WALIMATUL URUS

Pesanan Almarhum Prof Zulkifli Muhammad

| Wednesday, February 25, 2009
"Jangan ada seorang pun yang takabur, yang merasa dirinya sudah pandai bahawa dirinya sudah tahu apa pengajaran Islam. Bahawa dirinya sudah tidak perlu diajar oleh sesiapa, kerana dia sudah menjadi wakil rakyat. Dia perlu mendekatkan dirinya dengan al quran, dengan buku-buku Islam, dengan hadis-hadis Nabi Muhammad saw, dengan sejarah-sejarah Islam. Supaya kita sentiasa ingat kepada Tuhan."

Wacana memperingati Hasan Al-Banna, 26 Februari

| Tuesday, February 24, 2009
Saidah Hairan
Mon | Feb 23, 09 | 7:59:56 pm MYT

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Hrkh) - Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam Dewan Pemuda PAS Pusat dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Pandan akan menganjurkan wacana memperingati kesyahidan Imam Hassan Al-Banna dengan tema 'Hasan Al-Banna menjuarai isu Palestin'.

Pengerusinya, Ustaz Riduan Mohd Noor berkata, wacana itu bertujuan mengimbau perjuangan dan pengorbanan Hassan Al-Banna dalam gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir, Syria dan Jordan dalam gerakan jihad menentang penubuhan negara haram Israel.

Katanya, wacana tersebut diadakan pada 26 Februari ini di Markas PAS Kawasan Pandan bermula jam 9 malam.

Beliau berkata, wacana itu penting bagi menanamkan rasa cinta kepada pejuang Islam dan generasi baru PAS supaya semua dapat menekuni sejarah hidup perjuangan Islam tersohor abad ke-20.

Menurut beliau, program itu diadakan pada bulan Februari bagi mengenang pembunuhan Hasan Al-Banna pada 12 Februari 1949 oleh rejim Mesir.

Antara pembentang kertas kerja dalam wacana itu adalah Dr Azhar Yaakob dan Ustaz Riduan sendiri selaku exco Dewan Pemuda PAS Pusat.

Sebelum wacana sesi tayangan audio visual akan diadakan berkaitan Hassan Al-Banna dan misi kemanusiaan ke Palestin.

Mereka yang berminat untuk mengikuti wacana tersebut boleh menghubungi Nik di talian 019-3238455. - lanh _

Adun Batang Ai meninggal dunia...

|
dublin unting ingkot
Malaysiakini melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Ai, Datuk Dublin Unting, 53, meninggal dunia pada kira-kira jam 1.25 pagi tadi akibat serangan angin ahmar.

Beliau juga merupakan naib presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan menteri muda pertanian dan Sukan Sarawak.

Nampaknya kita akan berhadapan satu lagi siri pilihanraya kecil dalam jangkamasa yang singkat.

Selepas pilihanraya di Permatang Pauh, kita dikejutkan dengan kematian Ahli Parlimen Kuala Terengganu. Selepas itu dalam keadaan Perak yang tidak stabil dengan rampasan kuasa yang dilakukan oleh Barisan Nasional, kita dikhabarkan pula dengan kematian Adun Bukit Gangtang.
Dalam masa yang sama juga Adun Bukit Selambau mengumumkan perletakan jawatan sebagai Exco Kerajaan Kedah dan Adun Bukit Selambau.

Tidak lama selepas itu, kes foto separuh bogel Adun Bukit Lanjan menggemparkan negara. Beliau kemudiannya mengumumkan untuk meletakkan jawatan sebagai Exco Kerajaan Selangor dan Adun Bukit Lanjan untuk menjaga nama Pakatan Rakyat walaupun beliau sebenarnya dianiaya.

Beberapa hari selepas itu Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan, YB Takiuddin Hassan mendesak YB Dato' Ibrahim Ali Adun Pasir Mas meletakkan jawatan berhubung sikapnya yang tidak menghormati Pakatan Rakyat walaupun bertanding di atas tiket Pas.

Dan hari ini kita sekali lagi dikejutkan dengan kematian Adun Batang Ai.

Apakah hikmah disebalik peristiwa demi peristiwa ini. Apakah Allah sebenarnya sedang menguji iman dan kesabaran kita? Apakah sebenarnya yang ingin ditunjukkan Allah kepada kita? Sungguh hebat tarbiah terus dari Allah ini..

Drama politik Malaysia semakin hari semakin panas.. Sesiapa yang bergelar wakil rakyat harus berwaspada.. Mungkin anda akan dilucutkan jawatan tanpa sebab.. mungkin anda akan dipalitkan dengan kes yang tidak pernah anda jangka.. Dan beringatlah bahawa kematian itu PASTI.. Tidak mengenal tua atau muda.. pangkat darjat atau keturunan...

