HIMPUNAN 100 RIBU BANTAH PPSMI
Dengan keadaan jalan yang jem sangat menyukarkan kami yang telah kelewatan sampai ke tempat himpunan diadakan..
Belum sempat turun dari motosikal kami telahpun diserang dengan gas pemedih mata yang dilancarkan oleh FRU.
Tanpa mempedulikan kesucian Masjid sebagai tempat ibadah, orang tua yang tidak berdaya, wanita yang lemah, kanak-kanak yang ketakutan semburan air gatal dari water canon dan tembakan gas pemedih mata terus dilancarkan hingga menyesakkan hidung dan memedihkan mata hamba-hamba Allah yang kasihkan pada bahasa ibunda mereka, yang menumpang berlindung di rumah Allah dari kezaliman sang penguasa.
Saya sendiri termuntah beberapa kali akibat gas pemedih mata yang menyesakkan hidung, memedihkan mata, memeritkan kerongkong itu.
Ini mungkin hanya secebis pedih yang dirasa oleh pejuang terdahulu, yang dirasa oleh pejuang dan mujahid di Palestin. Semoga ALLAH merahmati kesabaran mereka dengan ganjaran istimewa di akhirat kelak.
Dalam keadaan berlarian dengan penuh keperitan yang seterusnya mengundang azam dan membangkit semangat, peristiwa hari ini menemukan saya dengan figur-figur yang dikagumi dan disanjungi dan mememukan kasih sahabat-sahabat yang hilang semenjak sekian lama.
Himpunan hari ini menyatupadukan kita.. himpunan hari ini menyatukan kasih kita.. himpunan hari ini membuktikan kerajaan hari ini adalah ZALIM... KERAJAAN YANG TIDAK TUNDUK PADA RAKYAT YANG MEMILIHNYA DAN KERAJAAN YANG TIDAK TAKUT PADA SIKSAAN ALLAH..
Sejauhmana kesan gerakan dakwah di kampus?
| Ali Bukhari Amir Thu | Feb 26, 09 | 11:06:44 pm MYT | |
| Hassan al-Banna barangkali adalah batu asas pertama yang memberikan nafas, penunjuk arah kepada bagaimana seharusnya gerakan dakwah Islamiyyah itu harus memainkan peranannya. Pada zaman moden, tak salah jika kita katakan bahawa mujahid dakwah ini telah meletakkan asas-asas kepada gerakan Islam. Buah fikir dakwahnya benar-benar jauh menjelajah di mana-mana belahan dunia Islam dan mempengaruhi gerakan Islam yang tumbuh kemudiannya. Berdiri daripada hakikat ini, maka kita boleh mengiktiraf kedudukan dahwah dan tarbiyyah Ikhwan Muslimin pimpinan beliau sebagai induk kepada dakwah di seluruh dunia ketika Rasulullah tiada lagi di sisi kita. Keunikan Hasan al-Banna menurut tanggapan peribadi saya, terletak kepada kekuatan dan kesungguhan beliau melihat potensi mahasiswa di universiti sehingga wujud suatu acara yang benar-benar menumpukan kepada usaha membangun potensi mahasiswa itu sehingga berada pada tempatnya yang sebenar. Selain al-Banna, al-Maududi juga adalah sosok mujahid dakwah yang turut menyatakan keprihatinannya berhubung gerakan mahasiswa ini. (Lihat pautan di bawah tulisan ini..) Namun, sehingga kini saya masih tercari-cari adakah al-Banna, al-Maududi pernah mengarang kepada pensyarah universiti, menyusun saranan-saranan dan langkah-langkah yang menuju ke arah pembangunan intelektual para pensyarah? Akhirnya, saya menarik kesimpulan awal bahawa, sekurang-kurangnya ada tiga sosok yang memainkan peranan penting dalam dakwah kampus universiti sejak dahulu. Selain teks, nota panduan Hasan al-Banna, dan tulisan al-Maududi, maka pendapat Dr. Ali Shariati turut dirujuk sebagai antara buah fikiran yang berpengaruh di kampus. Ini kerana, seruan dan semboyan Shariati lebih banyak menumpukan kepada slogan Rausyan Fikir (Ahli Fikir). Barangkali, Malek Ben Nabi juga boleh kita masukkan dalam golongan ini. Kelemahan siswa atau pensyarah? Saya lebih banyak melihat punca kelembapan ini bermuara daripada mahasiswa, sebaliknya beliau lebih banyak menyalahkan pensyarah universiti. Perbezaan pandangan