WALIMATUL URUS

Terima Kasih Mahasiswa IPIS!!

| Friday, January 23, 2009



Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada warga IPIS yang secara sukarela untuk sama-sama berkumpul mengadakan rapat umum mengutuk kekejaman Zionis di Palaesti..

Kehadiran anda yang menyesakkan dewan tanpa disuruh atau dipaksa sangat mengharukan..

Pertama kali sepanjang saya berada di sini Mahasiswa hadir ke program terbuka secara beramai-ramai tanpa dipaksa Syabas dan Tahniah...

Moga Allah memakbulkan munajat dan doa kita tadi.. Mudah-mudahan Allah menyelamatkan Palestin dan merahmati para pejuang yang berjuang mempertahankan Palestin...

Pada teman-teman urusetia khususnya dari YDP, Biro Dakwah, Biro Pengurusan Masjid, Majlis Tarbiah Nuqaba', Biro Seranta.. dan kepada ahli Exco Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang terus-menerus memberi sokongan.. Moga Allah memberkati usaha kita...

ALLAHU AKBAR!!!

Institut Perguruan Islam Tempat Ke-4 Debat Kefahaman Islami IKIM 2009

| Tuesday, January 20, 2009
Alhamdulillah pada tahun Institut Perguruan Islam Selangor sekali lagi mencipta nama melalui pasukan debatnya dalam Pertandingan Debat Kefahaman Islami Antara Institut Pengajian Tinggi.

Pasukan Debat Kefahaman Islam IKIM dari IPIS -
  1. Guru Pengiring - Cik Norzihan
  2. Jurulatih - Mr. H
  3. Researcher - Ahmad Munsif Ismail
  4. Pendebat 1 - Mohd Nazmi B. Jaafar
  5. Pendebat 2 - Nurul Nadia bt Murad
  6. Pendebat 3 - Mohd Rafee b. Mohamad
  7. Simpanan - Norsyahidah bt Muzakir
Pencapaian sehingga ke Peringkat separu akhir telah meletakkan IPIS sebaris dengan gergasi debat IPT di Malaysia walaupun IPIS tidak begitu dikenali di peringkat nasional sebelum ini.

Walaupun hanya berjaya berada di tangga ke-4 setelah tewas dengan pasukan debat Universiti Teknologi Petronas, ia tidak mematahkan semangat pendebat-pendebat IPIS untuk terus mara pada masa akan datang merebut kejuaaraan yang berprestij ini.

Pada tahun ini juga, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menawarkan hadiah baru yang lumayan kepada johan Pertandingan Debat Kefahaman Islami Antara IPT kali ke-6 iaitu berupa geran berjumlah RM 10, 000.00 kepada Kelab Debat universiti terbabit. Sebelum ini pasukan debat yang menjadi johan hanya menerima wang tunai RM15 000.00 sahaja di samping hadiah iringan. Pendebat terbaik pula akan menerima hadiah berupa wang tunai berjumlah RM 2,000.00 berbanding RM 1,000.00 tahun sebelumnya.

Hadiah yang ditawarkan oleh IKIM merupakan hadiah yang tertinggi untuk pertandingan debat di negara ini. IKIM amat berharap dengan hadiah yang lumayan ini akan memberi galakan dan kehebatan kepada gelanggang debat di kalangan penuntut IPT lebih-lebih lagi dalam memperdebatkan perkara-perkara yang berkaitan dengan unsur-unsur Islami.

Pertandingan Debat Kefahaman Islami Antara Institusi Pengajian Tinggi Kali ke-6 akan diadakan pada 12-16 Januari 2009 di Dewan Besar IKIM. Pertandingan akhir akan diadakan pada 16 Januari 2009 (Jumaat) yang akan dihadiri oleh YABhg Tun Dato' Seri Ahmad Sarji bin Abdul Hamid, Pengerusi IKIM dan Y.M. Datuk Dr. Syed Ali Tawfik Al-Attas, Ketua Pengarah IKIM.

