WALIMATUL URUS

Sudah semakin tua...

| Wednesday, September 24, 2008
Alhamdulillah hari ini 24 September merupakan hari ulang tahun kelahiran saya ke dunia ini mengijkut kalendar masehi..

Tiada apa yang mampu saya ungkapkan melainkan memandang cermin dan melihat paras rupa yang semakin di makan usia.. semakin hari semakin tua.. Namun apa yang dikesalkan ialah amalan yang tidak sebanyak mana sebagai bekalan bertemu Allah di akhirat kelak..

Buat Mi dan Abah.. bila mengenangkan kembali pengorbanan kalian membesarkan anakanda hingga menjadi manusia Muslim pada saat ini. Anakanda berasa bertuahnya beribubapakan kalian.. Mi.. abah.. maafkan 'oghe' (orang).. bila oghe imbau kembali banyak sangat dosa yang telah oghe lakukan terhadap mi n abah..

Mi.. Abah.. oghe tahu adakala mi n abah terasa hati dengan sikap orang.. mi. abah.. mungkin oghe pernah berkasar dengan abah n mi.. mungkin oghe telah memalukan mi n abah dengn sikap oghe.. n oghe gagal jadi anak yang soleh sebagaimana yang setiap ibu n ayah didunia ini cita-citakan...

Mi.. abah.. oghe teringat tatkala mi n abah tidak memperkenankan oghe untuk meneruskan pengajian dalam bidang undang di Pusat Matrikulasi UIAM.. Kalian lebih berkenan untuk oghe menerusakan pengajian dalam bidang perguruan.. menjadi seorang pendidik.. menjadi seorang ustaz.. Tapi oghe membantah.. Puas K. Pah memujuk.. Pok Pih menasihat.. namun oghe tetap ingin tetap dengan keputusan oghe untuk meneruskan pengajian di dalam bidang yang dicita-citakan..

Tapi mi.. oghe kalah dengan air mata n esak tangis mi.. mengharap daripada oghe.. sayup-sayup dari hujung corong telefon.. Oghe kalah dengan rajuk abah.. betapa kalian mengharap oghe menjadi seorang guru sebagaimana anak-anak dan menantu-menantu umi yang lain.... pendidik.. dan yang penting harapan umi n abah untuk melihat oghe menjadi seorang ustaz yang mampu mencerahkan pusara kalian nanti..

Oghe memahami hasrat mi n abah.. n oghe tinggalkan juga pusat matrikulasi UIAM pun dengan bercupak air mata.. dengan azam n tekad yang baru..

Mi n abah.. semakin oghe dewasa.. semakin hari memakan usia.. oghe semakain terasa kasih umi n abah.. terasa terlalu dekat dengan umi n abah.. n oghe semakin terasa ketepatan keputusan umi n abah menghalakan oghe ke dalam bidang perguruan ini.. Terasa keberkatannya.. terima mi n abah..

Mi n abah.. oghe telah mencapai usia akhir remaja menuju dewasa.. sudah sampai masanya untuk oghe berumahtangga.. Terima kasih mi.. abah di atas sokongan yang tak berbelah bahagi untuk oghe meneruskan hidup di alam berumahtangga.. sesungguhnya mi n abah terlalu memahami oghe.. Apa sahaja keputusan oghe xkan lupa berbincang dengan mi n abah.. dan oghe akan menerima jika mi n abah merasakan pilihan oghe kurang tepat.. Tapi setakat hari ini oghe merasakan umi n abah merestui pilihan oghe.. InsyaAllah mi.. abah.. apa yang dirancangkan akan menjadi kenyataan.. sedikit masalah yang melintang itu adalah bunga-bunga yang mewarnai kehidupan..

Mi n abah.. sebagaimana tahun-tahun yang berlalu.. ulang tahun kelahiran oghe akan berlalu begitu sahaja tanpa keraian atau sambutan dari sesiapa kecuali beberapa kerat pesanan ringkas.. n panggilan singkat daripada kengkawan... n oghe pun tidak pernah mengharap untuk diraikan.. Namun setiap kali 12.01 minit pagi 24 September oghe sentiasa akan bermuhasabah.. n mengharapkan agar mi n abah dipanjangkan usia.. supaya umi n abah dapat merasa bakti n daripada oghe..

Mi.. abah.. doakan kejayaan oghe.. doakan oghe menjadi anak yang soleh.. sentiasa di dalam jagaan Allah.. terhindar dari kejahatan n kemaksiatan.. Akhir sekali ampunilah segala dosa oghe...

Salam Syair Perjuangan

| Monday, September 22, 2008

Assalamualaikum.. semasa menerawang mencari puisi yang mampu menyejukkan hati dan membangkitkan semangat untuk berjuang.. Saya temui sajak Muhaimin Sulam.. Entah mengapa saya begitu tersentuh dengan sajak ini.. Membasahkan kelopak mata saya.. Moga Allah menetapkan saya di atas jalan ini..

Sajak ini telah saya deklamasikan sempena sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat S.K Putrajaya Presint 8 (1).

Istimewa buat tatapan para pejuang.. Selamat Berjuang..

video


Salam Syair Perjuangan
Oleh: Muhaimin Sulam


Istimewa kepada mereka yang telah lama berjuang..


Kerna…

Aku bukan orang pertama..

Sekadar menumpang sisa perjuangan yang ditinggalkan..

Dari mereka yang usianya tenggelam dalam berjuang..

Yang meredah belantara bebal..

Mengharungi lautan duka..

Merentasi kelam malam..

Menapak tanah gersang..

Menuruni jurang malam..

Buat kami bernaung sama berkuat…


Maka.. bagai tiada lagi untuk kusyairkan…

Tentang… pahit.. getir.. silam..

Kami yang mentah, menatang cerita semalam..

Seiring..

Memandang jauh ke hadapan..

Dengan satu keyakinan..

Bahawa kita.. adalah satu…

Meski, terpisah pada jarak, ruang.. dan waktu..

Kerna kisah semalam, hari ini, dan mendatang..

Adalah… kitaran, pusara, sejarah manusia..


Gari, lokap penjara, mahkamah tanpa bicara..

Keringat, air mata…

Darah hanyir…

Dan jwa yang hilang..

Tangisan anak..

Gelisah ayah ibu..

Rindu si isteri..

Menghiris…

Mengukir riwayat korban perjuangan…


Ladang.. bendang.. gunung dan lautan..

Pasak buat pusara..

Hijau alam dan putih purnama menjadi panji..

Kerna di mana tubuh terasing, terbenam dan terbaring..

Pastinya bumi Tuhan yang menjadi hamparan..


Ini bukan sialnya berjuang..

Atau sumpahnya berjuang..

Atau padahnya berjuang..

Tetapi.. inilah fitrah perjuangan..


Tatkala kami kehilangan tangan, kaki, dan tubuh..

Angin dan air..

Terus setia mengalir risalah bahasaMU Tuhan..

Mengalirkan rindu kami..

Pada mereka yang menyambung bicara kami yang tak sudah..


Saudara..

Selagi timur belum terbenam mentarinya..

Nyawa belum tersiat dari tubuh..

Dan hijab doa belum terkatup..

Biarpun… kami hanya sendiri berdiri..

Sejuta bicara penuh beracun..

Selangit tembok keangkuhan musuh..

Tapi kami akan melangkah gagah..

Suara kami akan terus menyampaikan..

Salam perjuangan..

Salam perjuangan tanpa wilayah..

Salam perjuangan tanpa noktah..


Saudara..

Sesekali perjuangan ini takkan kami temui..

Kalimah tewas, kalah atau kecundang..

Kami terus tetap berjuang..

Dan tetap terus berjuang..


Wallahu a’lam….

Demam...

| Monday, September 15, 2008
demam pun nak blogging gak.. =)

Hari ni lepas Kuliah Dhuha Ustaz Abdullah Al-Qurtubi, upadate apa yang patut kat blog, solat Zohor dan terus tidur hingga terlajak Asar sampai pukul lima petang..

Akibat semalam tidur tanpa selimut (selimut tertinggal kat masjid), hari ni selsema menyerang.. kepala berdenyut-denyut, hidung berair dan sedikit batuk-batuk.. Tekak pula terasa perit..

Jam 5.30 petang terus bergerak ke majlis berbuka puasa di Stadium Bangi di Syeksyen 15 bersama Tuan Guru Hj. Harun Taib, Mantan Ketua Dewan Ulama'.

Selepas berbuka hujan renyai-renyai.. Namun terpaksa balik ke maktab juga.. Hari ni giliran saya mengimami terawikh..

Rasa nak tidur awal tapi rindu dekat blog.. Nak cerita banyak peristiwa.. Lawatan BISA IPMM, Buka puasa bersama Tuan Guru Dato' Harun Din, Majlis Buka Puasa tadi dll... Tapi penat dan pening.. Nanti2 la ye...

Harap esok demam selsema ni beransur pulih.. Rasa lenguh badan... Nak tidur.. Assalamualaykum..

Lagi Kesilapan Umat Islam Dalam Bulan Ramadhan & Luar Ramadhan

| Sunday, September 14, 2008
Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Alhamdulillah, sudah hampir seminggu kita berpuasa dan menjalankan pelbagai ibadah di bulan penuh keberkatan dan keampunan ini. Moga kita sama-sama dapat mempergandakan usaha bagi membersihkan hati dan jiwa yang kerap tercemar dengan pelbagai dosa setiap hari.

Jika sebelum ini saya telah mendedahkan beberapa kesilapan kerap umat Islam pada bulan Ramadhan agar ianya dapat dijauhi sebaiknya, kali ini saya berhasrat untuk membuat beberapa penambahan lagi sebagai panduan bagi rakan-rakan umat Islam yang dikasihi sekalian.

Perbetulkan Amalan Kita Selaras Kehendak Allah dan rasulNya

Tanpa mengetahui yang salah, umat Islam mudah terjebak melakukan dosa-dosa ini, dan sebahagiannya bukan suatu dosa kecil yang boleh dipandang ringan. Awas dan segeralah melakukan koreksi jika kita pernah melakukannya di bulan Ramadhan.

Berikut adalah beberapa lagi kesalahan kerap yang berlaku terutamanya di bulan Ramadhan, ia juga adalah suatu kesilapan di luar Ramadhan juga:-

1) Berjalan di hadapan orang yang sedang solat ;

Sebagaimana yang kita lihat, di bulan Ramadhan ini ramai individu yang amat jarang menunaikan solat di masjid akan hadir berbondong-bondong ke masjid bagi memperolehi pahala sunat tarawih. Hasilnya, ramailah orang yang kurang ilmu, tidak faham adab dan tatacara di masjid juga telah hadir.

Menurut pengalaman di masjid-masjid dan surau, saya dapati terlalu ramai individu yang lalu lalang di hadapan orang yang sedang solat sunat. Disebabkan masjid yang penuh dan pelbagai ragam manusia, seringkali ada yang keluar masuk.

Sedarlah bahawa lalu di hadapan orang yang solat itu adalah suatu dosa yang amat besar, manakala membiarkan orang lalu tanpa bertindak juga adalah suatu kesalahan.

Nabi s.a.w menegah dengan katanya :-

‏لو يعلم المار بين يدي المصلي ماذا عليه لكان أن يقف أربعين خيرا له من أن يمر بين يديه قال ‏ ‏أبو النضر ‏ ‏لا أدري أقال أربعين يوما أو شهرا أو سنة

Ertinya : Sekiranya seseorang yang lalu di hadapan orang yang solat itu tahu sebesar manakah dosanya, nescaya ia berhenti menunggu selama lebih 40 (tahun, hari dana bulan) adalah lebih baik dari ia lalu di hadapan orang yang solat itu. (perawi berkata : aku tidak pasti nabi menyebut 40 hari, bulan atau tahun) ( Riwayat Al-Bukhari)

Ibn Hajar menukilkan kata-kata Imam An-Nawawi yang berkata :- "hadis ini menunjukkan haramnya lalu dihadapan orang yang sedang solat dan makna hadis ini membawakan larangan keras dengan balasan yang dahsyat, justeru ia tergolong dalam kategori dosa-dosa besar" ( Rujuk Fathul Bari, Ibn Hajar )

Ibu bapa kerap membawa anak mereka di masjid di waktu begini. Wajiblah ke atas mereka untuk menjaga anak mereka agar tidak bertindak berlari di hadapan orang yang sedang solat ini.

2) Membiarkan orang lalu dihadapannya (ketika solat) tanpa di tahan.

Jika lalu di hadapan orang yang sedang solat adalah kesilapan, maka ia juga satu kesalahan bagi bagi orang yang sedang solat itu sekiranya ia tidak bertindak menghalang.

Nabi s.a.w menyebut :-

‏إذا صلى أحدكم إلى شيء يستره من الناس فأراد أحد أن يجتاز بين يديه فليدفع في نحره فإن أبى فليقاتله فإنما هو الشيطان

Ertinya : Apabila seorang kamu menunaikan solat dengan telah ada petanda atau penghadang di hadapan kamu dari orang ramai (sebagai isyarat tempat ia solat- ia dinamakan 'sutrah'), tiba-tiba ada orang yang ingin melintas di hadapanmu, hendaklah kamu menahannya dari lalu, sekiranya dia enggan hendaklah kamu lawaninya dengan kuat kerana dia adalah Syaitan.' (Riwayat Al-Bukhari, Muslim, lafaz di atas riwayat Abu Daud )

Kita perlu menyedari bahawa solat adalah satu munajat berdua-dua dan berhadapan dengan Allah s.w.t, mana mungkin dibenarkan ada orang yang lalu melintas tatkala kita sedang berdua-duaan dengan Allah secara 'face to face'.

Apa pandangan anda jika kita sedang ingin menerima 'scroll' ijazah dari seorang canselor yang juga merupakan seorang sultan, tiba-tiba ada orang mencelah di antara kita dengan sultan tersebut?, Sudah tentu yang lalu tadi akan menerima darjah dan sijil 'pelempang' (penampar) dari sultan tersebut agaknya. Kerana ia adalah penghinaan kepada sultan dan penerima ijazah tadi sekaligus.

Nabi bersabda :-

المصلي يناجي ربه

Ertinya : "Sesungguhnya seseorang yang sedang bersolat adalah sedang bermunajat dengan tuhannya" ( Riwayat Al-Bukhari, no 413 ; Muslim , no 551 )

Hanya orang yang tidak khusyu' sahaja yang akan membiarkan orang lalu dihadapannya ketika solat. Kerana ia tidak dapat merasakan solatnya adalah suatu majlis yang hebat dan 'grand', tiada perasaan langsung bahawa ia sedang berhadap dengan Allah. Hasilnya, tiada sebarang larangan orang ingin lalu dihadapannya atau tidak. Tiada sebarang rasa terhina atau menghina Allah s.w.t.

Jagalah kehormatan masjid dan ramadhan

3) Meludah di masjid

Maklumlah, hadir ke masjid selepas berbuka dengan perut penuh, di musim selsema dan berkahak ini, ramai kelihatan meludah di sana sini di masjid. Makin ramai makin banyak ragamnya.

Ketahuilah Nabi s.a.w menegah kita meludah sesuka hati di masjid, sebagaimana kata baginda :-

‏قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏البزاق في المسجد خطيئة وكفارتها دفنها

Ertinya : Meludah di masjid adalah satu dosa (kesalahan), dan sebagai balasannya, hendaklah ia melupuskannya ludahnya tadi dengan menimbusnya" ( Riwayat Al-Bukhari, Abu Daud )

4) Membiarkan anak bermain mercun berdekatan masjid, deringan telefon bimbit berbunyi, menoleh kiri dan kanan sewaktu menunaikan solat.

Ini adalah satu lagi dosa yang berlaku secara kerap di masjid tatkala Ramadhan ini. Sekali lagi ia adalah disebabkan ramainya menunaikan solat terawih di masjid dan agak ramai juga yang membawa hand phone masing-masing yang tidak di 'silent' kan deringannya.

Menurut kefahaman saya, hukum mematikan ‘handphone' sewaktu solat jemaah dan solat secara individu adalah wajib (dimestikan).

Ini kerana :-

a- Tegahan dari terpesong minda & hati : Nabi tidak membenarkan umatnya terpesong minda, hati dan wajah semasa menunaikan solat. Tegahan Nabi ini boleh dilihat dari hadith berikut:-

إن الرجل لينصرف وما كتب له إلا عشر صلاته تسعها ثمنها سبعها سدسها خمسها ربعها ثلثها نصفها

Ertinya : " Seseorang yang beransur dari solatnya dituliskan baginya pahala dari persepuluh pahala solatnya, 1/9,1/8, 1/7, 1/6, 1/5, 1/4, 1/3 atau ½ " ( Riwayat Abu Daud dan An-Nasaie , Shohih menurut Ibn Hibban )

فإن هو قام وصلى فحمد الله تعالى وأثتى عليه ومجده بالذي هو أهل وفرغ قلبه لله تعالى إلا انصرف من خطيئته كيوم ولدته أمه

Ertinya : "Sesungguhnya seseorang yang berdiri dan solat serta memuja muji Allah SWT dengan pujian yang selayak bagiNya, serta mengosongkan hatinya bagi Allah SWT kecuali tatkala ia keluar dari dosa-dosanya seperti anak yang baru dilahirkan"( Riwayat Muslim)

Larangan menoleh ke kiri dan kanan sewaktu solat pula ditegah sebagaimana kata Nabi :-

فإذا صَلَّيْتُم فَلا تَلتَفِتُوا , فإنّ اللهَ يَنْصِبُ وَجْهُه لِوَجْهِ عَبْدِهِ فِي صَلاتِهِ مَا لمْ يَلتَفِتْ

Ertinya : "Apabila kamu solat, janganlahkamu menoleh (ke sana sini yakni tidak fokuskan pandangan), kerana Allah SWT mengarahkan wajahNya ke wajah hambanya yang sedang bersolat selagi mana hambanya tidak menoleh ke lain" ( Al-Bukhari dan Abu Daud ; fath AL-Bari , 2/304 )

Justeru, difahami dari zahir dan objektif di sebalik tegahan-tegahan ini, kita akan mendapati mesej baginda nabi s.a.w amat jelas untuk seseorang menumpukan hati dan mindanya kepada Allah SWT semasa solat. Dengan kumpulan dalil-dalil ini saya kira telah cukup untuk menunjukkan kepentingan dan kewajiban menutup hand phone semasa solat.

b- Tegahan dari menganggu ahli jemaah yang lain

Sebagaimana kita fahami, bahawa bunyi handphone ini mampu mengganggu seluruh ahli jemaah yang sedang menunaikan solat. Terutamanya jika ia bermuzik dengan lagu dangdut, pop, rock yang pelbagai maka sudah tentu dosa pelakunya lebih besar.

Keadaan ini dapat difahami dari tegahan Nabi SAW terhadap umat Islam yang datang ke masjid dengan setelah memakan makanan berbau dan busuk. Nabi SAW besabda :-

‏من أكل ثوما أو بصلا فليعتزلنا أو قال فليعتزل مسجدنا وليقعد في بيته

Ertinya : Barangsiapa yang makan bawang putih atau merah (yang tidak dimasak dan kuat baunya) maka jauhilah kami atau disebut : jauhilah masjid-masjid kami dan duduklah ia di rumahnya sahaja( Riwyaat al-Bukhari , no 808 )

Kesimpulannya, wajib menutup hand phone semasa solat sendirian dan berjemaah. Sekiranya terlupa dan handphone berbunyi, maka wajiblah bergerak sedikit untuk menutupnya.

Pergerakan

Pergerakan ini tidak membatalkan solat kerana ia adalah pergerakan wajib, sebagaimana Nabi SAW mengizinkan untuk membunuh binatang bisa kecil semasa solat. Diriwayatkan

أن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏أمر بقتل الأسودين في الصلاة العقرب والحية

Ertinya : Sesungguhnya Nabi SAW mengarahkan agar membunuh dua binatang bias walaupun ketika solat iaitu kala dan ular (jika ia menghampiri ketika solat) ( Riwayat Ibn Majah, no 1235 )

Hasilnya, jelas kita dapat memahami bahawa wajib juga bagi seseorang untuk bertindak ‘membunuh' bunyi handphone nya yang mengganggu jika berbunyi kerana ia amat berbahaya dan merosakkan ketenangan orang sedang solat, sebagaimana bahayanya kala dan ular.

5) Lelaki hadir ke masjid dengan berbau busuk, perempuan pula berwangian.

Telah banyak kali saya sebut di dalam web ini bahawa wanita ditegah memakai wangian sewaktu bercampur dengan lelaki bukan mahram di tempat umum termasuk masjid. Manakala lelaki pula disunatkan berwangian ke masjid.

Sebagaimana ingatan Nabi :-

‏من أكل ثوما أو بصلا فليعتزلنا أو قال فليعتزل مسجدنا وليقعد في بيته

Ertinya : Barangsiapa yang makan bawang putih atau merah (yang tidak dimasak dan kuat baunya) maka jauhilah kami atau disebut : jauhilah masjid-masjid kami dan duduklah ia di rumahnya sahaja( Riwyaat al-Bukhari , no 808 )

6) Tidur semula selepas sahur

Telah disebutkan bahawa waktu sahur adalah waktu yang dipenuhi keberkatan dan kemaqbulan doa. Justeru, tabiat tidur semula setelah makan sahur sementara menunggu waktu subuh adalah satu kesilapan. Inilah tabiat yang menyebabkan masjid dan surau tidak penuh di waktu subuh.

Tidur selepas makan sahur menyebabkan tubuh menjadi semakin layu dan mengantuk yang amat sangat. Keadaan ini pastinya menjadi punca solat subuh di rumah berseorangan atau lebih teruk, terlewat subuh.

Amat rugilah mereka yang tidak menjaga waktu sebegini serta tidak mengisinya dengan doa dan istighfar.

Allah berfirman :-

الصَّابِرِينَ وَالصَّادِقِينَ وَالْقَانِتِينَ وَالْمُنفِقِينَ وَالْمُسْتَغْفِرِينَ بِالأَسْحَارِ

Ertinya : "Orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap taat, yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah), dan yang memohon ampun di waktu sahur" ( Al-Imran : 17 )

7) Menunaikan semua solat sunat di masjid dan tiada di rumah.

Tidak dinafikan, di bulan mulia ini ramai yang berusngguh ingin mendapatkan pahala sunat, solat sunat kerap dilakukan sejurus solat fardhu di masjid dan surau.

Cuma orang ramai perlu tahu bahawa, solat sunat lebih afdhal dilakukan di rumah berbanding di masjid dan surau, ia lebih mampu menjaga diri dari perasaan riya, ujub dan takbur. Kecualilah solat sunat terawih dan bagi individu yang jauh rumahnya dari masjid, hingga terpaksa menunaikan solat-solat sunat selepas dan sebelum solat fardhu di masjid.

Bagaimanapun, adalah satu kesilapan sekiranya tidak dilaksanakan sebarang solat sunat ketika di rumah, seperti solat tahajjud, witir dan lain-lain.

Nabi s.a.w bersabda :-

اجعلوا من صلاتكم في بيوتكم ولا تتخذوها قبورا

Ertinya : jadikanlah sebahagian dari solat kamu di rumahmu dan jangan biarkan rumahmu menjadi seperti kubur ( akibat tiada solat sunat)" (Riwayat Muslim)

Majority ulama berpendapat solat sunat lebih baik dilaksanakan di rumah disebabkan ia lebih tersorok daripada pandangan ramai ( Syarah Sohih Muslim, Imam An-nawawi )

8) Wanita berhias dan membuka aurat di luar rumah

Saya kira, isu ini telah banyak saya sentuh di web ini, malangnya ia seakan-akan satu fenomena yang amat sukar untuk diubah walaupuan di ketika datangnya bulan dibukakan pintu syurga dan ditutup pintu neraka ini.

Sedarilah, kegagalan kita untuk berubah kepada yang lebih baik di bulan ini bakal menyaksikan kejahatan diri akan semakin mudah meningkat di bulan-bulan lain.

(GAMBAR DUA WANITA YANG DISIARKAN SEBELUM INI SEBENARNYA DISIARKAN OLEH SUAMI MEREKA DAN DISIAR SECARA PUBLIC DI WEB FOTOGRAFI, IA MEMANG DITONTON OLEH RAMAI)

9) Merendah dan 'kondem' wanita yang cuba berubah dengan bertudung, tutup aurat dan tidak berhias di bulan ramadhan.

Saya juga mendapat info bahawa sebahagian golongan yang merendahkan percubaan perubahan diri dan perkara baik yang dilakukan oleh rakan setugas dan kenalannya di bulan Ramadhan ini. Ada yang mengeji, menuduh hipokrit, mengutuk kononnya 'bungkus sebentar' dan macam-macam lagi kutukan.

Buat pihak yang mengutuk, sedarilah, anda sebenarnya sedang menjauhkan orang dari Islam dan hidayah Allah. Disebutkan dalam sebuah hadis :-

‏لا تحقرن من المعروف شيئا ولو أن ‏ ‏تلقى أخاك ووجهك منبسط

Ertinya : "Janganlah kamu mencela apa jua perkara kebaikan (yang dilakukan) , walaupun hanya sekadar seseorang bertemu saudaranay dengan wajah yang senyum dan riang.." ( Riwayat Ahmad , dari hadis Jabir , no 19717 )

Justeru, apa jua kebaikan yang mampu diusahakan oleh seseorang terutamanya di bulan baik ini, kita ditegah untuk memperlecehkannya.

10) Banyak berdoa tetapi tidak memahami apakah maksud doanya

Ini satu lagi penyakit yang menular meluas dalam masyarakat kita, memang amat baik untuk menghafal doa yang sohih dari Al-Quran dan dari baginda Nabi s.a.w, tetapi ia akan tergugat apabila anda tidak memahami apakah doa yang diulang-ulangnya itu.

Saya kerap kali terjumpa tuan imam yang membaca dari buku sahaja doa yang panjang lebar, dengan tergagap-gagap. Selepas tamat saya cuba bertanya adakah beliau faham kandungan doa itu, ia berkata hanya faham 10 % sahaja. Mujurlah ada yang faham, bagaimana jika 0 % faham.

Jika tuan imam hanya 10 % faham, bagaiamana pula dengan makmum dari orang biasa ini?. Bolehkah doa tanpa faham ini menjadi maqbul dengan serta merta ?, bolehkah sesuatu doa yang tidak difahami maskudnya boleh lahir dari hati, jiwa dan penuh perasaan dari orang yang berdoa?. Perbincangannya mungkin seidkit panjang, Cuma cukuplah saya ingin mengingatkan ia adalah salah satu bentuk kesilapan di bulan Ramadhan yang dipenuhi doa ini.

Segeralah mencari terjemahan doa yang anda baca agar kesungguhan meminta apa yang diucapkan sampai kepada Allah s.w.t.

Nabi s.a.w mengingatkan :-

ادْعُوا اللَّهَ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالإِجَابَةِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ لا يَسْتَجِيبُ

دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لاهٍ

Ertinya : "Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kamu yakin ianya diterima Allah, dan ketahuilah Allah tidak menerima doa dari orang yang hatinya lalai dan tidak bersungguh" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3479 : AlMunziri dan Albani : Sanad & Hadis Hasan )

Ni gambar sungai bukan syurga ok..

Akhirnya, semoga kesilapan ini dapat dielakkan di ketika kita menghidupkan Ramadhan dan berterusan dapat dielakkan selepas Ramadhan. Saya izinkan disebarluaskan artikel ini di masjid, surau, fotostatlah sebanyak mungkin demi manfaat rakan muslim kita. Semoga kita dapat sama-sama ke syurga Allah s.w.t ..ameeen.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

6 Ramadhan 1428 H

18 September 2007

Pelajar institusi perguruan berbuka makan biskut

| Thursday, September 11, 2008
Hari ni saya mendapat e-mel yang sangat meruntun hati. Kes kebajikan pelajar IPG tidak cukup makan atau lebih tepat tiada tempat yang sesuai untuk mendapatkan sumber makanan di IPG rupa-rupanya bukan sahaja berlaku di IPIS tetapi berlaku juga di IPG lain. Cafe atau kantin yang berfungsi adalah kemudahan asas yang wajib disediakan oleh pihak pentadbir di mana-mana institusi hatta di kilang membuat tauhu dan di ladang menternak cacing. Namun ini tidak berlaku di pusat latihan guru di Malaysia yang kita kasihi. Apa gunanya menaiktaraf IPG jika prasananya adalah lebih kurang dengan maktab sebelum dinaiktaraf? Belum lagi dipersoalkan sistem pengajiaanya yang memeningkan.

Harapan dengan tersiarnya berita ini Menteri Pelajaran yang kita cintai dapat membuka mata dan telinga serta bersegera bertindak. Kami sudah muak mendengar sejuta alasan bela diri daripada pihak pentadbir. Atau adakah pihak Kementerian ingin melihat kami berarak mengangkat poster dan kain rentang di Putrajaya?

Surat Pembaca
B.Harian 11/9/2008

INSTITUSI Perguruan Tengku Ampuan Afzan di Kuala Lipis, Pahang adalah antara institut perguruan baru di negara ini. Lokasinya di kawasan bukit di tepi lebuh raya menuju Gua Musang adalah sangat strategik sebagai satu institut melatih bakal pendidik sebelum mereka ditempatkan di seluruh negara.