ini bukanlah terlalu meruncing, malah ia berjalan dengan sihat. "Mereka pergi ke luar negeri, membentangkan satu kertas kajian, tapi dikongsi bersama empat orang," kata pensyarah itu ketika bercerita mengenai beberapa masalah kajian akademik di universiti. Turut dibangkitkan tentang isu dana, geran penyelidikan yang sukar didapati. Dan, ada kalangan pensyarah yang terpaksa menukar tajuk kajiannya untuk mendapatkan dana geran penyelidikan itu diputuskan oleh pihak atasan. Lalu, politik kampus ini bukanlah semata-mata pertarungan membabitkan pelajar dan HEP seperti yang berlaku baru-baru ini di Universiti Utara Malaysia. Kes terbaru, melibatkan seorang pelajar tahun tiga yang membuat bantahan ke atas harga tambang bas di universiti. Bantahan itu dibuat melalui internet. Maklumat terakhir yang saya tahu, perbicaraan itu ditunda kepada tarikh yang berikutnya. Mungkinkan kerana wujud suatu tekanan besar-besaran di akhbar, maka pihak UUM akhirnya menunda perbicaraan tersebut. Hal itu masih samar-samar lagi buat masa ini. walaupun kelihatan mahasiswa ditekan dengan hebat, pensyarah pun tak kurang hebat tekanannya. Pensyarah pula mestilah berhati-hati kerana pekerjaannya itu adalah rezekinya. Pelajar pada kebiasaannya akan 'mengganas' ketika mereka berada di tahun terakhir. Mereka ada setahun atau satu semester saja untuk tonjolkan diri kepada parti-parti politik. Demikianlah saya difahamkan oleh rakan-rakan mengenai kaedah melonjakkan nama dalam parti-parti tertentu. Ada kalangan mereka yang berjaya menggunakan teknik ini. Selebihnya, hilang entah ke mana. Mana-mana yang masih terlekat dalam kegiatan kepartian, ertinya mereka ada kualiti. Yang tertinggal jauh ke belakang, akhirnya perlahan-lahan malap dan suram dengan sendirinya. Yang paling penting bagi seseorang pemimpin pelajar itu bukanlah kehebatannya berpidato dan mutu penulisannya sangat. Tetapi, sejauhmanakah dia mampu mempertahan prinsipnya. Di situlah terletaknya maruah perjuangannya. Mereka mungkin memiliki seni berpidato yang baik. Tapi, setelah ditahan, akhirnya mengalah, mengelak dan kemudian cuba berdalih dengan menyatakan penulisan itu bukan miliknya dan lain-lain lagi. Ada juga yang ditangkap buat kali pertama dan akhirnya terus tidak menulis dan berpidato lagi setelah dikenakan hukuman itu. "Saya tak salahkan pelajar sangat," begitu kata pensyarah, teman saya ketika bertukar-tukar fikiran itu, dan semua itu membidas pandangan asal saya. "Malah, pensyarah itulah yang perlu bertanggungjawab sepenuhnya." Pensyarah, menurut beliau, sudah tidak berani lagi merangsang pemikiran mahasiswa untuk kembali berfikir mengenai niat matlamat sebenar mereka tiba di universiti ini. "Apa yang penting bagi pensyarah ini, mereka datang ke kuliah, mengajar lebih kurang dan kemudian apabila tibanya masa peperiksaan, pensyarah ini akan berikan soalan-soalan ramalan untuk menjawab peperiksaan," kata beliau. Mas'ul tidak berperanan? Kalau mahu dibandingkan dengan zaman 1970-an dahulu, mahasiswa dan pensyarah sama-sama naik ke pentas berpidato serta berjuang mempertahankan pendirian masing-masing sama ada di dalam atau di luar kampus. Sama ada pensyarah dan pelajar, sama-sama dihadapkan dengan pertuduhan dan sama-sama merengkok dalam penjara, sama-sama terbuang dalam ISA. Pada saya, ini memang baru betul-betul perjuangan. Siswa menyokong gurunya dan gurunya mendokong siswanya. Saling ada kepercayaan dan selalu bahu-membahu antara mereka, mengikat tali kesetiaan dalam merempuh badai kezaliman penguasa. Dan pada saat itulah pemikiran Hasan al-Banna, buah fikiran al-Maududi dikoyak, kuliah syarahan