PESERTA
Sebanyak 16 Institusi Pengajian Tinggi akan mengambil bahagian iaitu:
(i) Universiti Malaya
(ii) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
(iii) Universiti Pendidikan Sultan Idris
(iv) Universiti Utara Malaysia
(v) Universiti Teknologi Malaysia
(vi) Universiti Teknologi MARA
(vii) Universiti Putra Malaysia
(viii) Institut Perguruan Islam Selangor
(ix) Universiti Islam Antarabangsa
(x) Universiti Kebangsaan Malaysia
(xi) Universiti Darul Iman
(xii) Universiti Sains Malaysia
(xiii) Universiti Sains Islam Malaysia
(xiv) Universiti Malaysia Sabah
(xv) Universiti Multimedia Malaysia
(xvi) Universiti Teknologi Petronas

Pusingan pertama dan kedua pertandingan debat ini akan diadakan pada 12 dan 13 Januari 2009, manakala pusingan suku akhir, pada 14 Januari 2009. Pertandingan separuh akhir akan diadakan pada 15 Januari 2009.

TAJUK DEBAT
Antara tajuk debat pada 12 Januari 2009 ialah:

(i) "Penerokaan Tanah Untuk Biofuel Merugikan Negara".
(ii) "Kuota 30 Peratus Wanita Pembuat Dasar di Malaysia Tidak Berpijak di Bumi Nyata".
(iii) "Budaya Internet Menghakis Pemikiran Kritis".
(iv) "Kebebasan Penulis Blog Bukti Kebebasan Bersuara".


HADIAH
IKIM menawarkan hadiah berupa wang tunai kepada pasukan yang meraih kemenangan iaitu:

(i) Johan : Wang tunai RM15,000.00, Geran berjumlah RM 10, 000.00 untuk kelab , Debat, Piala pusingan, buku-buku terbitan IKIM, langganan majalah e@Siswa selama 3 bulan terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd dan sijil penyertaan.

(ii) Naib Johan : Wang tunai RM10,000.00, buku-buku terbitan IKIM, langganan majalah @Siswa selama 3 bulan terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd dan sijil penyertaan.

(iii) Ketiga : Wang tunai RM5,000.00, buku-buku terbitan IKIM, langganan majalah e@Siswa selama 3 bulan terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd dan sijil penyertaan.

(iv) Keempat : Wang tunai RM3,000.00, buku-buku terbitan IKIM, langganan majalah e@Siswa terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd dan sijil penyertaan.

(v) Pendebat Terbaik : Wang tunai RM2,000.00, buku-buku terbitan IKIM, langganan Majalah I selama 6 bulan terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd dan sijil penyertaan.


Bertemu lagi pada tahun hadapan..

Pertukaran Tempat Demonstrasi Anti-Israel

| Friday, January 9, 2009

AYUH PEMUDA-PEMUDI.. BANTAH KEZALIMAN ZIONIS!!

| Wednesday, January 7, 2009

Angka kematian saudara kita di Palestin semakin hari semakin meningkat.. Jadi di mana peranan kita sebagai pemuda pemudi selaku golongan yang paling bertenaga.. Di mana usaha kita dalam mengatasi gelodak kezaliman Yahudi yang tidak mengenal status mangsa...

Ayuh kita berhimpun merapatkan saf perjuangan bersama ribuan mahasiswa membantah kezaliman Zionisdi Gaza.. Bertempat di Masjid Putra, Putrajaya.. Jumaat ini, 9 Januari 2009.. Seusai solat Jumaat kita berhimpun di perkarangan masjid Putra dengan bertemakan baju hitam..

Memorandum juga akan diserahkan kepada Perdana Menteri supaya tindakan lebih drastik dan efektif dapat diambil bagi menyelamatakan nyawa dan marah umat Islam...

Ayuh mujahid dan mujahidah pembela ummah... kita turun berhimpun beramai-ramai...

Takbirrr!!! Allahu Akbar..

