WALIMATUL URUS

Akhawat tidak dibenar jakai jubah??

| Monday, September 8, 2008
Pagi tadi seusai bersahur dan beberapa minit sebelum azan subuh dilaungkan saya dikejutkan dengan satu panggilan yang mencemaskan seluruh jiwa dan raga saya.. daripada Ustaz Fauzi Abd Majid pensyarah yang menyelia praktikum saya.. Katanya dia akan menyelia saya pagi ini.. saya katakan bahawa saya tiada waktu pengajaran hari ni... dia membalas.. ambil saja waktu orang lain.. Saya terpaksa mengangguk..

Tanpa persedian yang sepatutnya saya melangkah masuk ke kelas dengan Rancangan Pengajaran Harian dan persembahan Power Point kepunyaan sahabat Syuhil.. tanpa pernah saya lihat dan tanpa kefahaman yang sebenar.. Saya menggoereng seenaknya.. Puas...

Dalam waktu saya melaksanakan pengajaran sambil di 'observe' oleh Us Fauzi saya menerima mesej yang betul2 meragut ketenangan dan dan kepuasan yang aru saya kecapi..

"salam kefahaman Islam yang semakin hilang.. hari ni hari yang paling kelakar. kami dikenakan tindakan atas kononnya 'kesalahan' memakai jubah kerana melanggar peraturan yang ada dalam buku peraturan maktab. tapi yang xpakai tudung labuh xpula diambil tindakan.. di mana izzah d izzahnya ketiggian Islam d bumi IP Islam"



Saya terus menelefon akhawat yang menghantar mesej.. dan beberapa akhawat yang lain.. dan tanpa berlengah saya terus membuat appoinment dengan pihak HEP yang terlibat dengan kes in.. saya maklumkan kepada Ketua Jabatan Bahasa Arab, Penasihat Umum JPP dan Ydp..
Hari ini pihak JPP akan bertemu pihak HEP yang tidak sedar di bumi mana mereka berpijak sekarang... Waalahu A'lam..

Mengembalikan Izzah Institut Perguruan Islam

| Sunday, September 7, 2008
Pada tahun 1970-an, pelbagai golongan masyarakat Islam, para cendiakawan dan NGO di negara ini telah mengemukakan resolusi dan desakan agar sebuah maktab khas bagi melatih guru Pendidikan Islam ditubuhkan. Berikutnya pada bulan Februari 1977 sebuah unit Pendidikan Islam telah ditubuhkan di Maktab Perguruan Ilmu Khas sebagai titik tolak sebelum sebuah maktab tersendiri didirikan.

Kemudian unit ini dipindahkan bagi menjalankan pengajaran dan pembelajaran pada sesi petang di Bangunan Institut Bahasa, Lembah Pantai, Kuala lumpur. Pada bulan November 1977, Unit ini telah meningkat dan ditempatkan di bangunan sementaranya di bangunan bekas Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia di Seksyen 14, Petaling Jaya.

Pada bulan April 1983, Universiti Islam Antarabangsa yang baru ditubuhkan pada tahun itu telah mengambil alih bangunan tersebut dan operasi MPI dipindahkan pula ke bangunan menara dan beberapa buah bangunan kayu tinggalan Universiti Kebangsaan Malaysia di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Pada 14 Julai 1990 barulah MPI menduduki kampus tetap di Seksyen 12, Jalan Sungai Merab. Kampus ini terletak berhampiran Bandar Baru Bangi. Kampus ini yang mula dibina dalam Rancangan Malaysia Ke-5 meliputi kawasan seluas 40 hektar menggunakan rekabentuk berunsur Islam, lengkap dengan kemudahan sebagai pusat latihan guru. Maktab Perguruan Islam telah dirasmikan oleh D.Y.M.M. Sultan Selangor pada 30 Oktober 1992.

Mengangkat dan memartabatkan guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab adalah misi utama MPI sebagai Pusat Latihan Guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Oleh itu guru pelatih yang menerima latihan adalah terdiri daripada KDPM, KPLI dan juga melatih KDP, KSPK, PKPG dan Pra PKPG.