Shariati diratah hadam segala isinya bersama-sama. Kini, yang tinggal mungkin 'raga dakwah' sedangkan 'jiwa, ruh dakwah' hilang ke mana? Mungkin masih ada lagi usrah, tamrin yang bersifat program luaran, tetapi penghayatan semula Usul Isyrin (Asas 20), 10 wasiat al-Banna dan segala-galanya itu semakin tenggelam oleh arus pertengkaran antara Salafi, wahabi, Syiah di IPT. Tapi, jika sesekali sergahan HEP menjengah dengan Aukunya, pensyarah dan mahasiswanya lari bertempiaran, hilang tempat pergantungan. Bermusuh sengketa sesama sendiri memang kuat, tetapi dengan musuh tradisi lari pula. Itu yang dikeluhkan oleh seorang rakan. Dokumentasi mengenai perjuangan pensyarah Atau, yang lebih tepatnya kita sukar mencari isu-isu yang mengekang aktivisme pensyarah dalam menjalankan penyelidikan mereka yang bersifat kemanusiaan, sejarah, kemasyarakatan dan lain-lainnya. Yang kerap muncul di dada akhbar perdana, ialah hasil penyelidikan teknologi pemprosesan jus buah-buahan untuk dipasarkan di luar negeri dan sebagainya. Maaf, kalau bersikap sinis. Saya cuma ingin menagih jawapan. Itu sahaja. Adakah kajian mengenai masalah politik, parti Melayu di universiti boleh diberi dana penyelidikan? Mustahil.. kajian ini mungkin 'menembak' ke dada sendiri. Tetapi, kalau pemnerintah mahu bermuhasabah diri, inilah masanya. Mahasiswa itu mestilah dibenarkan untuk menemuramah para pemimpin politik mengenai masalah 'politik wang' (kalimat rasuah adalah lebih afdal!) dan pensyarahnya yang telah ada geran penyelidikan itu diberi ruang seluas-luasnya tanpa takut untuk mengkaji masalah dalaman parti pemerintah. Saya yakin benar, masih ramai pensyarah dan mahasiswa yang mampu mempertahan tahap profesionalisme mereka. Barangkali, salah satu buku yang mungkin boleh dijadikan sandaran rujukan adalah The Closing of the American Mind yang diterbitkan pada 1987, setelah pengarangnya, Dr Allan Bloom menulis sebuah esei mengenai kegagalan universiti memenuhi keperluan para pelajarnya sebelum itu. Buku ini khusus menceritakan kegagalan institusi pengajian tinggi di Amerika sendiri ketika kita berasa terlalu megah apabila universiti-universiti di Barat sedang rancak membina penarafan universiti-universiti yang terbaik di dunia. Turut termuat dalam buku itu, hal-ehwal tajuk-tajuk perbincangan tentang falsafah politik Plato dan lain-lain failasuf dalam tamadun Barat. Di Malaysia, saya masih tercari-cari. Mungkin ada dan tidak mustahil kalau saya terlepas pandang. Kalau ada, harap sesiapa dapat cadangkan. Kalau ada, mungkinkah ada dibincangkan masalah pensyarah yang sukar mendapat dana dan geran penyelidikan itu? Tetapi itulah masalahnya. Segalanya memerlukan dana penyelidikan dan rasa-rasanya universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi mungkin masih belum dapat berjihad dan berijtihad untuk memutuskan sama ada berbaloi atau tidak bidang kajian seumpama ini. Mungkin jika sosok Hasan al-Banna, Abul 'Ala al-Maududi dan Dr Ali Shariati masih hidup, entah bagaimanalah rupa paras dan wajah pemikiran yang tercermin di dalam bingkai akliah mereka tatkala melihat fenomena pengajian tinggi di negara kita pada hari ini? Wallahu'alam.. 10:33 p.m, 26 Februari |
Pesanan Almarhum Prof Zulkifli Muhammad
"Jangan ada seorang pun yang takabur, yang merasa dirinya sudah pandai bahawa dirinya sudah tahu apa pengajaran Islam. Bahawa dirinya sudah tidak perlu diajar oleh sesiapa, kerana dia sudah menjadi wakil rakyat. Dia perlu mendekatkan dirinya dengan al quran, dengan buku-buku Islam, dengan hadis-hadis Nabi Muhammad saw, dengan sejarah-sejarah Islam. Supaya kita sentiasa ingat kepada Tuhan."