Salam Hijrah...

| Monday, January 5, 2009
Assalamualaikum semua.. Apa khabar sahabat-sahabat dan para pengunjung yang tidak jemun menziarahi blog yang sudah berhabuk dan bersawang ini.. saya mohon kemaafan kepada pengunjung dan diri sendiri kerana tiada kesempatan alias malas untuk update blog ini..

Alhamdulillah maktab akan dibuka semula bermula pagi esok dan bermulalah kembali hari-hari dalam hidup kita sebagai guru pelatih..

Sepanjang cuti yang lepas sebenarnya banyak cerita yang ingin saya kongsi bersama para sahabat dan pembaca sekelian... Jadi memandangkan sudah basi cerita-ceriti tersebut, saya kongsikan di sini kronologi perjalanan hidup saya sepanjang cuti baru-baru ini..

Bermula cuti sekolah iaitu Jumaat 14 November 2008 maka bermulalah episod perjalanan cuti semester saya..

Program Kem Tambah
Program pertama ialah program Tambah, iaitu program kem kepimpinan selama 5 hari 4 malam yang melibatkan peserta yang terdiri daripada mahasiswi pelbagai peringkat.. Program sungguh unik kerana peserta keseluruhannya adalah muslimat.. Manakala komiti juga sebahagian besar adalah muslimat kecuali beberapa orang komiti muslimat termasuk saya..
Alahamdulillah dalam program ini saya lebih bertindak sebagai runner walupun dilantik sebagai Timbalan Pengarah 1 program ini.. Terima kasih diucapkan kepada seluru saf komiti daripada UIA, UM, Utem, IPPM, IPIS dll.. dan Especially buat abang Asyraf, Arif, Bida , Sal, Izah, Hajar, Mak Cik Wani, Herlys Pelabuhan Klang, Che Ma, Fatihah dan mereka yang saya tidak sempat rakamkan namanya disini..

Kem Anak Soleh Felda Wilayah Utara
Seterusnya saya mengikuti program di bawah kelolaan konsultan IP Minda Sdn. Bhd di Kuala Nerang Kedah. Di dalam program ini saya bergandingan dengan Abg Shaari Abd Rahman (yang sedang honeymoon kot skrg ni.. Tahniah) Hadi, Hassan Adli, Mat UIA, K. Dini dan lain-lain yang kami belum pernah kami berada dalam satu team untuk melaksanakan satu program.. Namun di atas matlamat yang sama program ini akhirnya berjaya.

Program ini melibatkan anak-anak Felda wilayah utara yang bakal menduduki UPSR pada tahun 2008. Program ini diadakan di sebuah resort yang agak mewah di Kuala Nerang iaitu Dusun Resort. Banyak pengalaman yang saya pelajari dalam program ini bermula daripada prosese team building di kalangan fasilitator hinggalah ke peringkat mengetuk hati anak-anak yang dahagakan bimbingan dan pedoman hidup. Seusai program ini saya terus bertolak balik ke Kuala Lumpur. Terimah kasih kepada semua krew dan fasilitator IP Minda Sdn Bhd.. Kenangan di sana takkan saya lupakan..

Lesen Kereta

Sebetulnya saya ingin menyambung Latihan memandu yang saya ikuti sebahagiannya 2 tahun yang lepas.. Malangnya Lesen L saya sudah expired .. Terpaksalah saya daftar kembali dan mengikuti latihan bermula dari bengkel memandu hingga akhir.. akibat beberapa kesibukan.. Namun tidak berakhir juga.. Nampaknya program menamatkan latihan lesen memandu terpkasa deterbengkalaikan sekali lagii hu hu..

Kenduri Kahwin Ayah Ling

Tahun ini juga adalah tahun yang bersejarah buat keluarga kami kerana menerima seorang lagi ahli baru iaitu isteri kepada Ayah Ling iaitu Ustazah Zalina.. atau panggilan mesranya Kak Na atau Mok Na bagi anak-anak buah kami..