Untuk kecermerlangan pentadbiran dan latihan keguruan MPI bersama 26 buah maktab yang lain di seluruh Malaysia telah berusaha untuk memperolehi pensijilan MS ISO 9002. Pada 8 Ogos 2002 MPI telah menerima penganugerahan Sijil MS ISO 9002 bersama maktab-maktab lain. MPI yang telah dikenali sebagai Institut Perguruan Islam Selangor akan terus berusaha bagi meningkatkan sistem pengurusan kualiti berasaskan MS ISO 9001:2000.

Namun begitu matlamat penubuhan IPIS bukan hanya sekadar memartabatkan guru-guru pendidikan Islam. Lebih-lebih lagi dalam keadaan pelajar-pelajar kursus pendidikan Islam yang semakin susut dari hari ke hari. Matlamat IPIS perlu melangkaui sempadan pemikiran sempit. Dalam erti kata lain IPIS perlu meletakkan matlamatnya untuk melahirkan guru-guru yang bertaqwa kepada ALLAH dan mengamalkan syariatnya. Ini kerana misi kita sebagai hamba Allah terlalu besar iaitu untuk melahirkan individu yang beramal dengan Islam, seterusnya mampu membentuk keluarga Islam dan dari itu akan lahirkan masyarakat Islam yang hidup dan beramal dengan Islam dalam setiap gerak geri kehidupan mereka. Dengan terbinanya individu, masyarakat, maka InsyaAllah akan terbentuk sebuah negara yang baik dan diredhai oleh Allah kerana di sana rakyat dan kepimpinannya mentaati perintah dan ajaran Islam secara syumul.

Institut perguruan Islam yang dahulunya dikenali sebagai Maktab perguruan telah mengalami perubahan dan transformasi yang pelbagai. Bukan sahaja dari sudut perubahan dari sudut nama bahkan dari pelbagai yang mmberikan kesan yang tidak sedikit kepada guru-guru keluaran IPIS.
Jika dahulu pelajar IPIS hanya terdiri daripada pelajar kursus Pengajian Islam dan Bahasa Arab sesuai dengan matlamat penubuhannya, namun kini segalanya telah berubah. IPIS bukan lagi bertindak sebagai sumber guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab untuk dihantar ke seluruh pelusuk tanah air tetapi menjadi sumber guru dalam pelbagai bidang pengajian.
Jika dahulu sukar untuk melihat pelajar IPIS berpakaian selain daripada baju kurung atau jubah serta bertudung labuh. Namun sekarang kita mudah untuk melihat muslimat IPIS berbaju T pendek, berseluar jeans, bertuduh pendek lagi jarang di mana-mana. Kalau dulu muslimat sanggup berjubah di luar dan berpakaian sukan di dalam sebelum sampai ke padang permainan semata menjaga kehormatan diri dan izzah IPIS. Namun segalanya kini tinggal kenangan. Muslimin dan muslimat sudah tidak kisah untuk bersukan bersama, bermain bola keranjang bersama, meniarap di hadapan lelaki, duduk menelentang di hadapan lelaki, makan dan duduk studi berdua-duaan. Belum lagi cerita-cerita di liuar pagar IPIS. Segalanya seolah menjadi trend baru IPIS dan seolah sudah menjadi lumrah pelajar IPIS.

Program-program yang dianjurkan semakin kurang menghormati IPIS sebagai sebuah pusat keluaran ustaz dan ustazah. Dalam masa yang sama peraturan-peraturan tidak lagi dihormati. Walhal peraturan-peraturan inilah yang bertindak sebagai acuan untuk membentuk peribadi bakal ustaz dan ustazah.

Bagaimanakah agaknya generasi didikan ustaz dan ustazah IPIS yang kebanyakannya tidak suka atau segan dipanggil ustaz ataupun ustazah ini. Kata pepatah, bapa borek anak rintik. Mungkinkah generasi masa hadapan akan merintik segala tingkah kita pada hari ini? Tepuk dada tanya iman dan tanya sejauh mana usaha kita....