Dan tidak lupa buat perwakilan pelajar yang baru dipilih melaui pilihanraya baru-baru ini.. Adakan anda bersedia dari sudut mental dan fizikal? Rohani dan jasmani? Sesungguhnya mehnah dan tribulasi mampu untuk menewaskan dan menjadikan kita futhur.. Waspadalah..

Wallahu A'lam..
(coretan ini sebenarnya ditujukan untuk diri sendiri dan kepada mereka yang merasakan coretan ini bermanfaat untuk mereka)

Cetusan Kesedaran di SMK Bandar Tasik Puteri

| Sunday, February 22, 2009
Jumaat lepas seusai kelas pada jam 1130 pagi saya dihubungi oleh ustaz Aziru IP Minda Sdn Bhd meminta saya turun ke SMK Bandar Tasik Puteri untuk program motivasi Cetusan Kesedaran.

Walaupun dihubungi di saat-saat akhir dan dalam masa yang sama terpaksa membatalkan tazkirah Maghrib di S.K Sungai Ramal Dalam saya nekad bermotosikal menuju ke tempat program bersama Ridhuan sebelum solat Jumaat.

Entah kenapa saya seakan menggilai program sebegini. Bagi saya tiada sebab lain melainkan atas rasa kesedaran untuk membina remaja kita yang sentiasa terdedah dengan kebejatan aqidah dan moral.

Program kali ini turut disertai oleh Us Shaari (Gamis), Azohan, Asyraf IPKT, Hassan UiA, Ust Zul, Hadi, Ainin UIA, Fadhilah UIA, Salbiah UIA dan beberapa orang rakan fasilitator lain.

Tiada yang baru dalam program kali ini melainkan kami tidak disediakan tempat tidur. Maka terpaksalah surau menjadi tempat kami berkubang melepaskan jerih seharian berprogram. Sebahagian fasilitator juga terpaksa tidur di dalam van yang bernyamuk untuk mengelakkan peserta yang suka bangun awal untuk ke surau.. Bayangkan pukul 4 pagi sudah tercongok di surau beramai-ramai sedangkan baru beberapa detik terlentang melelapkan mata.. Terpaksalah kami berhijrah ke dalam van menyambung tidur untuk mendapatkan rehat yang cukup untuk program hari berikutnya.



Pada hari kedua seusai slot Us Azlan, pada jam 11.30 malam Us Shaari mengajak saya ke UPM menemaninya bermesyuarat.. dari Rawang ke UPM campur tolak bahagi dengan sesat memakan masa sejam lebih.. Lebih kurang sejam lebih bermesyuarat kami bertolak pulang melalui Gombak, singgah makan di Green Wood dan terus ke Bandar Tasik Puteri.. sampai di sekolah lebih kurang jam 3.30 pagi. Pintu pagar sudah berkunci. Puas memanggil tiada yang menyahut.. Entah ke mana perginya pakcik-pakcik Guard sekolah ni.. Terpaksalah kami mencari tempat lain untuk melelapkan mata yang semakin memberat ini.

Puas berpusing-pusing mencari arah.. Masjid berkunci gelap.. pekan gelap.. anjing berkeliaran.. Alhamdulillah jumpa surau.. Tidur di dalam kereta di kawasan surau..

Sebelum azan subuh berkumandang kami bergerak ke sekolah.. pagar masih berkunci.. Hingga beberapa detik barulah terkedek-kedek Pak Cik Guard datang membuka kunci pagar.. Aduhai Pakcik...

7.30 pagi saya bertolak balik ke Bangi.. Kuliah Dhuha Us Riduan Mohamad Nor..

PRK IPIS: Kenapa Semakin Sepi?

| Friday, February 20, 2009
Mungkin ini hanyalah perasaan saya atau mungkin anda juga berkongsi rasa yang sama dengan saya... Saya rasakan Pilihan Raya Kampus IPIS terlalu sepi tahun ini.. Tiada perang poster seperti tahun sebelumnya.. Manifesto yang dibentangkan sepanjang dua malam yang sudah juga agak simile gagasannya.. Kata yang terluah oleh setiap calon hampir sama..

"Saya tidak menjanjikan apa-apa untuk anda, tetapi jika anda merasakan saya layak untuk mewakili suara anda maka undilah saya.."

Hampir semua calon meluahkan kata yang sama... Bahkan ada yang membawakan dalil Al-Quran dan Hadis mencerca mereka yang memberikan janji untuk berusaha melakukan dan mengadakan sesuatu perubahan...

Hampir tiada gagasan perjuangan.. Gagasan pemikiran yang menjadi sandaran..