Kenduri kesyukuran sempena walimah ini telah diadakan secara sederhana di rumah kami secara sederhana bermula dengan majlis Solat Hajat sebelum akad nikah dan kenduri menyambut menantu seminngu selepas perkahwinan iaitu pada 3 Disember 2008.. Tahniah Ayah Ling dan Mok Na.. Juga terima kasih atas kesudian sahabat-sahabat yang sudi hadir.. Amin IPKT, Syairazi IPSAH,Ehsan IPIP, Bukhari IPIS, Salsabila IPPM, Bida UIA, Herlys UIA, Musliha, Sheda, Firdaus YDP, Syuhil, Kimi, Faiz Razak dan ramai lagi.. Nanti ana kahwin kena datang ramai-ramai tau..

Program Cetusan Kesedaran STPM-KESEDAR
Program ini juga adalah di bawah kelolaan IP MINDA dan dianjirkan oleh KESEDAR Gua Musang. Apa yang menarik dalam program ini ialah apabila peserta menangis ketika slot muhasabah di akhir program dengan suara yang ekstrem ala-ala budak kecik yang tak dapat mainan yang diorang nak.. Saya pun tidak pasti apa sebabnya.. Tetapi mungkin disebabkan kesedaran yang tinggi setanding dengn usia yang meningkat menyebabkan jiwa mereka tersentuh.. T.kasih Us Lan Us Azirul, Leh Fikri, Asraf IPKT, Ridhuan IPIS, Arif UIA, Hasan Adli, Bushra, Hadi, Fasihah UM, Adik Bushra dll.. nanti jumpa dalam program lain kali..

Qaryah Anak Soleh SMESS 2008
Program ini dianjurkan atas kesedaran Syamsul Ma'arif Ex-Student Society (SMESS) untuk memberi khidmat sosial kepada anak-anak di daerah Machang dan seterusnya meletakkan SMESS sebagai organisasi Alumni yang mampu menyumbang dan meletakkannya sebaris dengan badan -badan kebajikan lain..

Dengan sasaran asal 50 orang peserta, yang mendaftar mencecah 100 orang.. Itupun setelah ditolak penyertaan di saat-saat akhir.. Maaf kami tidak mampu menerima permintaan yang terlalu tinggi. Nanti cuti lain kali kami buat lagi.. Dengan sokongan pelbagai pihak terutamanya Adun Kawasan Kemuning YB Us Lutfi, pejabat ADUN Pulai Chondong dan syarikat-syarikat swasta akhirnya program ini berjalan lancar dan memberi kesan kepada peserta.. (ada peserta nangis sampai pengsan.. Sian..) Tapi yang tak bestnya saya terpaksa memegang amanah sebagai ket;ua unit modul.. alahai...

Program ini diharapkan dapat merapatkan ukhuwah pimpinan Smess dan ahli-ahlinya untuk terus melakukan gerak kerja dakwah kepada masyarakat dan sesama ahli.. ;Nantikan program SMESS seterusnya pada tahun 2009..

Special thanks to abe Tajudin, Abe Ngoh, Najah, Mat, Syihan, Amzar, K.syeda, wani, budak2 um nilam puri, budak2 uitm Machang, seluruh saf kepimpinan dan ahli Smess.... Moga ukhuwwah berkekalan..

DEBAT KEFAHAMAN ISLAM IKIM
Saya dipilih oleh pihak maktab untuk mewakili IPIS dalam debat yang berprestij ini bersama-sama Rafee, Nazmi dan Syahidah dengan dilatih oleh seorang jurulatih berpenglaman..
Disiplin latihan yang agak ketat menjadikan kami tidak dapat melibatkan diri dalam aktiviti maktab sehingga 16 Januari ini.. Kejayaan dalam pertandingan ini kan meletakkan IPIS sebaris dengan IPTA lain diseluruh Malaysia.. Doakan kejayaan kami..

Ini sahaja catatan saya setakat ini.. Jika ada luang masa kita akan bertemu lagi di ruang maya ini.. sudi-sudilah kiranya pengunjung sekelian membaca catatan lepas saya dan memberikan komen yang sewajarnya untuk perkongsian dan penambahbaikan pada masa hadapan..

Wallahu A'lam.. Wassalam..

Hafiz.. Ooo... Hafiz Akhirnya Engkau Tinggalkan Kami Dik..

| Thursday, November 13, 2008
Gambar hiasan

Ketika itu saya sedang menunggu pengawas peperiksaan mengutip kertas soalan dan jawapan untuk subjek Pergerakan Asas dan Pendidikan Pergerakan. Alhamdulillah hanya tinggal satu subjek sahaja lagi untuk semester. Jam di dinding menunjukkan puku 11.15 minit pagi.

Kala itu saya mendengar satu makluman sedang diumumkan melalui radio maktab. Entah mengapa hati saya tergerak untuk menumpukan telinga saya mendengar setiap butir pengumuman tersebut. "Untuk makluman warga Institut Perguruan Islam, salah seorang pelajar kita, Saudara Muhammad Hafiz b. Othman telah pun meninggal dunia pada jam 10.50 pagi tadi. Harap maklum.." Innalillahi wainna ilahi raji'uun.. Ya Allah Hafiz.. Saya terkedu.. memandang sahabat-sahabat yang lain yang seolah terpinga-pinga kerana tidak begitu jelas dengan pengumuman sebentar tadi..

************************************************************************************

Pada hari Jumaat lepas, lebih kurang jam 5.51 petang saya mendapat mesej daripada bapa Hafiz.. "Epit dah siap dah. Tunggu nak keluar je.. Doktor cakap Alhamdulillah ok. Keadaan stabil.." Dari mesej ini dapat saya rasakan kegembiraan yang berbunga di hati Cikgu Othman, bapa Hafiz. Bapa mana yang tidak gembira apabila diberitakan keadaan anak yang separa koma sebelum ini bertambah baik. Saya sebagai seorang abang senior tumpang gembira di atas perkembangan tersebut.


Gambar hiasan

Malamnya pihak Biro Dakwah selepas bermesyuarat membincangkan beberapa perkara penting sebelum kami pulang bercuti, saya dengan rasa tanggungjawab melancarkan satu tabung bagi mengutip sumbangan untuk meringankan beban keluarga Muhammad Hafiz. Saya anggap ini merupakan satu tanggungjawab sosial Biro Dakwah kepada warga IPIS yang ditimpa masalah dan sebagai teladan kepada warga IPIS yang lain.

Dalam masa yang sama kami dikejutkan dengan kematian Bapa kepada adinda Firdaus Bebet PPISMP sem 3 (B.Arab) dan saya bersama lebih kurang 20 orang sahabat termasuk JPP bergegas ke Melaka.

Gambar Hiasan

Pada pagi Ahad saya dikhabarkan kedatangan Cikgu Othmanbersama anaknya mengambil barang-barang kepunyaan Hafiz di asrama. Saya sempat membantu apa-apa yang termampu serta sempat bertanya khabar tentang keadaan Hafiz. Namun tanpa saya sedari saya telah menyentuh perasaan hiba bapa Hafiz. Beliau bercerita dalam keadaan teresak dan menyapu air mata.. "Hafiz dah semakin stabil... dia sudah boleh mengejip-ngejipkan matanya.. dan adakala menggerakkan tangannya". "Alhamdulillah da semakin baik.. Insya Allah tak lama lagi baik la tu.. Cuma kita sekarang ni perlu banyakkan doa dan solat hajat.. memohon kepada Tuhan. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini Pak Cik.. Allah mahukan kebaikan pada Hafiz Pak Cik.." saya membalas meredakan perasaan hiba seorang bapa.. "Pak Cik minta maaf.. Pak cik tak boleh tahan perasaan Pak Cik.. Kalau bercerita pasal Hafiz Pak Cik mudah tersentuh..." Luah Cikgu Othman sambil mengelap kelopak mata tuanya.. "Kalau ada apa-apa maklumkanlah.. Pak Cik mungkin tak datang sini lagi.." Cikgu Othman menghabiskan ayat terakhirnya kepada kami..

