WALIMATUL URUS

PRK IPIS: Kenapa Semakin Sepi?

| Friday, February 20, 2009
Mungkin ini hanyalah perasaan saya atau mungkin anda juga berkongsi rasa yang sama dengan saya... Saya rasakan Pilihan Raya Kampus IPIS terlalu sepi tahun ini.. Tiada perang poster seperti tahun sebelumnya.. Manifesto yang dibentangkan sepanjang dua malam yang sudah juga agak simile gagasannya.. Kata yang terluah oleh setiap calon hampir sama..

"Saya tidak menjanjikan apa-apa untuk anda, tetapi jika anda merasakan saya layak untuk mewakili suara anda maka undilah saya.."

Hampir semua calon meluahkan kata yang sama... Bahkan ada yang membawakan dalil Al-Quran dan Hadis mencerca mereka yang memberikan janji untuk berusaha melakukan dan mengadakan sesuatu perubahan...

Hampir tiada gagasan perjuangan.. Gagasan pemikiran yang menjadi sandaran..

Mengapa begitu sepi pandangan dan pemikiran kita.. Takutkah.. Malukah.. Jaga hati orangkah.. Atau blurkah..

Pada saya keadaan ini tidak baik dalam usaha kita melahirkan mahasiswa yang dinamik dan berwawasan, bermatlamat serta mempunyai pandangan hidup yang jauh merentasi alam dunia..

Kempen penting samada dengan cara menampal poster atau cara-cara yang lain kerana ia menguji keberanian dan kekreatifan kita dalam meluahkan sesuatu dan memberi keyakinan kepada pengundi.. Ramai yang tidak mengenali calon-calon yang bertanding termasuk saya.. Entah siapa yang akan saya undi esok..

Manifesto penting dalam mengemukakan gagasan pemikiran dan perjuangan kita.. Islamiskah kita.. Nasionaliskah kita.. komuniskah kita.. Pro-Islamkah kita, atau Pro-Amerikah kita.. Pro-Mahasiswa atau Pro-Aspirasikah kita..

Pemikiran inilah yang akan menjadi penilaian bagi pengundi sebelum melihat sosok tubuh, gaya bekerja.. gaya bercakap dan pandangan terhadap isu-isu khususnya isu-isu yang berkait dengan mahasiswa..

Perkara-perkara yang dicadangkan didalam manifesto adalah untuk diusahakan bukan bermaksud janji yang pasti dan mesti ditunaikan... Kita hanya berusaha tetapi Allah yang menentukan.. Kejayaan manifesto yang dibentangkan itu bergantung juga kepada keadaan ekonomi semasa, kesesuaian, faktor masa, birokrasi yang ada, persetujuan exco-exco lain dan sebagainya.. Apa yang penting ialah kita berusaha untuk menunaikannya.. Supaya apabila dipilih kita akan bekerja dengan lebih bermatlamat.. Ia juga bermaksud kita mempunyai asas perjuangan untuk menduduki kerusi sebagai wakil mahasiswa.. Bukan dipilih untuk bersuka ria, berbangga dengan pangkat dan kedudukan, tersengih kehulu kehilir berblazer tebal.. Asasnya kita berusaha untuk menunaikannya..

Saya tidak bermaksud saya betul dalam semua perkara.. Saya juga banyak kelemahan dan banyak melakukan kesilapan.. Namun tidak salah rasanya jika saya menyuarakan pandangan untuk difikirkan bersama...

Para pengundi sekelian, keputusan di tangan anda.. Jika anda inginkan perubahan di IPIS pilihlah mereka yang anda yakini mampu merubah suasana yang anda inginkan.. Jika anda inginkan ISlam dimartabatkan di tempatnya pilihlah mereka yang mampu membawa Islam dan mengamalkannya dalam kehidupan harian mereka..

Allah akan bertanya di akhirat kelak kenapa dipilih si polan dan si polan sebagi pemimpin..
Jika pemimpin yang kita pilih ini membawa mudarat kepada ISlam di IPIS bersedialah untuk memberi sejuta alasan di akhirat kelak..

Sahabat-sahabat yang bakal bertanding teruskan berusaha, berjuang, melakukan anjakan paradigma, meletakkan IPIS di landasan Islam yang sebenar..

Kami letakkan amanah ini di bahu anda... Dan Allah akan bertanya kembali akan amanah ini di akhirat kelak...

Selamat mengundi... Takbir!!! ALLAHU AKBAR!!!

0 comments: