya..bilakah doktor yang 'berfikrah' akan mendominasi pusat-pusat kesihatan di negara Islam (?) yang kita kasihi ini..)

"daripada ujian yang dilakukan. kamu sebenarnya dalam keadaan normal tanpa penyakit.. saya rasa demam-demam yang kamu alami mungkin disebabkan tekanan... kamu masih student ke?.. (saya mengangguk lemah).. mungkin kamu tertekan dengan exam.. tidur kamu cukup ke? (saya tersenyum pahit).. saya keluar mengambil ubat di farmasi dan melangkah longlai menuju parkir motosikal..

ada benarnya kata doktor tu.. adakalanya kita tak sedar kita sebenarnya mengalami tekanan (mungkin sudah lali berkeadaan begitu).. tapi kalau tekanan disebabkan exam.. saya rasa tidak..
______________________________________________________________________________

selesai makan (saya hanya menjamah roti telur dan nescafe sejuk untuk makan pagi merangkap makan tengahari.. mulut saya sudah tawar untuk menjamah nasi di cafe..) saya naik ke kelas.. menunggu di luar kelas.. (konflik ustaz n akhawat dalam proses penyelesaian..terpaksa la kami menunggu)..

dalam masa itu saya sempat menelefon ummi.. khabarnya adik sudah menghadiri temuduga ke Kuwait (adik yang ke-11 mendapat straigh 'A' dalam PMRU tingkatan 2).. kata ummi semasa melawatnya di asrama Jumaat lepas.. dia menerpa dan menangis.. enggan pergi ke Kuwait.. (belumpun keputusan temuduga keluar).. saya berdoa semoga adik saya yang saya kasihi ini berjaya melanjutkan pelajaran ke sana (walaupun dalam usia yang sangat muda-15 tahun).. Amin..

tengaharinya ditakdirkan Allah saya diuji dengan situasi yang cukup berat... kami adakan perjumpaan kelas.. saya diasak dengan isu peribadi.. Allah sahaja yang tahu.. saya cuba ditelanjangkan.. Isu couple.. saya akan berkahwin.. dengan siapa..? tunggulah kad undangan kenduri kesyukuran.. atau setidak-tidaknya hari pertunangan saya.. bila..? tunggulah.. saya akan panggil.. kenapa perlu dikorek isi hati saya? perlukah saya memberitahu umum bahawa hati saya berkenan kepada sekian-sekian manusia..? kenapa sebegitu dasyat privacy saya cuba diceroboh.. kenapa hujah-hujah zhon menjadi sandaran... knp isu hati saya menjadi perbincangan umum yang hangat..? (macamlah saya ni seorang Mawi.. blh jadi saya juga punya aura.. sehingga lintasan hati saya pun cuba didebatkan..) atau adakah hati-hati yang kecewa dengan saya?.. Allahu A'lam..

kita sebenarnya ketandusan isu... isu hati saya cuba dirobek dan dijadikan isu nasional.. untuk dibualkan dari bilik ke bilik.. atau di medan umpatan.. inilah generasi pendidik masa depan.. cukup ketandusan isu.. knp tidak hebohkan elaun bulan Disember adik2 yang dinafikan.. isu pendidikan anak-anak yang tak pernah reda.. isu seks bebas di kalangan remaja Islam.. isu penghinaan ke atas Ummul Mu'minin.. isu pencerobohan ke atas palestin.. dan sejuta Umat Islam dan isu kemanusian seluruh dunia.. mengapa isu agak-agakan.. isu sangka-sangkaan.. isu picisan.. isu furu'.. bahkan isu lintasan hati saya dipersoalkan.. taraf manakah pemikiran pendidik generasi masa depan jika isu sebegini menjadi pokok perbincangan..? tepuk dahi anda tanya iman.. tanyalah rakan karib anda samada anda cerdik atau tidak cerdik.. samada anda layak atau tidak menjadi pendidik..

Petangnya saya menghadiri usrah nuqaba'.. sesi muhasabah..

malam.. tazkirah maghrib..

lepas isya'.. basuh baju.. buat sedikit prubahan ke atas diri saya.. (?)

aargghhhh... assignment saya belum siap..

Roomate dah menegur... jangan di layan sangat akhwat yang meminta untuk disemak assignment aqidah mereka.. (saya tidak alim dalam bab-bab ni tapi saya tak mampu menolak.. saya terima dengan meletakkan tempoh yang panjang.. hingga usai semua assignment saya..

kalau saya terkasar maafkan saya.. anda boleh terus reply komen anda di bawah..

saya nak sambung buat assignment..

Aurat : Apa Sudah Jadi ?

|
Lepas sahaja perhimpunan pagi (hari ni pengumuman calon-calon yang menang bertanding piliihanraya oleh SPR) saya bergegas ke Dewan Syarahan Abd Jalil Hassan untuk mengikuti kuliah Sosiologi. Hari ni giliran En. Nagarajan memberi kuliah..