*************************************************************************************

Saya sebenarnya sudah lama berkira-kira untuk melawat Hafiz untuk kali kedua bersama rakan-rakan. Namun dengan kesibukan pelbagai urusan ditambah dengan minggu peperiksaan, saya terpaksa menangguhkan lawatan ke Hospital Besar Kuantan pada hari semalam. Namun Allah mentakdirkan segalanya berakhir begitu.. Maafkan abang dik..

Terlalu awal rasanya Hafiz pergi, dalam umur 20 tahun Hafiz meninggalkan dunia pulang menemui Allah.. Hafiz watak seorang remaja yang tenang.. Yang disenangi ramai.. Yang dikasihi rakan dan taulan serta guru.. Namun Allah lebih menyayangimu dik..

Belumpun kita sempat menjalinkan hubungan akrab, hanya sekadar bertegur sapa, hanya menyambut salam seusai solat.. hanya membalas senyum dari jauh.. Belum sempat abang menggali hati budimu.. belum sempat kita bertampar mesra meluah rasa.. Belum sempat abang menumpah kasih menebar sayang padamu dik..

Ya Allah betapa bersalahnya aku membiarkan seorang adik.. teman.. sahabat.. terbiar membawa rasa hati.. menyendiri.. kamarmu yang tak pernah abang singgahi.. menabur bicara senda tanda cinta ukhuwwah... Apalagi memanggil mesra untuk berjalan menuju medan juang..

Abang berdosa dik.. Abang hanya pandai berbicara menyata kata yang kerap tidak dikota.. Maafkan abang dik.. Ampunkan seorang da'ie yang berdosa pada Tuhannya.. berbahagialah dikau di alam sana berteman bidadari syurga.. berpayung di bawah Rahmat yang Esa...

Gambar hiasan

Pinta abang.. kau pimpinlah tangan ayah dan ibumu mampir ke syurga.. Kerana cupakan air mata mereka tidakmungkin mampu kau balasi melainkan dengan amalmu pada Yang Esa....

Ampunkan abangmu ini wahai adik yang kurindui..


Tuhan telah menentukan segalanya
Kerana Dia kita bersaudara
Perantau hidup tanpa keluarga tercinta
Hanya teman, tempat meluahkan rasa
Mesranya hati bagai kembang puspa di taman
Harumnya pula semerbak syurga Tuhan

Semalam kita sama berjuang dan bekerja
Menunaikan janji kita kepada Tuhan
Mencari mutiara ilmu di Bumi Anbiya’
Pulang nanti ingin berbakti pada semua
Oh bagaikan terasa hari itu selamanya
Berganding tangan menyusur kehidupan

Namun aku hanya insan yang tak punya apa
Dialah yang menentukan segalanya
Hari ini tanpa ada yang mampu menduga
Kau dijemput Tuhan pulang ke pangkuan
Dunia dalam pilu menitiskan air mata
Mengiringi duka sebuah kematian…

“Ya Allah masih segar wajah mereka terbayang di mata
Masih hangat suara lembutnya di sisipan telinga
Apakah benar ini semua bukan mimpi
Gagahkah aku untuk menyambut sebuah realiti
Tuhan Pengasih
Terangilah pusara mereka dengan cahaya-Mu
Meriahkanlah dunia mereka dengan kunjungan rahmat-mu
Sampaikanlah doa kami kepada mereka
Amin ya Rabbal ‘Alamin”

Kepadamu kuhadiahkan doa
Moga tenang di dalam belaian Tuhan
Pada Allah kupohonkan kesabaran
Moga berkekalan kau dalam ingatan
Kupercaya kau kan bahagia di alam sana
Suatu hari nanti kita kan bersama