Wacana memperingati Hasan Al-Banna, 26 Februari
| Saidah Hairan Mon | Feb 23, 09 | 7:59:56 pm MYT | |
| KUALA LUMPUR, 23 Feb (Hrkh) - Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam Dewan Pemuda PAS Pusat dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Pandan akan menganjurkan wacana memperingati kesyahidan Imam Hassan Al-Banna dengan tema 'Hasan Al-Banna menjuarai isu Palestin'. Pengerusinya, Ustaz Riduan Mohd Noor berkata, wacana itu bertujuan mengimbau perjuangan dan pengorbanan Hassan Al-Banna dalam gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir, Syria dan Jordan dalam gerakan jihad menentang penubuhan negara haram Israel. Katanya, wacana tersebut diadakan pada 26 Februari ini di Markas PAS Kawasan Pandan bermula jam 9 malam. Beliau berkata, wacana itu penting bagi menanamkan rasa cinta kepada pejuang Islam dan generasi baru PAS supaya semua dapat menekuni sejarah hidup perjuangan Islam tersohor abad ke-20. Menurut beliau, program itu diadakan pada bulan Februari bagi mengenang pembunuhan Hasan Al-Banna pada 12 Februari 1949 oleh rejim Mesir. Antara pembentang kertas kerja dalam wacana itu adalah Dr Azhar Yaakob dan Ustaz Riduan sendiri selaku exco Dewan Pemuda PAS Pusat. Sebelum wacana sesi tayangan audio visual akan diadakan berkaitan Hassan Al-Banna dan misi kemanusiaan ke Palestin. Mereka yang berminat untuk mengikuti wacana tersebut boleh menghubungi Nik di talian 019-3238455. - lanh _ |
Adun Batang Ai meninggal dunia...
Malaysiakini melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Ai, Datuk Dublin Unting, 53, meninggal dunia pada kira-kira jam 1.25 pagi tadi akibat serangan angin ahmar.
Nampaknya kita akan berhadapan satu lagi siri pilihanraya kecil dalam jangkamasa yang singkat.
Selepas pilihanraya di Permatang Pauh, kita dikejutkan dengan kematian Ahli Parlimen Kuala Terengganu. Selepas itu dalam keadaan Perak yang tidak stabil dengan rampasan kuasa yang dilakukan oleh Barisan Nasional, kita dikhabarkan pula dengan kematian Adun Bukit Gangtang.
Dalam masa yang sama juga Adun Bukit Selambau mengumumkan perletakan jawatan sebagai Exco Kerajaan Kedah dan Adun Bukit Selambau.
Tidak lama selepas itu, kes foto separuh bogel Adun Bukit Lanjan menggemparkan negara. Beliau kemudiannya mengumumkan untuk meletakkan jawatan sebagai Exco Kerajaan Selangor dan Adun Bukit Lanjan untuk menjaga nama Pakatan Rakyat walaupun beliau sebenarnya dianiaya.