Antara yang menarik perhatian saya dalam kuliah hari ini En. Naga ada mengulas mengenai Isu Assobiyyah dan isu 'semua agama mempunyai matlamat yang sama, cuma cara sahaja yang berbeza' (kedua2 isu ini akan saya olah dalam helaian yang lain pada masa yang lain, kalau berkesempatan)

Selesai kuliah saya bersegera naik ke bilik kuliah (bilik tutorial) di aras lima..untuk mengikuti sesi usrah bersama naqib kumpulan (mentor).. biasanya setiap ahli kuliah akan bergilir memberi tazkirah mengikut jadual yang ditetapkan. tapi apa yang saya tidak sangkakan ialah hari ini merupakan giliran saya menyampaikan tazkirah.. Ya Allah..saya tiada persediaan rapi melainkan beberapa artikel us Zaharuddin yang sempat saya teliti malam sebelumnya.. saya teruskan juga tazkirah dengan cuba merujuk artikel tersebut di internet.. (tanpa laptop kesayangan saya..Laptop Kak Z menjadi mangsa) tapi apa yang menyedihkan ntah kenapa line internet tiba-tiba lembab.. saya tak sempat nenelaah.. saya teruskan juga tazkirah dengan penuh rasa tidak puas kerana tidak dapat memberi yang terbaik kepada sahabat-sahabat saya.. (maafkan saya).. tajuk usrah saya berkait dengan gejala sosial dan saya kembali menyentuh bab 'aurat' setelah lama saya mendiamkannya (?)...

12/02/2007


Aurat : Apa Sudah Jadi ?

Oleh

Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Semasa saya memberikan kuliah kepada satu kumpulan wanita yang terdiri dari golongan professional termasuk para Datin di satu daerah, ketika itu, sedang heboh isu wanita seksi ditangkap di sebuah kelab malam. Lalu timbul isu hak peribadi wanita untuk memakai apa jua pakaian yang diingininya, termasuk yang seksi. Lalu, semasa kuliah ini saya mengambil peluang bertanya kepada kumpulan wanita ini soalan mudah berikut :-

"Apakah agaknya sebab wanita ingin memakai seksi dikhalayak ramai? Dengan skirt pendek, atau baju sendat dan nipis?"

Ada di antara mereka mula memberikan pandangan, tetapi kerana terlampau ramai yang bercakap, saya tidak mendengar butirannya. Apabila saya meminta seorang wakil, seorang menjawab dengan yakin.

" Untuk nampak cantik ustaz..." katanya sambil tersenyum malu.

Saya bertanya pula : "Agaknya kepada siapa nak ditunjukkan kecantikan itu?"

"Tentulah kepada kaum lelaki ustaz, kaum wanita pun iye juga.." sambungnya.

"Baiklah, jika lelaki tersebut sudah tergoda dengan kecantikan tu, lalu ingin menyentuh bahagian indah yang dilihatnya boleh tak ?" Tanya saya menguji.

" Isyh, ustaz ni.. tentulah tak boleh ustaz, dah kira ‘sexual harassment' (gangguan seksual) tu ustaz" dengan yakin sekali hujjahnya kali ini.

"Jika demikian, tidakkah para wanita merasakan, tindakan mereka yang memaparkan bahagian yang menarik di tubuh mereka itu juga merupakan gangguan seksual kepada lelaki?" Tambah saya.

" Erm, macam mana tu ustaz?" Tanya mereka dengan nampak sedikit bingung sambil berkerut dahi.

"Ye la, bila orang lelaki yang dah naik syahwatnya tu, kerana kecantikan peha wanita tu contohnya, mestilah terganggu syahwatnya, lalu terdetik keinginan seksualnya secara tidak terkawal" .."Kerana itu saya katakan berpakaian seksi adalah suatu bentuk gangguan seksual kepada orang lelaki di sekelilingnya"

"Cuba bayangkan, kucing yang lapar diacah-acah dengan ikan ‘fresh' yang digoyang-goyankan di hadapannya tentu geram kucing tu, malah silap haribulan, tentu diterkamnya muka orang yang mengacah juga" Tambah saya lagi memberi keyakinan.

"Tapi perlu diingat, tak semua kucing akan terkam, hanya yang amat lapar dan liar je, demikian juga lelaki, tak semua lelaki gagal kawal nafsunya, tetapi tak dinafikan bahawa ramai juga yang gagal dan liar"

"Akhirnya, kerana suasana yang tak sesuai, mungkin kerana ramai orang dan di tempat awam pula, terselamatlah wanita seksi itu dari terkaman lelaki liar tadi. Masalahnya, anak-anak perempuan kecil berumur 7 hingga 12 tahun yang mungkin menjadi mangsa tempiasan nafsu lelaki begini. Dan di ketika itu, samada wanita itu bertudung, berjubah, kanak-kanak dan sebagainya tidak lagi mampu menahan nafsu si lelaki seperti ini, asalkan suasana cukup sesuai (sunyi dan jauh dari pandangan ramai), akan dilepaskan nafsunya secara kekerasan" Terang saya dengan panjang lebar, mereka mengganguk dengan wajah serius kali ini.