Alam Ria Cuti Sekolah

| Sunday, June 8, 2008
Alhamdulillah cuti sekolah bagi pelajar-pelajar dan murid-murid sekolah telahpun berakhir hari ini.. besok kelas akan bermula seperti biasa.. Namun bagi bakal guru kepada murid dan pelajar sekolah di Institut perguruan cuti semester masih lagi berbaki seminggu.. mungkin inilah antara kelebihan bakal guru di institut perguruan berbanding murid sekolah.. berkenaan perkara-perkara lain mungkin tiada bezanya antara sekolah dan Institut Perguruan.

Sepanjang cuti sekolah ini mungkin banyak program yang telah dirancang oleh guru pelatih untuk memenuhi cuti sepanjang tiga minggu ini.. dan bermacam peristiwa yang mungkin berlaku.. dan segalanya mungkin akan menjadi bahan dan modal perbualan apabila kembali ke kampus.

Di sini Guru Pelatih ingin mengucapkan Takziah kepada Saudara Mohd Firdaus Saad di atas kehilangan sepupunya yang mati lemas semasa menagkap ikan di laut (Yan, Kedah) dan kepada saudara Shahidi yang kehilangan abangnya seawal cuti baru-baru ini.. semoga Allah merahmati dan mengampuni dosa arwah dan ditempatkan di kalangan orang yang soleh para syuhada' dan solehin. Iktibar di atas peristiwa ini ialah mati itu bertandang tanpa janji atau permisi.. datang tanpa mengenal usia baik muda remaja dewasa mahupun tua.. yang pasti bila ajal menyapa.. tiada lewat sesaat atau awal sesaat.. tiada tawar menawar.. ia datang menyahut amanah Tuhan.. sama-sama kita tingkatkan amal dan mengingati kematian..

Seterusnya Guru Pelatih ingin merakamkan Takziah kepada ahli Pekomperi (Persatuan Kompang Kotemporari) Institut Perguruan Islam iaitu saudara Fudhail dan Saudara Syukur yang terlibat dalam kemalangan kecil semasa pulang dari membuta persembahan di rumah En Mokhtar Adnan. Kemalangan tersebut menebabkan tulang selangka Saudara Fudhail patah manakala Saudara Syukur mendapat cedera ringan.. Apepun SyafakaLlah.. rajin makan ubat.. Ingatlah tiada satupun kesakitan yang Allah timpakan kepada kita melainkan akan gugur dosa-dosa kita di atas kesakitan yang kita tanggung itu... So Ingat Allah sokmo.. :)

Kepada sahabat-sahabat PISMK, naik cuti merupakan dateline untuk kita menghantar proposal untuk Tesis Ijazah Sarjana Muda kita.. sama-sama la kita ingat mengingati dan tolong menolong antara satu sama lain (tukang tulis ni pun xsiap-siap lagi :))


Khutbah Sempena Ulang Tahun Nakbah Palestin

| Monday, May 19, 2008
Petang itu selepas solat asar berjemaah di masjid As-Syafi'e....

" Ustaz, esok siapa yang akan baca khutbah?" tanya saya penuh kesungguhan kepada Ustaz Baharuddin, Imam Dua Masjid As-Syafie. kebelakangan ini kesihatan beliau agak merisaukan. beliau diserang penyakit kencing manis. Baru-baru ini mata beliau diserang penyakit tersebut sehingga menyebabkan beliau mengalami kekaburan yang teruk sehinggakan tidak dapat mengenali orang di sekelilingnya. Sedih kami para pelajarnya mengenang keadaan ustaz.. Tapi dua tiga hari ini kesijatannya agak memuaskan " Saya ada teks khutbah pasal isu Nakbah Palestin. Lujnah Antarabangsa Pas yang keluarkan.."

"entahlah Munsif.. Setakat ni belum ada lagi.. Ustaz tak mampu nak baca.. tekak Ustaz sakit sangat.. " Ujar ustaz seolah-olah terkilan.. "Cuba kamu tolong cari nombor Us Hasim (Imam Satu) dalam henset ni, biar ustaz tanyakan dia.." katanya menjeling sambil menyerahkan telefon bimbitnya kepada saya..

"Assalamualaikum Syim.. Esok boleh baca khutbah x..? Ooo.. kalau macam tu bagi Munsif ajela.. Teksya dah ada.."