Beberapa hari selepas itu Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan, YB Takiuddin Hassan mendesak YB Dato' Ibrahim Ali Adun Pasir Mas meletakkan jawatan berhubung sikapnya yang tidak menghormati Pakatan Rakyat walaupun bertanding di atas tiket Pas.
Dan hari ini kita sekali lagi dikejutkan dengan kematian Adun Batang Ai.
Apakah hikmah disebalik peristiwa demi peristiwa ini. Apakah Allah sebenarnya sedang menguji iman dan kesabaran kita? Apakah sebenarnya yang ingin ditunjukkan Allah kepada kita? Sungguh hebat tarbiah terus dari Allah ini..
Drama politik Malaysia semakin hari semakin panas.. Sesiapa yang bergelar wakil rakyat harus berwaspada.. Mungkin anda akan dilucutkan jawatan tanpa sebab.. mungkin anda akan dipalitkan dengan kes yang tidak pernah anda jangka.. Dan beringatlah bahawa kematian itu PASTI.. Tidak mengenal tua atau muda.. pangkat darjat atau keturunan...
Dan tidak lupa buat perwakilan pelajar yang baru dipilih melaui pilihanraya baru-baru ini.. Adakan anda bersedia dari sudut mental dan fizikal? Rohani dan jasmani? Sesungguhnya mehnah dan tribulasi mampu untuk menewaskan dan menjadikan kita futhur.. Waspadalah..
Wallahu A'lam..
(coretan ini sebenarnya ditujukan untuk diri sendiri dan kepada mereka yang merasakan coretan ini bermanfaat untuk mereka)
Cetusan Kesedaran di SMK Bandar Tasik Puteri
Walaupun dihubungi di saat-saat akhir dan dalam masa yang sama terpaksa membatalkan tazkirah Maghrib di S.K Sungai Ramal Dalam saya nekad bermotosikal menuju ke tempat program bersama Ridhuan sebelum solat Jumaat.
Entah kenapa saya seakan menggilai program sebegini. Bagi saya tiada sebab lain melainkan atas rasa kesedaran untuk membina remaja kita yang sentiasa terdedah dengan kebejatan aqidah dan moral.
Program kali ini turut disertai oleh Us Shaari (Gamis), Azohan, Asyraf IPKT, Hassan UiA, Ust Zul, Hadi, Ainin UIA, Fadhilah UIA, Salbiah UIA dan beberapa orang rakan fasilitator lain.
Tiada yang baru dalam program kali ini melainkan kami tidak disediakan tempat tidur. Maka terpaksalah surau menjadi tempat kami berkubang melepaskan jerih seharian berprogram. Sebahagian fasilitator juga terpaksa tidur di dalam van yang bernyamuk untuk mengelakkan peserta yang suka bangun awal untuk ke surau.. Bayangkan pukul 4 pagi sudah tercongok di surau beramai-ramai sedangkan baru beberapa detik terlentang melelapkan mata.. Terpaksalah kami berhijrah ke dalam van menyambung tidur untuk mendapatkan rehat yang cukup untuk program hari berikutnya.

Pada hari kedua seusai slot Us Azlan, pada jam 11.30 malam Us Shaari mengajak saya ke UPM menemaninya bermesyuarat.. dari Rawang ke UPM campur tolak bahagi dengan sesat memakan masa sejam lebih.. Lebih kurang sejam lebih bermesyuarat kami bertolak pulang melalui Gombak, singgah makan di Green Wood dan terus ke Bandar Tasik Puteri.. sampai di sekolah lebih kurang jam 3.30 pagi. Pintu pagar sudah berkunci. Puas memanggil tiada yang menyahut.. Entah ke mana perginya pakcik-pakcik Guard sekolah ni.. Terpaksalah kami mencari tempat lain untuk melelapkan mata yang semakin memberat ini.
Puas berpusing-pusing mencari arah.. Masjid berkunci gelap.. pekan gelap.. anjing berkeliaran.. Alhamdulillah jumpa surau.. Tidur di dalam kereta di kawasan surau..