Lebih terangnya, sama-sama fikirkan adakah jika para wanita yakin bahawa jika anda berada di hadapan Baginda SAW hari ini, adakah Rasulullah akan tersenyum atau sebaliknya? . Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang wanita seperti ini untuk mendapat Syafaat Nabi SAW di akhirat kelak?. Benar, mungkin sesoerang wanita itu berjaya meraih pandangan istimewa dari kaum lelaki hasil pendedahan kecantikannya yang memukau. Tapi keseronokan itu hanyalah palsu dan sementara sahaja, serta tidak menambah sebarang nilai buat kehidupan kekal di Barzakh dan Akhirat selain menambahkan tahap azab sahaja. Apa yang jelas, pakaian yang ditunjukkan oleh wanita Arab yang solehah dengan penutupan aurat yang sempurna di zaman ini sudah tentu boleh memberi sedikit info kepada kita bahawa inilah mugkin pakaian yang dipakai oleh wanita Islam di zaman Nabi serta mendapat redha dari mata dan hati baginda SAW. Tidakkah para wanita hari ini juga berminat meraih redha dari mata dan hati baginda SAW?.

BENARKAH MENUTUP AURAT DAPAT MENGELAK DARI WANITA DISAKITI?

Ramai wanita professional dan yang kurang didikan agama hari ini mencebik bibirnya apabila tajuk ini disebutkan, mereka tidak percaya langsung fakta yang saya sebut diatas. Malah ada yang berpendapat lelaki sengaja melakukan perkara buruk kepada wanita kerana ingin menunjukkan kekuasaannya terhadap wanita. Kerap benar saya dengar hujah ini di media massa.

Hakikatnya, sebagai hamba Allah SWT dan umat Rasulullah SAW kita diajar untuk merujuk Al-Quran dan Al-Hadith bagi mendapat kepastian tentang baik buruk dan benar salahnya sesuatu perkara itu. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman :-

"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)

Jilbab, iaitu pakaian yang lebarnya semacam baju kurung untuk dipakai oleh kaum wanita bagi menutupi tubuh badannya. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerangkan "Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina, kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara (‘afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik.

Jadi jelasnya, bahawa ayat tersebut memberikan ‘illah (alasan) utama perintah ini adalah kerana bimbang wanita muslimah diganggu oleh orang-orang fasik dan menjadi perhatian orang-orang yang suka berzina. Bukanlah ketakutan yang timbul dari perempuan itu sendiri atau karena tidak percaya kepada mereka, sebagaimana anggapan sebahagian orang, tetapi ia adalah kerana sebahagian wanita yang suka menampakkan perhiasannya, berjalan dengan penuh lenggang lengguk dan bicaranya dibuat-buat manja, sering menarik perhatian nafsu lelaki dan menjadikannya sasaran orang-orang yang suka berzina. (Petikan dari kitab Al-Halal wal Haram fil Islam dengan sedikit pindaan)

Ayat ini juga jelas menunjukkan bahawa salah satu target utama menutup aurat yang diletakkan oleh Allah SWT adalah sebagai kaedah dan cara terbaik bagi mengelakkan wanita Islam dari diganggu dan disakiti.

BANTAHAN KAUM WANITA

"Eleh, tetapi hari ini ramai juga wanita bertudung yang kena rogol, malah setengahnya kena bunuh dijerut dengan tudungnya pulak, kanak-kanak pun kena rogol dan bunuh. Ini maknanya, tudung bukan lagi penyelamat la ustaz. Ha..macam mana ustaz nak jawab tu ?. Hujah balas yang selalu saya dengar bila isu ini ditimbulkan.

"Pernah tak anda merasa amat marah sepanjang hidup anda ?" Tanya saya kembali.

"Pernah juga ustaz..kenapa ustaz, apa kaitannya?" Bingung sekali lagi mereka nampaknya.

"Biasanya bila seseorang itu sedang amat marah, sempat tak agaknya ia berfikir bahaya atau tidak tindakan yang dibuatnya sebagai contoh; ada orang yang sedang marah kerana bising tangisan kanak-kanak, maka ditendang (seperti berita yang saya baca di akhbar baru-baru ini), ditolak jatuh tangga, ditekup wajah kanak-kanak itu dengan bantal dan macam-macam lagi bagi menghilangkan kemarahan atau gangguan bising itu, setelah beberapa ketika mungkin baru seolah-olah dia tersedar, lalu cemas dan mungkin menyesal"

"Demikianlah juga nafsu jahat, bila ia berada di tahap tinggi, ia tidak lagi melihat samada kepada pakaian dan umur wanita mahupun isteri orang dihadapannya, sasarannya hanya mendapatkan hajat jahatnya, kerana itulah wanita yang menutup aurat dengan sempurna serta kanak-kanak perempuan juga terancam, tanpa dapat dinafikan juga peranan vcd, laman, akhbar, majalah dan novel lucah " terang saya.

"Tapi macam mana pulak ayat tadi kata tutup aurat dapat mengelakkan wanita dari disakiti ?" Balas mereka dengan penuh minat kali ini.