Mengapa begitu sepi pandangan dan pemikiran kita.. Takutkah.. Malukah.. Jaga hati orangkah.. Atau blurkah..

Pada saya keadaan ini tidak baik dalam usaha kita melahirkan mahasiswa yang dinamik dan berwawasan, bermatlamat serta mempunyai pandangan hidup yang jauh merentasi alam dunia..

Kempen penting samada dengan cara menampal poster atau cara-cara yang lain kerana ia menguji keberanian dan kekreatifan kita dalam meluahkan sesuatu dan memberi keyakinan kepada pengundi.. Ramai yang tidak mengenali calon-calon yang bertanding termasuk saya.. Entah siapa yang akan saya undi esok..

Manifesto penting dalam mengemukakan gagasan pemikiran dan perjuangan kita.. Islamiskah kita.. Nasionaliskah kita.. komuniskah kita.. Pro-Islamkah kita, atau Pro-Amerikah kita.. Pro-Mahasiswa atau Pro-Aspirasikah kita..

Pemikiran inilah yang akan menjadi penilaian bagi pengundi sebelum melihat sosok tubuh, gaya bekerja.. gaya bercakap dan pandangan terhadap isu-isu khususnya isu-isu yang berkait dengan mahasiswa..

Perkara-perkara yang dicadangkan didalam manifesto adalah untuk diusahakan bukan bermaksud janji yang pasti dan mesti ditunaikan... Kita hanya berusaha tetapi Allah yang menentukan.. Kejayaan manifesto yang dibentangkan itu bergantung juga kepada keadaan ekonomi semasa, kesesuaian, faktor masa, birokrasi yang ada, persetujuan exco-exco lain dan sebagainya.. Apa yang penting ialah kita berusaha untuk menunaikannya.. Supaya apabila dipilih kita akan bekerja dengan lebih bermatlamat.. Ia juga bermaksud kita mempunyai asas perjuangan untuk menduduki kerusi sebagai wakil mahasiswa.. Bukan dipilih untuk bersuka ria, berbangga dengan pangkat dan kedudukan, tersengih kehulu kehilir berblazer tebal.. Asasnya kita berusaha untuk menunaikannya..

Saya tidak bermaksud saya betul dalam semua perkara.. Saya juga banyak kelemahan dan banyak melakukan kesilapan.. Namun tidak salah rasanya jika saya menyuarakan pandangan untuk difikirkan bersama...

Para pengundi sekelian, keputusan di tangan anda.. Jika anda inginkan perubahan di IPIS pilihlah mereka yang anda yakini mampu merubah suasana yang anda inginkan.. Jika anda inginkan ISlam dimartabatkan di tempatnya pilihlah mereka yang mampu membawa Islam dan mengamalkannya dalam kehidupan harian mereka..

Allah akan bertanya di akhirat kelak kenapa dipilih si polan dan si polan sebagi pemimpin..
Jika pemimpin yang kita pilih ini membawa mudarat kepada ISlam di IPIS bersedialah untuk memberi sejuta alasan di akhirat kelak..

Sahabat-sahabat yang bakal bertanding teruskan berusaha, berjuang, melakukan anjakan paradigma, meletakkan IPIS di landasan Islam yang sebenar..

Kami letakkan amanah ini di bahu anda... Dan Allah akan bertanya kembali akan amanah ini di akhirat kelak...

Selamat mengundi... Takbir!!! ALLAHU AKBAR!!!

Mahasiswa IPIS mesti Mampu jadi IMAM

| Monday, February 16, 2009
Sebagai mahasiswa Institut Perguruan Islam saya kira wajib bagi setiap guru pelatih untuk memampukan diri mereka untuk menjadi Imam solat... Itu paling minima..

Kenapa?

Itu adalah kewajipan seorang lelaki.. Lelaki itu lebih berkuasa daripada perempuan.. xkan orang perempuan jadi imam kita jadi makmum..

Kahwin nanti cmana? Nak solat sendiri-sendiri? atau tiap2 waktu pergi masjid? Kalau Pak Mentua suruh jadi imam caman? Nak terjun ikut tingkap masa sujud?

Kat sekolah macamana? nak suruh budak jadi imam? awak jadi makmum kat belakang? kalau budak2 suruh ajar camana? KAlau guru besar tolak kedepan camana?

Graduan IPIS mesti boleh jadi imam.. Kalau tidak malu IPIS.. Malu pensyarah IPIS.. MAlu seluruh warga IPIS.. MAktab Islam tapi tak tahu asas Islam..

Kalau boleh jadi imam maksudnya tahu bacaan dalam solat.. maksudnya tahu baca Quran.. maknanya tahu pergerakan dalam solat.. tahu kewajipan sebagai orang Islam..