Dengan bangunan baru dan kemudahan canggih, institut ini diharap dapat menyediakan bakal pendidik terlatih dengan ilmu pendidikan serba lengkap. Namun, di sebalik kehebatan institut itu, ada satu aspek yang mungkin tidak disedari pihak pentadbiran yang boleh memberikan gambaran negatif mengenainya.

Sebagai seorang bapa, saya seperti tidak percaya apabila anak saya yang mengikuti latihan di institut itu menyatakan bahawa masalah utama dialami pelajar di institut itu ialah kesukaran makan pada setiap hujung minggu.

Apabila tiba hujung minggu, pelajar terpaksa keluar ke bandar Kuala Lipis untuk mendapatkan makanan kerana kantin di institut ini tidak dibuka. Bagi pelajar yang tidak sanggup keluar setiap minggu, mereka terpaksa makan roti dan biskut saja.

Hal ini membebankan pelajar dan memberikan kesan kepada pelajar dari segi pembelajaran jika setiap hujung masalah untuk makan menghantui fikiran mereka.

Saya menjangkakan masalah ini tidak akan berlaku apabila tiba bulan Ramadan. Malangnya, keadaan tidak berubah. Sebagai seorang bapa saya berasa sangat sedih apabila mendapat tahu bahawa anak saya makan roti dan biskut untuk berbuka puasa dan bersahur pada hujung minggu.



Saya berharap pihak pentadbiran institut ini dapat mengambil tindakan sewajarnya. Tempoh bagi pelajar mengikuti latihan di sini bukan satu jangka masa pendek. Jika pelajar menghadapi masalah untuk makan pada setiap hujung minggu selama lima tahun, adakah adil bagi kita untuk mengharapkan mereka menjadi guru seperti yang diinginkan?



BAPA PRIHATIN,

Seremban, Negeri Sembilan


Soalnya di Mana Ramadhan Kamu?

| Wednesday, September 10, 2008

syaitan.gif

Sungguh menghairankan.

Khabarnya dia itu sudah tertambat. Sudah diikat sepanjang Ramadhan ini. Bukan dengar-dengar, malah Nabi SAW sendiri yang memberitahu mengenainya:

sulsilatisysyayatin.jpg

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila tiba Ramadhan, maka pintu rahmat akan dibuka, pintu neraka Jahannam akan ditutup, dan syaitan akan ditambat”

Soalnya, bagaimanakah kefahaman kita tentang hal ini?

Umpamakan syaitan itu seperti anjing yang tertambat. Apakah anjing yang ditambat tidak mampu menggigit? Tentu sahaja bagi mereka yang menjauhi anjing tersebut, akan terselamat dari serangan dan gigitan. Namun, bagaimana pula dengan yang mampir kepada anjing berkenaan? Duduk bersebelahan, mengacah-acah anjing yang geram tertambat? Tidak mustahil manusia dungu ini terkena gigitan, malah gigitan itu mungkin lebih serius kerana anjing sedang kemarahan.

Apabila Ramadhan mengikat syaitan dari bebas berkeliaran, ia hanyalah proses mengurangkan potensi syaitan menghasut manusia berbuat jahat. Seperti sebutan Nabi SAW pada sepotong hadith al-Bukhari dan Muslim, “Sesungguhnya syaitan itu bergerak di dalam diri anak Adam melalui saluran darah. Maka sempitkanlah perjalanannya dengan berlapar”.

Ramadhan mengurangkan potensi syaitan.

Akan tetapi bagi yang menghabiskan masa Ramadhannya di tempat syaitan tertambat, di lokasi lagha dan maksiat tempat jin bertandang, maka bagaimana? Ketika syaitan tertambat, manusia pula yang mencari-cari syaitan dan mengisi Ramadhan dengan perkara sia-sia kegemaran Syaitan? Tidakkah mereka ini menyerah peha untuk dibaham dan menjadi mangsa?

Dan ketahuilah bahawa punca kejahatan manusia itu ada luar dan dalamnya. Jika anasir asingnya adalah syaitan, sumber paling merbahaya pula adalah hawa nafsunya sendiri.

“Apakah kamu tidak melihat orang yang bertuhankan hawa nafsunya sendiri?” (Al-Jaatsiyyah : 23)

Maka selepas pintu rahmat dibuka, pintu neraka ditutup dan syaitan diikat, sudah cukup lapangkah jalan kebaikan, dan sudah cukup susahkah jalan kejahatan?

Selepas segala kemudahan diberi untuk manusia berubah kepada kebaikan, sedangkan dirinya masih tetap melakukan kejahatan… siapa lagi yang dapat dipersalahkan melainkan dirinya sendiri?

Kejahatan di bulan Ramadhan adalah kejahatan tulen pilihan manusia. Hampir tiada campur tangan syaitan pada kedurhakaan dirinya. Dia yang memilih untuk jahat lagi keparat.

Sebagaimana puasa menjadi ibadah eksklusif antara hamba dan Allah Tuhannya, maka kejahatan di bulan Ramadhan juga akan dibalas secara eksklusif oleh Dia.

Soalnya, di manakah syaitan ditambat? Soalnya di manakah anda bakal menghabiskan masa di bulan Ramadhan ini? Apakah di tempat jin dan syaitan bertandang? Atau di tempat turunnya rahmat Allah pada zikir dan munajat?

Hati-hati semasa melangkah. Ingatlah lorong dan liku Jalan Taqwa pesanan Ubai kepada Umar.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

BERITA TERKINI: MUZAKARAH DENGAN HEP

| Tuesday, September 9, 2008
HEP KIV PENGHARAMAN JUBAH BAGI MUSLIMAT

Pada jam 3.30 petang tadi YDP JPP, Saudara Firdaus Saad bersama Exco Dakwah dan Kerohanian Saudara Ahmad Munsif b. Ismail beserta Exco Helwi Saudari Norsyahidah Muzakir telah mengadakan pertemuan dengan En Mohd Zin b. Tambi, Ketua Unit Rekod dan Disiplin JHEP IPIS.

Dalam pertemuan yang berlangsung selama lebih kurang 1 jam itu pihak HEP telah bersetuju untuk menyemak kembali peraturan tersebut dan akan membawakan perkara tersebut kepada pihak Pengarah IPIS untuk tindakan selanjutnya.

Pihak HEP juga bersetuju untuk untuk menarik balik pengharaman tersebut dan berjanji akan mengadakan pertemuan dengan pelajar muslimat yang ditahan semasa Perhimpunan Pagi kerana memakai jubah pada hari Isnin yang lepas.

Dalam pada itu pihak JPP juga menggesa pihak HEP menumpukan perhatian lebih kepada kes salah laku pelajar yang semakin berleluasa dan menumpukan kepada pakaian meslimat yang tidak menutup aurat seperti memakai tudung nipis dan pendek serta pemakaian baju yang agak ketat serta berseluar jeans.

Selain itu pihak HEP dengan kerjasama Majlis Warden serta JPP juga digesa untuk melakukan operasi khas secara berkala bagimenahan pelajar-pelajar yang tidak mematuhi peraturan maktab khususnya yang berkaitan dengan peraturan syara' seperti peraturan pemakaian, solat dan sebagainya. Ini kerana pelanggaran peraturan ini akan sedikit sebanyak akan mencemarkan nama serta fungsi Institut perguruan Islam selaku pusat pengeluar guru-guru agama sekolah di seluruh negara.

Pertemuan pada kali mendapat kerjasama yang penuh daripada kedua-dua pihak walaupun berlaku sedikit ketegangan semasa perbincangan diadakan. diharapka semua pihak dapat bekerjasama dan berusaha untuk memartabatkan Islam di Institut Perguruan Islam yang kita kasihi ini. -abumusleh.blogspot.com

HEP batalkan pertemuan akhirnya..

| Monday, September 8, 2008
Sebagaimana yang dijanjikan saya bersama-sama YDP Firdaus, N.SU K. Zah, N. Bendahari K. Mus dan Exco Helwi K. Syeda telah pun berkumpul di foyer maktab utk bertemu pihak HEP utk menyelesaikan isu PENHARAMAN JUBAH untuk akhawat di IPIS..

Namun jawapan yang kami terima daripada K. Sal kerani JHEP ialah.. " En. Md Zin tiada dan Puan Fazidah sudah tidak mahu masuk campur berkaitan isu ini segalanya diserahkan kepada En. Md Zin utk menyelesaikannya.."

Pelik sungguh.. kenape tadi begitu beria-ia menahan pelajar perempuan yang berjubah.. Sedangkan masih ramai pelajar yang berbaju jarang.. bertudung singkat dan nipis...

kenapa begitu double standard.. Apakah anda bencikan Islam? ataupun ada oekeliling yang mengharamkannya?? kalau ada tunjukkan kepada kami..

Kami adalah wakil kepada seluruh warga mahasiswa disini.. Mengapa kami tidak dibawa berbincang dahulu sebelum anda memutuskan sesuatu.. Insya Allah kami takkan berdiam diri dalam isu isni.. kerana sudah banyak benteng IPIS telah diceroboh dan dipecahkan.. Benteng ini akan kami pertahankan selagi kami bergelar Muslim di IPIS..

Anda telah mencabul kebebasan pelajar di IPIS.. anda juga telah mencabul hak berpakaian seorang manusia di IPIS.. anda juga selaku pihak yang menjaga peraturan IPIS dengan tanpa malu dan segan dan secara terang-terangan menafikan peraturan yang sendiri mempertahankannya sebelum ini... Hak demokrasi di IPUs sudah dimusnahkan.. dan yang lebih hak seorang Muslimah untuk mengamalkan agamanya secra terang-terangan telah dinafikan...

Jangan sampai masyarakat menukar Institut yang mulia dengan Islam ini dengan nama lain.. dan bersedialah menjawab pertanyaan Allah di akhirat kelak..

Pertemuan JPP dan HEP akan berlangsung esok pada jam 2.30 petang.. doakan kami...

Akhawat tidak dibenar jakai jubah??

|
Pagi tadi seusai bersahur dan beberapa minit sebelum azan subuh dilaungkan saya dikejutkan dengan satu panggilan yang mencemaskan seluruh jiwa dan raga saya.. daripada Ustaz Fauzi Abd Majid pensyarah yang menyelia praktikum saya.. Katanya dia akan menyelia saya pagi ini.. saya katakan bahawa saya tiada waktu pengajaran hari ni... dia membalas.. ambil saja waktu orang lain.. Saya terpaksa mengangguk..

Tanpa persedian yang sepatutnya saya melangkah masuk ke kelas dengan Rancangan Pengajaran Harian dan persembahan Power Point kepunyaan sahabat Syuhil.. tanpa pernah saya lihat dan tanpa kefahaman yang sebenar.. Saya menggoereng seenaknya.. Puas...

Dalam waktu saya melaksanakan pengajaran sambil di 'observe' oleh Us Fauzi saya menerima mesej yang betul2 meragut ketenangan dan dan kepuasan yang aru saya kecapi..

"salam kefahaman Islam yang semakin hilang.. hari ni hari yang paling kelakar. kami dikenakan tindakan atas kononnya 'kesalahan' memakai jubah kerana melanggar peraturan yang ada dalam buku peraturan maktab. tapi yang xpakai tudung labuh xpula diambil tindakan.. di mana izzah d izzahnya ketiggian Islam d bumi IP Islam"



Saya terus menelefon akhawat yang menghantar mesej.. dan beberapa akhawat yang lain.. dan tanpa berlengah saya terus membuat appoinment dengan pihak HEP yang terlibat dengan kes in.. saya maklumkan kepada Ketua Jabatan Bahasa Arab, Penasihat Umum JPP dan Ydp..
Hari ini pihak JPP akan bertemu pihak HEP yang tidak sedar di bumi mana mereka berpijak sekarang... Waalahu A'lam..