"Jika kita lihat dengan teliti, ayat tadi sebenarnya ditujukan kepada seluruh kaum wanita. Ini bermaksud, jika sebahagian besar wanita tidak mentaatinya dan memakai pakaian seksi pula. Di ketika itu, faedah dan kebaikan dari tutup aurat bagi menjaga semua kaum wanita dari disakiti secara umum akan tergugat dariu mencapai matlamat umumnya. Sebenarnya, ayat itu nak beritahu bahawa seluruh wanita bertanggung jawab menjaga keselamatan kaum sejenisnya dengan menjaga aurat masing-masing" Jelas saya

"Maka bila ada yang seksi, ini bermakna, ia sedang mengancam kaum sejenisnya yang lain dan di tempat lain kerana telah menghidupkan nafsu kebinatangan lelaki jahat yang sedang tidur"

PENGALAMAN MENUMPANG KE MASJID

Saya masih ingat, dalam perjalanan ke Masjid untuk menunaikan solat Jumaat di sebuah Masjid di Ibu Negara. Pejabat saya di Jalan Sultan Ismail dan pada hari tersebut saya menumpang kereta seorang rakan. Bersama kami beberapa rakan sekerja yang lain. Tiba-tiba semasa berada di lampu trafik, tiba-tiba suasana dalam kereta agak bising dengan bunyi..uiiiii..oii...peh..mengancam...dan sebagainya, diikuti dengan kata-kata :

"Astaghfirullah..korang ini teruk betul la, kan ustaz ada dengan kita ini.." Kemudian "disambut dengan kata rakan di belakang, ye la..ini la yang bagus kita pergi masjid dengan ustaz, terjaga sikit"

Anda tentu dapat menggagak apa yang dilihatnya? Alhamdulilllah saya tidak sempat melihat apa-apa kerana sedang membelek pelbagai mesej soalan hukum hakam tertunda yang memenuhi telefon bimbit saya. Bila saya tanya, kenapa? dengan malu-malu mereka menyalahkan sesama sendiri akibat ‘gatal mata' melihat skirt-skirt pendek wanita KL, samada wanita Melayu mahupun Cina disekitar kawasan segitiga emas itu.

Cuba bayangkan, perasaan lelaki-lelaki ini. Mereka dalam perjalanan ke masjid, semuanya juga telah berumah tangga, tapi nafsu masih teransang apabila didedahkan kepada permandangan seperti itu. Jahatkah mereka?

"Gatal dan dah miang sangat kot orang lelaki ni, memang teruk mereka ni, tak sangka, harap suami kita tak macam ni" mungkin itulah yang akan dikatakan oleh sebahagian besar pembaca wanita sekarang ini.

Tapi itulah cabaran terbesar lelaki wahai kaum wanita, iaitu ANDA, wanita dan seluruh kecantikan yang dikurniakan Allah SWT kepadanya sebagai ujian, ia disebutkan oleh Allah SWT :

زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين ..

"Dihiaskan (diuji) bagi manusia itu, nafsu syahwat dan keinginan serta kecintaan kepada wanita, anak-anak, harta..."

Ayat ini dengan jelas menyebut syahwat utama lelaki adalah pada wanita. Nabi SAW juga pernah bersabda :

ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء

Ertinya : "Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" (Riwayat Al-Bukhari, 7/11, bab Zikir & Doa )

ANTARA LAWAK & HUKUM

Saya juga masih ingat, sewaktu di tempat lama, rakan-rakan sepejabat sering kali apabila mereka terlihat aurat wanita sebegini akan disebut .. "tak pe ustaz kan, pandangan pertama tak berdosakan?". Sedih saya melihat sikap sebahagian umat Islam hari ini yang kerap mempermainkan hukum hakam akibat kejahilan mereka.

Sebuah hadith : "Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!" (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) - Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya sebagainya datang dalam hadith Nabi kepada Sayyidina Ali r.a.

Apabila ia adalah sebuah hukum, maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa juga mempermainkan apa jua berkaitan dengannya. Nabi SAW bersabda :-

ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب

Ertinya : " Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat" ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)

Inilah Yang Kerap Kita Lihat, Adakah Nabi SAW Tersenyum Melihat Wanita Yang Mengaku Ummatnya Menutup Aurat Sebegini?

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

Ketika ini, saya mengambil masa sekitar satu jam untuk ke pejabat, memandu kereta dari Puchong ke Jalan Sultan Ismail. Setiap hari, laluan jalan pergi dan pulang ini akan mempamerkan kejahilan wanita Islam hari ini tentang penutupan aurat. Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)

Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub' kata jama' (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.

Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.

Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.

Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh karena itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.

Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.

Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, 'Atha', Auza'i dan lain-lain.

Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya.

Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.

Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri kalau mungkin, demi menjaga meluasnya kerusakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikawatirkan akan menimbulkan fitnah.

"Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (an-Nur: 31)

Ini lebih diredhai di mata Rasulullah SAW

Kesemua jenis berpakaian yang disebut tadi adalah diharamkan secara sepakat seluruh Ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan mu'minah, dimana mereka dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya: perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan.

Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.

Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)

Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)

‘Bukhtun' adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut karena rambutnya ditarik ke atas.

Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti ini

Larangan Nipis

Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma' binti Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:

"Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini -- sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Riwayat Abu Daud)

Walaupun terdapat perawi lemah dari hadis, tetapi diperkuat dengan hadis-hadis lain yang membolehkan melihat muka dan dua tapak tangan ketika diyakini tidak akan membawa fitnah.

Dr Yusof Al-Qaradawi menegaskan bahawa melihat secara normal kepada wanita atau lelaki, kepada selain aurat, selama tidak dilakukan dengan syahwat dan berulang-ulang, hukumnya adalah halal. (Al-Halal Wal Haram Fil Islam)

KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :-

يرحم الله المتسرولات

Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .

Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)

Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tiadk berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.

KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaj ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : "Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit." (al-Ahzab: 32)

TUJUAN TUNTUTAN MENUTUP AURAT

Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh dan cabang. Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qati'e dan usul. Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh Syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan pelbagai lagi. Perihal Syaitan mensasarkan dosa 'buka aurat' ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah ertinya :-

" Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya .." Al-A'raf : 20)

Ringkasnya, antara tujuan utama diwajibkan umat Islam lelaki dan wanita untuk menutup aurat adalah :-

a) Perbezaan dengan binatang.

Allah SWT berfirman :

" Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan" ( Al-A'raf : 26)

Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja yang termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru barangsiapa yang berpaling dari arahan ini, secara langsung ia menjatuhkan tahapnya selari dengan binatang yang tiada cukup kemampuan dan aqal bagi menjalankan arahan penutupan aurat.

b) Agar kaum wanita tidak disakiti

Ia berdasarkan ulasan yang telah saya buat sebelum ini bersandarkan firman Allah SWT dari surah Al-Ahzab ayat 59.

c) Tanda atau seperti uniform kepada penganut agama Islam.

Ia juga boleh difahami dari surah Azhab ayat 59 tadi apabila Allah SWT menyebut : « .. yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam).. »

Dari sini jelas, menunjukkan salah satu fungsi tutupan aurat juga adalah sebagai syiar diri sebagai penganut Islam. Firman Allah : « Barangsiapa yang membesarkan syiar Allah maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati »

d) Tanda profesionalism dalam sistem pemakaian Islam. Kita dapat memerhati bagaimana ‘trend' sesebuah organisasi atau restoran hebat hari ini pasti meletakkan ‘dress code' tertentu bagi kakitangannya dan para tetamunya. Ia pastinya bertujuan penjagaan standard khas bagi organisasi dan restoran itu di tahap tertentu. Sebagai contoh, kita tidak akan dapat melihat individu berselipar Jepun di sebuah Persidangan Antarabangsa di PICC, Putrajaya mahupun di kalangan kakitangan PETRONAS di pejabat mereka di Menara Berkembar. Semua menjaga ‘standard' berbanding Tauke kedai runcit yang tidak beruniform.

Justeru, Islam adalah satu agama dan cara hidup yang profesional pastinya begitu lengkap menyediakan panduan melengkapi setiap sudut kehidupan manusia. Dari hal-hal yang sulit seperti urusan di dalam tandas hinggalah ekonomi dan kenegaraan. Walaupun demikian, Islam tidak mengarah umatnya membuat perkara yang tidak rasional, justeru, sudah tentu ‘standard' pemakaian yang diletakkan ini tidak membebankan bahkan ia amat bertepatan dengan logik aqal manusia yang sihat.

e) Sebagai ujian bagi manusia untuk melihat tahap ketaatan mereka kepada Allah SWT.

Saya kira hal ini amat jelas, dari firman Allah ertinya : Dijadikan hidup dan mati adalah untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya" (Al-Mulk : 2)

DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER

Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.

"Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi" Katanya memberi buah fikirannya.

"Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok" tambah wanita ini lagi.

Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance' hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)

Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.

"Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game' semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: "Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu"

Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je nampak main ‘game' boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang"

Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya ?

Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :

"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.

Justeru, 'we can judge a book by its cover in certain cases' iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what's inside the heart of a person'.

Menghukum berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan hadith :

إنما أنا بشر , وإنكم تختصمون إلىّ , ولعلّ بعضكم أن يكون ألحن بحجته من بعض , فأقضي بنحو ما أسمع , فمن قضيت له من حق أخيه شيئاَ فلا يأخذه , فإنما أقطع له قطعة من النار

Ertinya : Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka jangalah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka" (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 3920 )

Hadith ini dengan jelas menunjukkan seorang hakim dalam Islam akan membuat hukum berdasarkan info dan bukti zahir yang diberikan. Demikian juga dalam kes penutupan aurat, tanpa menutupnya adalah tanda keingkaran hati terhadap arahan Allah. Mana mungkin hati begini boleh dianggap baik oleh Islam.

Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendaat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW

من سن في الإسلام سنة سيئة فعليه وزرها ووزر من عمل بها من غير أن ينقص شيئاً

Ertinya : Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )

Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya ?.

Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya. ?