Apa lagi kalau nak jadi pemimpin.. NAk jadi JPP.. exco 2 exco ni.. lagi mesti pandai jadi imam.. tapi kalau masjid pn jarang2 nampak.. macamana nak jadi pemimpin.. rosak budak IPIS nanti.. Sebab kepimpinan tiada teladan.. tidak meletakkan asas Islam dalam kepimpinan..

Juga peringatan buat saya yang xpandai sangat jadi imam.. belum tahap hebat dan power.. masih dalam belajar.. dan sentiasa ingin belajar.. Kalau saya silap tegur k..

OK orang dah azan.. JOM P MASJID.. BAKAL2 Calon JPP.. meh pi masjid sekali..

Semuanya Sudah Selesai..

| Wednesday, February 11, 2009
Baru-baru saya ada menyiarkan satu entry. Selepas seminggu entry tersebut disiarkan, saya dihubungi oleh kakak saya yang mengkhabarkan blog saya diserang dengan komen-komen yang berbentuk fitnah dan kutukan melampau.. Lalu saya yang kebetulan berada dalam sebuah program meminta jasa baik kakak saya untuk menutup sementara blog ini...

Komen yang diterima hampir 30 komen.. Tetapi majoriti komen adalah daripada orang yang sama.. dan saya rasa saya kenal orang-orang yang beri komen tersebut berasaskan cara mereka bertentang mata dan bercakap dengan saya.. Walaupun komen-komen mereka yang tidak menggunakan nama sebenar dan agak negatif saya tidak begitu kisah dengan apa yang mereka lakukan.. Itu urusan mereka dengan Allah... Dan saya bebas untuk tidak menyiarkan komen mereka kerana ini adalah blog peribadi saya..

Malam ini saya membuang entry tersebut berasaskan pertimbangan peribadi dan pandangan beberapa pihak.. Saya yakin orang yang saya katakan melakukan penghinaan ke atas saya dengan menghalau saya itu berasa agak tertekan dengan entry yang saya siarkan baru-baru ini walaupun saya tidak pernah menyebut namanya secara jelas..

Namun harus diingat saya juga berasa tertekan atas apa yang berlaku ke atas saya. Sebagai manusia biasa saya sedikit trauma, malu, hilang keyakinan untuk berhadapan dengan masyarakat dan sebagainya.. Saya hanya ingin memberitahu masyarakat yang melihat dan bercerita tentang perkara tersebut bahawa saya tidak salah.. Saya hanya datang untuk berbincang tetapi dihalau dan dimaki sedemikian rupa di tempat terbuka. Saya boleh bersabar jika ia berlaku di tempat tertutup yang hanya saya dan dia di situ.. Tetapi ini tidak.. Walaupun banyak mana sekalipun tekanan yang dihadapi, mengapa saya dijadikan mangsa?

Salahkah saya cuba untuk membela diri sendiri? Kalau ini rahsia antara saya dan dia tidak menjadi masalah.. Tapi ini dilihat oleh masyarakat sekeliling.. Yang jelas masyarakat memandang ialah saya dimaki dan dihalau.. Bagaimana cerita disebalik itu? Bagaimana saya ingin menebus kembali penghinaan yang dikenakan ke atas saya tanpa sebab?

Tiada pun dihantar wakil untuk menyelesaikan masalah ini dari pihak dia? Mengapa saya tidak menghantar wakil? Jawapannya saya sudah serik.. Saya bukan pengamal ilmu mempertahankan diri.. Saya mungkin boleh lumpuh hanya dengan sekali tendangan tepat berdasarkan bentuk tubuh yang saya miliki.. Mungkin saya juga akan menjadi mangsa seperti pintu yang tidak bersalah tetapi dicederakan...

Apapun saya sudah nekad hari ini membuka semula blog saya dengan mendelete entry tersebut.. lagipun pengomen-pengomen tak bernama banyak kali menulis meminta saya menarik balik artikel tersebut..

Dan atas semangat cintakan Islam.. Ukhuwwah Fillah.. dan saya punya banyak perkara untuk diselesaikan sementara hidup di dunia ini.. Rugi pula rasanya menghabiskan masa memikirkan benda yang remeh temeh ini.. Walaupun dia tak pernah menghulurkan salam kemaafan.. menjalinkan kembali ukhuwwah yang telah terputus.. Biarlah... Saya mulakan dahulu dengan menghulurkan salam kemaafan.. Saya mohon kemaafan dan saya maafkan kesilapan anda kepada saya..

Dan para pembaca sekelian anda menjadi saksi permohonan maaf saya ini... Jangan tanya lagi kenapa saya tidak bersemuka dengan dia..