Ya Allah ustaz ke situ pulak Ustaz ni.. Ustaz memberi Isyarat meminta Isyarat persetujuan saya sambil berborak dengan ustaz Hasim.. Saya mengangguk lemah.. xpelah.. sekurang-kurangnya saya dapat peluang belajar berkhutbah..

Ini adalah kali ketiga saya membaca khutbah.. kali pertama khutbah jumaat semasa semester satu persediaan untuk Ijazah di IPIS, dan kali kedua membaca khutbah Hari Raya Haji di surau menggantikan abah yang sedang menunaikan Haji..

Berikut adalah khutbahnya..


Allah SWT berfirman yang maksudnya: "Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya untuk Kami perlihatkan kepadanya ayat-ayat (tanda-tanda) kebesaran Kami, sesungguhnya Dialah Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah al-Isra': 1)

Sidang Jumaat rahimahullah, Semalam 15 Mei 2008 genaplah sudah 60 tahun, bumi yang menempatkan kiblat pertama umat Islam dijajah oleh satu bangsa yang paling angkuh dan paling berkuasa di dunia ketika ini. Bumi Palestin yang telah dibuka oleh Amirul Mukminin Sayidina Umar r.a. pada tahun 636M yang menjanjikan keamanan untuk semua, akhirnya telah dicemari dengan pelbagai kemusnahan dan kesengsaraan, kemusnahan kepada harta benda, tempat ibadah, akhlak, perasaan, malah nyawa insan yang sudah sekian lama menjadi penghuni tetap di bumi Allah yang diberkati itu. Yang menjadi perhitungan kaum ini hanyalah 'bagaimana mereka mampu menjadikan insan selain mereka sebagai haiwan tunggangan (Guweim) demi mencapai hasrat mereka'.

Sidang Jumaat rahimahullah, Enam puluh tahun Nakbah. Itulah istilah yang sentiasa bermain di bibir setiap insan yang prihatin mengenai isu Palestin, tanpa mengira siapa mereka. Bagi golongan Zionis mereka merayakan sempena angka 60 tersebut dengan penuh kegembiraan dan keseronokan yang menggambarkan sudah enam dekad kaum mereka dapat bertapak dan berkuasa di bumi yang dipercayai sebagai 'bumi yang dijanjikan' untuk kaum mereka. Manakala orang Islam yang prihatin mengenai isu Palestin pula menjadikan angka tersebut sebagai satu peringatan bahawa sudah enam dekad bumi Islam itu dijajah dan diperkosa. Dari itu mereka menjadikan usaha-usaha lepas yang pernah dilakukan dalam membebaskan Al-Aqsa sebagai pengalaman dan pengajaran untuk langkah seterusnya dalam perjuangan membebaskam 'bumi perjuangan' ini.

Istilah 'Nakbah' mungkin merupakan satu perkataan yang agak asing bagi sebahagian rakyat Malaysia melainkan buat mereka yang benar-benar prihatin mengenai isu umat Islam antarabangsa terutamanya di Palestin. 'Nakbah' bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala 'Nakbah Palestin' merujuk kepada penubuhan negara haram Israel yang telah diisytiharkan secara rasminya pada 15 Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam buat penduduk asal bumi Palestin, orang-orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Negara Palestin yang selama ini telah dinaungi kedamaian dan keadilan untuk ribuan tahun itu semakin merasai keperitan, kepedihan dan derita yang berpanjangan apabila mereka berada di bawah jajahan dan kongkongan Yahudi Zionis sejak enam dekad lalu.

Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat oleh seorang wartawan Hungary, Theodore Hertzl yang merupakan pengasas gerakan Zionis. Kewujudan Pertubuhan Yahudi Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya yang pertama di Basle, Switzerland pada 27-29hb Ogos 1897 di bawah pimpinan wartawan tersebut telah membuka era aktiviti politik Zionis, mengorak langkah kepada pembentukan Negara Yahudi di Palestin.

Deklarasi Balfour

Manakala British pula merupakan sekutu kuat gerakan Zionis sentiasa menyebelahi mereka, telah mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2 November 1917, dengan memberi jaminan untuk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa Yahudi di Palestin. Selepas itu berlakulah penghijrahan beramai-ramai secara sistematik yang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah dan Rusia ke Palestin. Sedikit demi sedikit tanah milik penduduk Palestin dirampas sama ada dengan cara kekerasan mahupun dengan cara penipuan oleh pendatang Yahudi.

