WALIMATUL URUS

HEP batalkan pertemuan akhirnya..

| Monday, September 8, 2008
Sebagaimana yang dijanjikan saya bersama-sama YDP Firdaus, N.SU K. Zah, N. Bendahari K. Mus dan Exco Helwi K. Syeda telah pun berkumpul di foyer maktab utk bertemu pihak HEP utk menyelesaikan isu PENHARAMAN JUBAH untuk akhawat di IPIS..

Namun jawapan yang kami terima daripada K. Sal kerani JHEP ialah.. " En. Md Zin tiada dan Puan Fazidah sudah tidak mahu masuk campur berkaitan isu ini segalanya diserahkan kepada En. Md Zin utk menyelesaikannya.."

Pelik sungguh.. kenape tadi begitu beria-ia menahan pelajar perempuan yang berjubah.. Sedangkan masih ramai pelajar yang berbaju jarang.. bertudung singkat dan nipis...

kenapa begitu double standard.. Apakah anda bencikan Islam? ataupun ada oekeliling yang mengharamkannya?? kalau ada tunjukkan kepada kami..

Kami adalah wakil kepada seluruh warga mahasiswa disini.. Mengapa kami tidak dibawa berbincang dahulu sebelum anda memutuskan sesuatu.. Insya Allah kami takkan berdiam diri dalam isu isni.. kerana sudah banyak benteng IPIS telah diceroboh dan dipecahkan.. Benteng ini akan kami pertahankan selagi kami bergelar Muslim di IPIS..

Anda telah mencabul kebebasan pelajar di IPIS.. anda juga telah mencabul hak berpakaian seorang manusia di IPIS.. anda juga selaku pihak yang menjaga peraturan IPIS dengan tanpa malu dan segan dan secara terang-terangan menafikan peraturan yang sendiri mempertahankannya sebelum ini... Hak demokrasi di IPUs sudah dimusnahkan.. dan yang lebih hak seorang Muslimah untuk mengamalkan agamanya secra terang-terangan telah dinafikan...

Jangan sampai masyarakat menukar Institut yang mulia dengan Islam ini dengan nama lain.. dan bersedialah menjawab pertanyaan Allah di akhirat kelak..

Pertemuan JPP dan HEP akan berlangsung esok pada jam 2.30 petang.. doakan kami...

5 comments:

Anonymous said...

salam..apa nak jadi ngn ipis nie...jubah pun xleh pakai....

maka,dapatlah kita lihat bahawa peraturan Allah itu tidaklah menyesakkan nafas dan membebankan manusia...berbanding peraturan manusia yang direka ikut suka mereka...

all the best...Allah bersama kamu semua ....moga ikhlas mengiringi dan moga islam tetegak kembali..
takbir...

Anonymous said...

semoga dipermudahkan segala urusan esok...Allah sntiasa brsm dngn mereka2 yg ingin menjaga agamaNYA....TAKBIR..ALLAHUAKBAR

Anonymous said...

InsyaALLAH... Terima kasih atas sokongan sahabat semua...

Hamirdin b Ithnin said...

hep mana yang bebal cam tu?

Anonymous said...

T.kasih kerana sudi bertandang Prof..
Ini HEP di sebuah maktab perguruan yang melahirkan ustaz dan ustazah untuk seluruh sekolah di pelosok tanah air kita yang kita cintai ini Prof..