Kepada teman dan keluarga semua
Pasrahlah kepada Allah Tuhan yang Esa
Walau seagung mana kasih dan sayang semua
Pastinya Dia lebih menyayangi mereka
Dari-Nya kita datang berkelana di dunia
Kepada-Nya jua kita kan kembali

Lagu, Lirik dan Nyanyian: Hasrizal Abdul Jamil
Persembahan: Usrah al-Firdaus, Jordan
Album: Dunia Ini, 1996

AP Set? Ori Set? Mana Satu Ya?

| Sunday, November 9, 2008
Published by Ahmad Sufyan Che Abdullah [iDeologi]

Biasanya kalau kawan-kawan yang beli henfon saya akan tanya harga berapa. Lepas tu saya akan tanya, macam apek2 di Plaza Low Yat / BB tanya, AP set atau Ori set? Ada di antara member2 kata yang dia Original set, lalu saya membelek2 sekitar belakang bateri untuk lihat stickernya. Lalu tertera stick 'ComSat'. Rupa2nya yang dia beli itu bukanlah ORI set, tapi AP set.

Memang ramai yang terkeliru bila memilih henfon. Antara original, AP dan underwater. Biasanya bila ditanyakan kepada apek penjual henfon, mereka akan kata memang "ori punya." Memang betullah apa yang dikataan oleh apek itu, memang telefon itu ori, kerana mana ada telefon nokia dicetak rompak?! Setiap telefon, NOKIA contohnya, adalah keluaran daripada kilang Nokia juga. Itulah maksud ORI yang dikatakan oleh penjual.

Sebenarnya di pasaran kita, terdapat tiga jenis henfon, bukan tiga jenama henfon, tapi tiga jenis bentuk edaran henfon iaitu:
- Original Authorised Set
- AP Set (Diimport secara sah)
- Underwater Set (Henfon seludup)

YANG ORI

Apa yang dimaksudkan dengan ORI sebenarnya ialah telefon-telefon yang diedarkan oleh PENGEDAR YANG SAH yang dilantik dan diberi lesen pengedaran yang khas oleh pengeluar-pengeluar telefon seperti Nokia, Samsung, Motorola, SonyEricsson, Siemen dan lain-lain lagi.

Telefon ini telah disediakan khas untuk jualan di Malaysia dengan beberapa sistem yang diselaraskan dengan sistem yang disokong oleh industri telekomunikasi Malaysia. Contohnya sistem bahasa Malaysia dalam telefon bimbit dan dalam buku panduannya.

Walaupun harganya mungkin agak mahal, tetapi anda akan rasa lebih selamat menggunakannya kerana jaminan yang diberikan adalah jaminan oleh PENGILANG sendiri. Ertinya, sekiranya berlaku kerosakan telefon anda, termasuk kerosakan kamera, anda boleh claim warranty dalam tempoh jaminan tersebut. Bahkan dalam sesetengah kes, pada luar tempoh jaminan pun dapat juga. Hati akan lebih tenang kerana anda tak perlu cakap banyak atau bertengkar dengan apek penjualnya.

Cari saja cawangan2 NOKIA, atau SAMSUNG atau apa jua jenama di negeri2 seluruh Malaysia, anda boleh bawa ke mana-mana cawangan jika ada kerosakan. Bahkan bagi sesetengah telefon ada Insurans untuk kerosakan bila telefon masuk air pun!

Berikut adalah senarai pengedar SAH (authorized distributor) bagi jenama telefon di Malaysia:

NOKIA - Zitron, Avaxx dan I-mobile/Samart.
SAMSUNG - FMG (Sole Distributor)
Motorola - FMG, Brightstar dan I-Mobile/SAMART
SonyEricsson -Midland, Thorus dan T-Choice.

Itulah antara Syarikat2 yang merupakan pengedar yang sah di Malaysia. Selain daripada itu adalah pengedar tidak sah walaupun mereka dakwa ORI set.