Sekian

ANTARA NASIONALISME DAN BAHAYANYA

| Monday, February 26, 2007
———————————————————————

MUQADDIMAH

Semenjak kejatuhan Khilafah Islam pada tahun 1924 umat Islam di seluruh tanah air Muslimin telah melihat berlakunya perubahan mendadak di dalam asas penyatuan Muslimin. Penyatuan Muslimin yang bertolak daripada aqidah yang satu yang melampaui segala batas-batas keturunan, warna kulit dan kedudukan telah ditinggalkan oleh umat Islam untuk digantikan oleh kesatuan yang berasaskan fahaman kebangsaan atau nasionalisme barat. Ia adalah satu penyelewengan bidaah yang wajib ditolak dan dibetulkan kembali oleh setiap Muslimin di zaman ini. Kejahilan para ulama mengenai kesesatan fahaman kebangsaan telah mendorong umat Islam dari segala lapisan untuk menerima dan beramal dengan kesesatan ini tanpa mereka merasa takut kepada kemurkaan Allah s.w.t. dan balasan azabNya yang pedih.

PENGERTIAN NASIONALISME

Di dalam menerangkan pengertian nasionalisme, Encyclopedia Britannicca atau Encyclopedia America menyebut:

Loyalty and devotion to the state such that national interest are placed above individual or global interest. It originates from the assumption that nations are the primary focus of political allegiance. In the religious context, for example: the focus of allegiance would be a supranational group such as Christendom or Christian community. Modern phenomena.

Takrif ini menjelaskan bahawa nasionalisme adalah fenomena yang meletakkan kesetiaan dan ketaatan manusia kepada negara, sekira-kira meletakkan kepentingan negaranya di atas segala kepentingan yang lain samada ianya merupakan kepentingan peribadi ataupun kepentingan negara-negara lain. Fahaman ini adalah bertolak daripada andaian bahawa tumpuan utama bagi ikatan politik adalah terletak kepada bangsa. Fahaman ini adalah diasaskan oleh pemikir-pemikir politik seumpama Machiavelli, Rousseau dan Johan Gottfried. Ia adalah satu fahaman baru yang muncul di zaman moden akibat daripada pergolakan sejarah yang berlaku di Eropah iaitu pergolakan yang lahir daripada perjuangan masyarakat barat untuk membebaskan negara-negara mereka daripada tekanan pentadbiran dan kezaliman kuasa gereja.

Dengan kata lain nasionalisme adalah merupakan ikatan yang berbentuk sekular yang menggantikan semua bentuk ikatan yang lain khususnya ikatan keagamaan di kalangan manusia terutamanya di barat yang berasaskan ajaran gereja Kristian. Ia adalah merupakan satu daripada panduan cara hidup sekular yang dikemukakan di zaman ini sebagai menggantikan panduan daripada sumber agama. Pentakrifan ini menjelaskan bahawa nasionalisme itu pada hakikatnya adalah fahaman penyatuan manusia yang berasaskan mendahulukan kepentingan bangsa dan negara di atas segala kepentingan yang lain.

MENOLAK SYUBAHAT MENGENAI HAKIKAT ASSABIYYAH

Bagi melengkapkan perbincangan risalah ini dan bagi menambahkan faedahnya maka perlulah diberikan penjelasan mengenai hakikat assabiyyah dan hukumnya di dalam Islam. Keperluan ini timbul sebagai menolak syubahat yang telah dikemukakan oleh para pendokong fahaman nasionalisme sekular di zaman ini terhadap pengertian assabiyyah. Mereka pertamanya telah menafikan nasionalisme sebagai tergolong di dalam assabiyyah yang dimaksudkan di dalam keterangan hadith. Keduanya mereka telah menyamakan nasionalisme yang dianuti oleh kerajaan yang memerintah sebagai fahaman nasionalisme yang pernah diperjuangkan oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmi. Sabda Rasulullah s.a.w. di dalam sebuah hadith soheh yang bermaksud:

"Bukan dari kalangan kita orang yang menyeru ke arah assabiyyah, bukan dari kalangan kita orang yang berperang di atas dasar assabiyyah dan bukan dari kalangan kita orang yang mati di atas dasar assabiyyah." (Riwayat Muslim)

Oleh itu perlulah difahami bahawa kekeliruan ini adalah bertolak daripada tumpuan yang berlebihan kepada pengertian assabiyyah dari sudut bahasa sebaliknya melupakan pengertiannya dari sudut istilah menurut keterangan Rasulullah s.a.w. sendiri. Perlulah difahami bahawa mengutamakan pengertian lughawi dengan mengabaikan pemahamannya menurut keterangan Al-Quran dan Sunnah atau pemahaman para salafus soleh bagi sesuatu kalimah yang terdapat di dalam nas-nas syarak adalah merupakan cara perjalanan ahlul bidaah sepanjang zaman.