Rentetan duka Palestin semakin berpanjangan apabila sidang pleno PBB yang dipengaruhi Yahudi telah mengeluarkan 'Ketetapan 181' yang malang pada 29 November 1947 dengan membahagikan 2/3 tanah negara Palestin kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan tanah pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah. Ketetapan ini sangat bercanggah dengan prinsip PBB sendiri iaitu untuk melaksanakan ketetapan hak-hak bangsa dari segi kebebasan dan penentuan nasib mereka sendiri.

Ketika Yahudi Zionis erat bekerjasama dengan British dan PBB demi mencapai cita-cita mereka, Liga Negara Arab pula gagal membantu perjuangan rakyat Palestin bagi mempertahankan hak-hak asasi mereka dalam mempertahankan kedaulatan negara Palestin yang telah mereka diami sejak 4,500 tahun lamanya. Penglibatan tentera dari Liga Negara Arab yang digembar-gemburkan itu hanyalah merupakan tragedi apabila mereka telah ditewaskan dengan mudah oleh angkatan tentera pengganas Yahudi yang juga telah meresap ke dalam pimpinan tentera Liga Negara Arab.

Dengan kekalahan yang mengaibkan tentera Arab di dalam peperangan ini dan diikuti dengan penaklukan 78 peratus bumi Palestin, Yahudi Zionis telah mengumumkan negara 'Israel' pada petang 14 Mei 1948. British mengundurkan tentera dan pemerintahannya ke atas Palestin apabila negara Israel yang merdeka diisytiharkan secara rasminya pada 15 Mei 1948.

Sidang Jumaat rahimahullah, Umat Islam Palestin kini merintih dan menangis meminta pembelaan daripada saudara seakidah sebagaimana mereka pernah merintih dan menangis apabila tentera Salib menakluki Baitulmaqdis pada 4 Julai 1099 sehingga menyebabkan 70,000 muslimin dibunuh dengan kejam tanpa belas kasihan. Kalau dulu, keadaan seperti ini akhirnya dapat diselamatkan oleh Salahuddin al-Ayyubi pada 2 Oktober 1187, iaitu setelah selama 88 tahun bumi suci ini dijajah, tetapi kini, di manakah Salahuddin, sebagai pembebas Palestin? Dan di manakah Umar, sebagai pembuka Palestin? Umat Islam hari ini memerlukan jiwa seperti mereka. Jiwa umat Islam perlu dibangunkan kembali, tanpa mengira sempadan geografi atau keturunan. Jiwa umat Islam seluruh dunia wajib disedarkan sekarang ini, sebagaimana sedarnya jiwa-jiwa umat Islam Palestin untuk membebaskan Baitulmaqdis apabila intifada bermula pada 8 Disember 1987. Jiwa umat Islam perlu dimerdekakan daripada perhambaan kepada hamba, kepada perhambaan hanya kepada Allah Yang Tunggal lagi Maha Perkasa.

Sidang Jumaat rahimahullah, Sesungguhnya pengganas Yahudi tidak pernah mengenal mangsa, sama ada bayi, kanak-kanak, remaja, lelaki, wanita, yang sempurna anggotanya maupun yang cacat. Malah al-Quran dan juga sejarah telah mencatatkan, bagaimana mereka sanggup membunuh para Anbiya' daripada kalangan Bani Israel sendiri. Inilah apa yang telah berlaku ke atas Nabi Zakaria dan Nabi Yahya. Mereka juga telah menganggap bahawa merekalah yang telah membunuh Sayidina Isa a.s. Walau bagaimanapun perkara ini telah dinafikan sendiri oleh al-Quran melalui firman Allah SWT.