Sebelum azan subuh berkumandang kami bergerak ke sekolah.. pagar masih berkunci.. Hingga beberapa detik barulah terkedek-kedek Pak Cik Guard datang membuka kunci pagar.. Aduhai Pakcik...
7.30 pagi saya bertolak balik ke Bangi.. Kuliah Dhuha Us Riduan Mohamad Nor..
PRK IPIS: Kenapa Semakin Sepi?
Hampir tiada gagasan perjuangan.. Gagasan pemikiran yang menjadi sandaran..
Mengapa begitu sepi pandangan dan pemikiran kita.. Takutkah.. Malukah.. Jaga hati orangkah.. Atau blurkah..
Pada saya keadaan ini tidak baik dalam usaha kita melahirkan mahasiswa yang dinamik dan berwawasan, bermatlamat serta mempunyai pandangan hidup yang jauh merentasi alam dunia..
Kempen penting samada dengan cara menampal poster atau cara-cara yang lain kerana ia menguji keberanian dan kekreatifan kita dalam meluahkan sesuatu dan memberi keyakinan kepada pengundi.. Ramai yang tidak mengenali calon-calon yang bertanding termasuk saya.. Entah siapa yang akan saya undi esok..
Manifesto penting dalam mengemukakan gagasan pemikiran dan perjuangan kita.. Islamiskah kita.. Nasionaliskah kita.. komuniskah kita.. Pro-Islamkah kita, atau Pro-Amerikah kita.. Pro-Mahasiswa atau Pro-Aspirasikah kita..
Pemikiran inilah yang akan menjadi penilaian bagi pengundi sebelum melihat sosok tubuh, gaya bekerja.. gaya bercakap dan pandangan terhadap isu-isu khususnya isu-isu yang berkait dengan mahasiswa..
Perkara-perkara yang dicadangkan didalam manifesto adalah untuk diusahakan bukan bermaksud janji yang pasti dan mesti ditunaikan... Kita hanya berusaha tetapi Allah yang menentukan.. Kejayaan manifesto yang dibentangkan itu bergantung juga kepada keadaan ekonomi semasa, kesesuaian, faktor masa, birokrasi yang ada, persetujuan exco-exco lain dan sebagainya.. Apa yang penting ialah kita berusaha untuk menunaikannya.. Supaya apabila dipilih kita akan bekerja dengan lebih bermatlamat.. Ia juga bermaksud kita mempunyai asas perjuangan untuk menduduki kerusi sebagai wakil mahasiswa.. Bukan dipilih untuk bersuka ria, berbangga dengan pangkat dan kedudukan, tersengih kehulu kehilir berblazer tebal.. Asasnya kita berusaha untuk menunaikannya..
Saya tidak bermaksud saya betul dalam semua perkara.. Saya juga banyak kelemahan dan banyak melakukan kesilapan.. Namun tidak salah rasanya jika saya menyuarakan pandangan untuk difikirkan bersama...
Para pengundi sekelian, keputusan di tangan anda.. Jika anda inginkan perubahan di IPIS pilihlah mereka yang anda yakini mampu merubah suasana yang anda inginkan.. Jika anda inginkan ISlam dimartabatkan di tempatnya pilihlah mereka yang mampu membawa Islam dan mengamalkannya dalam kehidupan harian mereka..
Allah akan bertanya di akhirat kelak kenapa dipilih si polan dan si polan sebagi pemimpin..
Jika pemimpin yang kita pilih ini membawa mudarat kepada ISlam di IPIS bersedialah untuk memberi sejuta alasan di akhirat kelak..
Sahabat-sahabat yang bakal bertanding teruskan berusaha, berjuang, melakukan anjakan paradigma, meletakkan IPIS di landasan Islam yang sebenar..
Kami letakkan amanah ini di bahu anda... Dan Allah akan bertanya kembali akan amanah ini di akhirat kelak...
Selamat mengundi... Takbir!!! ALLAHU AKBAR!!!