Di dalam pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah pemahaman sesuatu kalimah syarak mestilah dicari terlebih dahulu di dalam penjelasan Allah s.w.t. dan rasulNya dan para salafus soleh. Apabila telah tidak didapati barulah pegertiannya itu disandarkan kepada perbahasan lughawi. Di dalam hal ini pengertian assabiyyah telah diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri di dalam hadith baginda yang bermaksud:

"Assabiyyah itu ialah kamu menolong kaummu di atas dasar kezaliman."

Di dalam pengertian yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. ini, baginda telah mengikat pengertian assabiyyah kepada membantu di atas dasar kezaliman. Penjelasan Rasulullah s.a.w. yang amat bijaksana ini adalah menepati dengan tabiat kesungguhan Rasulullah s.a.w.. Baginda telah menjelaskan pengertian assabiyyah itu dengan cara yang mendidik manusia kepada perubahan di dalam hidupnya kerana Islam tidak memandang sebarang faedah kepada perkataan yang tidak membawa kepada taat dan amal. Jawapan baginda yang bersifat tarbawi dan sentiasa mempunyai aspek amali yang mendekatkan manusia kepada Allah s.w.t. adalah menjadi didikan Allah s.w.t. kepada baginda. Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Al-Baqarah ayat 189 yang berbunyi:

Mereka bertanya kepadamu tentang bulan sabit. Katakanlah: "Bulan sabit itu adalah tanda-tanda waktu bagi manusia dan (bagi ibadat) Haji."

Manakala mengertikan assabiyyah dengan membahaskan maksud bahasanya adalah merupakan penyelewengan daripada pentakrifan Rasulullah s.a.w. dan mengandungi sejenis kegelapan dan kebodohan. Marilah kita bertanya adakah Rasulullah s.a.w. hendak mengajarkan kepada umatnya dari hadith tersebut mengenai kabilah arab? Tidak, tetapi Rasulullah s.a.w. ingin mengajarkan kepada umat baginda mengenai kewajipan meninggalkan kezaliman dan bahawa risalah Islam yang dibawa oleh baginda adalah memerangi kezaliman di dalam segala bentuknya, samada berbentuk fahaman, ajaran, syiar, budaya mahupun ikatan. Rasulullah s.a.w. ingin membentuk umat baginda sebagai umat yang bersih daripada kezaliman dan berjihad membebaskan manusia di dunia ini daripada kezaliman sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. di dalam Surah An-Nisaa' ayat 75 yang berbunyi:

Mengapa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah s.w.t. dan (membela) orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita mahupun anak-anak yang semuanya berdoa: "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini (Mekah) yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau. Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah s.w.t. dan orang-orang yang kafir berperang di jalan thaghut, sebab itu perangilah kawan-kawan syaitan itu kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah.

Apabila kita telah memahami bahawa assabiyyah itu ialah menolong bangsanya di atas dasar kezaliman maka pada ketika itu adalah jelas kepada kita bahawa fahaman nasionalisme sekular yang mempertahankan undang-undang sekular dan menolak undang-undang Allah s.w.t. yang diliputi oleh keadilan dari segenap sudut dan sisinya itu adalah fahaman yang benar-benar tergolong di dalam maksud hadith tersebut. Bahkan perlulah dinyatakan bahawa kezaliman yang menjadi tabiat fahaman nasionalisme moden itu adalah beratus kali ganda daripada kezaliman yang berlaku di dalam kabilah-kabilah Arab.

Kezaliman kabilah-kabilah Arab itu adalah berlaku kerana terlalu melebihkan keturunan mereka di dalam segala perkara, manakala kezaliman nasionalisme moden adalah kerana menyekutukan Allah s.w.t. S.W.T. di dalam salah satu daripada sifat UluhiyyahNya. Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Al-An'am ayat 115-116 yang berbunyi:

Telah sempurna kalimat Tuhanmu (Al-Quran) sebagai kalimat yang benar dan adil. Tidak ada yang dapat merubah kalimat-kalimatNya dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Firman Allah s.w.t. S.W.T. lagi di dalam Surah Al-Maidah ayat 45:

Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t., maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.

Firmah Allah s.w.t. di dalam Surah Luqman ayat 13 yang berbunyi:

Sesungguhnya mempersekutukan (Allah s.w.t. ) adalah benar-benar kezaliman yang besar.

Seterusnya bagi menolak syubahat yang kedua kita perlulah memahami terlebih dahulu kaedah penting yang dipakai oleh para ulamak Islam bermaksud "Sesuatu hukum itu adalah digantungkan kepada kefahaman". Memahami kaedah ini adalah amat perlu untuk melahirkan hukum yang tepat kepada mereka yang kelihatan mengamalkan sesuatu bidaah yang bercanggah dengan syariat Islam. Ia juga adalah amat penting untuk menjadi asas bagi mengetahui fahaman sebenar ulamak-ulamak Islam yang kelihatan memakai syiar-syiar golongan kuffar. Bertolak dari kaedah inilah Al-Allamah Syeikh Said Hawwa telah berkata:

"Bahawa setiap syiar yang memalingkan manusia dari mengambil jalan Allah s.w.t. S.W.T. sebagai maksudnya dan sembahannya adalah syirik. Dengan ingatan bahawa hukum ke atas seseorang dengan kekufuran atau syirik akbar adalah memerlukan kepada fatwa yang mendalam dari ahli fatwa kerana ihtimal bahawa di sana terdapatnya niat-niat yang tersembunyi yang mungkin membawa kepada peringanan hukum ke atas pengamalnya, seumpama ia menanggung lafaz-lafaz tersebut di dalam masalah ini di atas wajah yang menepati iktiqad yang betul."