Mengembalikan Izzah Institut Perguruan Islam

| Sunday, September 7, 2008
Pada tahun 1970-an, pelbagai golongan masyarakat Islam, para cendiakawan dan NGO di negara ini telah mengemukakan resolusi dan desakan agar sebuah maktab khas bagi melatih guru Pendidikan Islam ditubuhkan. Berikutnya pada bulan Februari 1977 sebuah unit Pendidikan Islam telah ditubuhkan di Maktab Perguruan Ilmu Khas sebagai titik tolak sebelum sebuah maktab tersendiri didirikan.

Kemudian unit ini dipindahkan bagi menjalankan pengajaran dan pembelajaran pada sesi petang di Bangunan Institut Bahasa, Lembah Pantai, Kuala lumpur. Pada bulan November 1977, Unit ini telah meningkat dan ditempatkan di bangunan sementaranya di bangunan bekas Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia di Seksyen 14, Petaling Jaya.

Pada bulan April 1983, Universiti Islam Antarabangsa yang baru ditubuhkan pada tahun itu telah mengambil alih bangunan tersebut dan operasi MPI dipindahkan pula ke bangunan menara dan beberapa buah bangunan kayu tinggalan Universiti Kebangsaan Malaysia di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Pada 14 Julai 1990 barulah MPI menduduki kampus tetap di Seksyen 12, Jalan Sungai Merab. Kampus ini terletak berhampiran Bandar Baru Bangi. Kampus ini yang mula dibina dalam Rancangan Malaysia Ke-5 meliputi kawasan seluas 40 hektar menggunakan rekabentuk berunsur Islam, lengkap dengan kemudahan sebagai pusat latihan guru. Maktab Perguruan Islam telah dirasmikan oleh D.Y.M.M. Sultan Selangor pada 30 Oktober 1992.

Mengangkat dan memartabatkan guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab adalah misi utama MPI sebagai Pusat Latihan Guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Oleh itu guru pelatih yang menerima latihan adalah terdiri daripada KDPM, KPLI dan juga melatih KDP, KSPK, PKPG dan Pra PKPG.

Untuk kecermerlangan pentadbiran dan latihan keguruan MPI bersama 26 buah maktab yang lain di seluruh Malaysia telah berusaha untuk memperolehi pensijilan MS ISO 9002. Pada 8 Ogos 2002 MPI telah menerima penganugerahan Sijil MS ISO 9002 bersama maktab-maktab lain. MPI yang telah dikenali sebagai Institut Perguruan Islam Selangor akan terus berusaha bagi meningkatkan sistem pengurusan kualiti berasaskan MS ISO 9001:2000.

Namun begitu matlamat penubuhan IPIS bukan hanya sekadar memartabatkan guru-guru pendidikan Islam. Lebih-lebih lagi dalam keadaan pelajar-pelajar kursus pendidikan Islam yang semakin susut dari hari ke hari. Matlamat IPIS perlu melangkaui sempadan pemikiran sempit. Dalam erti kata lain IPIS perlu meletakkan matlamatnya untuk melahirkan guru-guru yang bertaqwa kepada ALLAH dan mengamalkan syariatnya. Ini kerana misi kita sebagai hamba Allah terlalu besar iaitu untuk melahirkan individu yang beramal dengan Islam, seterusnya mampu membentuk keluarga Islam dan dari itu akan lahirkan masyarakat Islam yang hidup dan beramal dengan Islam dalam setiap gerak geri kehidupan mereka. Dengan terbinanya individu, masyarakat, maka InsyaAllah akan terbentuk sebuah negara yang baik dan diredhai oleh Allah kerana di sana rakyat dan kepimpinannya mentaati perintah dan ajaran Islam secara syumul.

Institut perguruan Islam yang dahulunya dikenali sebagai Maktab perguruan telah mengalami perubahan dan transformasi yang pelbagai. Bukan sahaja dari sudut perubahan dari sudut nama bahkan dari pelbagai yang mmberikan kesan yang tidak sedikit kepada guru-guru keluaran IPIS.
Jika dahulu pelajar IPIS hanya terdiri daripada pelajar kursus Pengajian Islam dan Bahasa Arab sesuai dengan matlamat penubuhannya, namun kini segalanya telah berubah. IPIS bukan lagi bertindak sebagai sumber guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab untuk dihantar ke seluruh pelusuk tanah air tetapi menjadi sumber guru dalam pelbagai bidang pengajian.
Jika dahulu sukar untuk melihat pelajar IPIS berpakaian selain daripada baju kurung atau jubah serta bertudung labuh. Namun sekarang kita mudah untuk melihat muslimat IPIS berbaju T pendek, berseluar jeans, bertuduh pendek lagi jarang di mana-mana. Kalau dulu muslimat sanggup berjubah di luar dan berpakaian sukan di dalam sebelum sampai ke padang permainan semata menjaga kehormatan diri dan izzah IPIS. Namun segalanya kini tinggal kenangan. Muslimin dan muslimat sudah tidak kisah untuk bersukan bersama, bermain bola keranjang bersama, meniarap di hadapan lelaki, duduk menelentang di hadapan lelaki, makan dan duduk studi berdua-duaan. Belum lagi cerita-cerita di liuar pagar IPIS. Segalanya seolah menjadi trend baru IPIS dan seolah sudah menjadi lumrah pelajar IPIS.

Program-program yang dianjurkan semakin kurang menghormati IPIS sebagai sebuah pusat keluaran ustaz dan ustazah. Dalam masa yang sama peraturan-peraturan tidak lagi dihormati. Walhal peraturan-peraturan inilah yang bertindak sebagai acuan untuk membentuk peribadi bakal ustaz dan ustazah.

Bagaimanakah agaknya generasi didikan ustaz dan ustazah IPIS yang kebanyakannya tidak suka atau segan dipanggil ustaz ataupun ustazah ini. Kata pepatah, bapa borek anak rintik. Mungkinkah generasi masa hadapan akan merintik segala tingkah kita pada hari ini? Tepuk dada tanya iman dan tanya sejauh mana usaha kita....