Selain daripada jaminan yang boleh menenangkan jiwa, anda juga boleh menyertai Club2 dalam internet yang disediakan oleh Samsung / Sony Ericson atau lain-lain dengan memasukkan no siri telefon yang original anda.


AP SET?

Apa pula AP set? AP set ialah telefon yang diimport dengan kebenaran kastam, yakni telah dicukaikan oleh kastam dengan mendapat Approval Permit. AP set ertinya telefon ini diimport oleh Syarikat2 yang selain daripada pengedar yang sah (authorised distributor) seperti yang telah disebutkan tadi.

Ada di antara syarikat2 yang import ini adalah syarikat yang besar. Jadi dia boleh memberi jaminan yang agak elok juga, kerana syarikat jenis ini banyak cawangan di seluruh malaysia. Jaminan yang diberikan bukanlah jaminan daripada NOKIA atau SAMSUNG atau SE atau dengan kata lain, bukan jaminan pengilang, tetapi jaminan oleh pengimport itu sendiri.

Oleh itu, jaminannya sangat terhad. Kadang2 banyak songeh bila telefon ada problem. Lepas tu yang paling teruk, biasanya Charger dengan beteri kadang kala barang tiruan yang digunakan, bukan charger yang original daripada kilang telefon itu sendiri. Lebih2 lagi zaman sekarang yang banyak barangan tiruan daripada China yang murah2.

Underwater Set Pula?

Underwater set ialah henfon yang dimasukkan ke Malaysia secara haram, tanpa membayar cukai. harganya jauh lebih murah, tetapi jaminan yang diberikan oleh taukey kedai saja. ertinya kalau rosak, anda tak boleh pergi ke tempat lain kecuali kedai itu. Charger dan beteri biasanya adalah yang tiruan saja.

Antara AP dan Underwater ini kadang2 saling bercampur baur. Ada yang didakwa AP tetapi sebenarnya diimport secara haram. Bahkan kalau anda tengok di telefon anda ada logo VODAPHONE, ataupun TIM, memang sahlah telefon itu adalah underwater, atau pun sekurang2nya AP.

So, bila membeli yang AP atau yang ORI, anda janganlah mengharapkan warranty yang bagus. Apatah lagi kalau masuk air.

BAGAIMANA NAK CAM???

Bagaimana nak tahu yang diedarkan secara sah atau telefon jenis Authorised ini. Untuk nak tau sama ada telefon itu jenis edaran oleh pengedar sah ini;

Paling utama:
anda kena lihat pada sticker belakang henfon, kalau tertulis selain dariapada syarikat2 yang sah yg disebutkan di atas, maka ia adalah AP atau Underwater. Stiker yang ORI biasanya tidak akan ditampal melindungi nombor siri telefon.

Kedua:
anda boleh tengok kad warranty, kad warranty daripada pengedar sah, akan tertera nama syarikat pengedar yang sah tersebut.

Ketiga:
No Siri telefon: IMEI di belakang battery henfon itu sama dengan nombor siri di kotak. Jika anda membeli yang ORI, pastikan anda dapat kotak yang ada Nombor Siri yang sama dengan henfon. Sekalipun di telefon anda tertulis ZITRON, jangan terima kotak yang nombor sirinya berbeza dengan di telefon anda.

Itulah sedikit sebanyak panduan yang mungkin sudah biasa bagi sesetengah orang tapi mungkin satu pengetahuan bagi sesetengah orang. Dengan penjelasan ini, diharap anda tidak tertipu lagi dengan istilah ORI yg selalu digunakan oleh penjual2 di kedai2 telefon bimbit. Sekurang2nya kalau anda nak beli yang AP pun, anda tahu yang itu memang AP dan anda dah tahu yang mana yang ORI dan yang mana yang AP.

Sekarang ini, terpulanglah untuk anda memilih yang mana sesuai bagi anda. Nak murah, pilih AP, ada duit lebih ambik yang ORI lagi selamat.