Dengan kefahaman ini adalah jelas bahawa menyamakan perjuangan nasionalisme Dr. Burhanuddin Al-Helmi dan Haji Agoes Salim dengan perjuangan nasionalisme parti pemerintah adalah tidak benar kerana nasionalisme Melayu yang diperjuangkan oleh kedua-dua ulamak tersebut tidak melibatkan penolakan terhadap hukum Allah s.w.t. S.W.T.. Ia adalah suatu penyamaan yang terburu-buru dan sebagai fitnah terhadap ulamak-ulamak Islam yang wajib ditolak. Semoga dengan penjelasan terhadap syubahat-syubahat ini akan dapat membuka kepada kita hakikat kesesatan nasionalisme itu tanpa sebarang keraguan lagi menurut timbangan syariat Islam. WAllahu A'lam wa Huwa yahdis Sabil.

Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Al-Insan ayat 29-30 yang berbunyi:

Sesungguhnya (ayat-ayat) ini adalah suatu peringatan, maka barangsiapa menghendaki (kebaikan bagi dirinya) nescaya dia mengambil jalan kepada Tuhannya. Dan kamu tidak menghendaki (menempuh jalan itu) kecuali bila dikehendaki Allah s.w.t. . Sesungguhnya Allah s.w.t. adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

PENUTUP

Kalau sebelum ini di IPIS kita bising dengan isu assobiyyah harapannya selepas ini isu assabiyyah tidak timbul lagi kerana tiada dari kalangan kita yang ingin menolong membuat kezaliman sebgaimana sabda Nabi s.a.w "Assabiyyah itu ialah kamu menolong kaummu di atas dasar kezaliman."

Jika timbul isu kepimpinan didominasi oleh pelajar-pelajar dari sesebuah negeri itu hanyalah kebetulan (mungkin jumlah mereka memang terlalu ramai). Isu dari negeri mana seseorang pemimpin itu datang bukan isu yang penting... Yang penting dan utama pemimpin itu seorang yang bertakwa dan mempunyai fikrah Islam yang jelas. (orang yang paling mulia dikalangan kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di kalangan kamu.

Jika isu loghat menjadi pemecah.. itu adala suatu yang tidak patut.. sepatutnya kita meraikan loghat dan budaya di kalangan kita kerana tidak semua mampu untuk berbahasa seperti kita yang dari kecil diajar berbahasa standard dan komunikasi harian menggunakan bahasa standard (tidak seperti sesetengah orang di Pantai Timur yang jauh beratus kilometer dari tempat kita.. mereka memerlukan masa untuk menyesuaikan diri.. jika mereka berloghat sesame mereka, bukankah itu suatu yang fitrah?...

Bila isu pergaulan sosial timbul.. kitalah yang sepatutnya turut bersama mendekati mereka.. dan mereka harus menerima kita.. bukan kita membuang mereka.. Fitrah manusia yang datang ke tempat asing akan mencari mereka yang paling rapat dengan kehidupan mereka yang sebelumnya (samalah jika kita melanjutkan pelajaran ke luar Negara, semestinya kita mencari orang Malaysia untuk membantu urusan kita dan menjadi teman kita sebelum kita mengenali orang lain). Dengan kemampuan berbahasa standard yang lemah adakalanya mereka merasa malu (takut diketawakan) dan sukar untuk berkomunikasi dengan kita (apalagi menjadi teman rapat).. jadi sama-samalah kita saling membantu dan meraikan perbezaan masing-masing. Firman Allah dalam Surah Al-Hujurat:

13. Hai manusia, Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.

Sesungguhnya tidak ada jalan untuk melepaskan umat Islam di zaman ini seluruhnya daripada kesesatan beramal dengan fahaman nasionalisme selain daripada berusaha mendedahkan kepada umat Islam hakikat kesesatan fahaman kebangsaan atau nasionalisme itu sebagaimana juga segala ideologi kebendaan yang lain secara menyeluruh dan merata melalui kuliah-kuliah yang disampaikan di masjid-masjid, surau-surau, pondok-pondok dan segala saluran pengajian agama di tanah air. Risalah ini hanyalah suatu pengenalan yang amat ringkas tetapi sebagai amaran yang amat keras kepada Muslimin mengenai ancaman bahaya fahaman nasionalisme kepada kesejahteraan mereka di dunia dan di akhirat. Semoga Allah s.w.t. menjadikan risalah ini bermanfaat kepada penulis dan sekelian Muslimin. Amin.

Rujukan:

Al-Quran
Abu Abdul Halim
Kaherah, Mesir.

Ustaz Zulkifli Bin Hj.Ismail
Kaherah, Mesir.

http://www.pmram.org/manhal