Maksudnya:

"Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: Sesungguhnya kami telah membunuh al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasulullah. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak menyalibnya, tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa)." (Surah al-Nisa': 157)

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Peranan yang mungkin kita dapat laksanakan bagi menyatakan kebersamaan kita dengan umat Islam Palestin dan juga perjuangan membebaskan Masjidil Aqsa adalah berlegar sekitar tiga paksi penting, iaitu; pengetahuan, perasaan dan praktikal:

Paksi Pengetahuan

1. Kita perlu mengetahui punca berlakunya isu di atas menurut sejarah (dulu dan sekarang), termasuk juga mengetahui latar belakang bumi Palestin dari sudut agama ataupun kebudayaan.

2. Perlu mengetahui hakikat pertembungan kita terhadap Yahudi, bukannya bertitik tolak daripada perasaan benci, dengki atau dendam, tetapi ia adalah bertitik tolak daripada tindak balas terhadap permusuhan yang mereka lakukan dan juga usaha untuk mengembalikan hak umat Islam yang dirampas.

3. Kita perlu mengetahui bahawa isu ini berkaitan dengan semua orang Islam dan juga arab serta perlunya menolak segala salah faham yang berkaitan dengannya.

4. Kita perlu memperbetulkan penggunaan istilah yang terpesong daripada maksud sebenar, yang cuba dimainkan oleh media musuh. Antaranya; istilah pengganas telah mereka gunakan bagi merujuk kepada umat Islam yang berjuang menentang penjajah di Palestin, begitu juga istilah operasi berani mati atau operasi bunuh diri telah diperkenalkan kepada dunia bagi menggantikan istilah sebenar dalam Islam iaitu operasi syahid.

5. Kita perlu mengetahui dan menyedari bahawa ketidakpedulian orang Islam dan Arab daripada persoalan akhlak, nilai dan syariah di kalangan mereka adalah bahaya yang mengatasi kekuatan tentera yang ada pada Zionis.

6. Kita perlu memerangi fahaman yang negatif dan logika menyerah tanpa berusaha (mantiq tawaakuli), yang menyebabkan seseorang merasa berpuas hati, mundur ke belakang, hanya mengucap tiada daya dan upaya melainkan milik Allah dan berdoa, tanpa menunaikan kewajipan-kewajipan yang mereka mampu melaksanakannya.

7. Kita perlu menyatakan bahawa jihad mempunyai pelbagai cara, tanpa wujud sebarang pengurangan pahala atau kesannya dibandingkan dengan jihad bersenjata, seperti jihad dengan harta benda, jihad dengan ucapan, memboikot ekonomi musuh dan juga sokongan moral. Sesungguhnya setiap jiwa daripada kalangan umat ini baginya ada peranan dalam kontaks ini. Tidak ada seorang pun mempunyai alasan untuk berundur atau merasa lemah maupun bertangguh.

Paksi maknawi (jiwa)

1. Mengekang perasaan kecewa atau putus asa dengan merangsangkan harapan yang kuat dalam jiwa umat dengan meletakkan kebergantungan yang kuat kepada Allah SWT serta percaya bahawa adanya di sana kayu ukur yang lain bagi mencapai kemenangan selain daripada kayu ukur biasa dalam bentuk zahir.

2. Menghidupkan perasaan dan sensitiviti terhadap apa yang sedang berlaku di sana, sama ada pencabulan tempat-tempat suci umat Islam, pembunuhan atau pencabulan ke atas kehormatan anak-anak gadis mereka.

3. Menghidupkan ruh jihad dalam jiwa ummah dan memerangi penyakit al-wahn yang diterjemahkan sebagai cintakan dunia serta takutkan mati. Di sinilah lahirnya kepentingan `tarbiyah sama ada untuk individu maupun masyarakat.

4. Perlunya 'nafas panjang' tanpa gelojoh. Apa yang telah berlaku dan sedang berlaku merupakan hasil kesinambungan kerja yang dilakukan dalam tempoh yang panjang. Oleh itu 'jalan pengislahan' juga memerlukan tempoh.

Paksi Amali/Praktikal

1. Menyokong seruan pemboikotan ekonomi ke atas barangan musuh (Zionis) dan juga pendukung mereka. Ini merupakan seruan yang telah dikeluarkan oleh Kesatuan Ulama Islam Sedunia yang dipengerusikan oleh Prof Dr Yusof al-Qardhawi sejak beberapa tahun lepas.

2. Menghulurkan derma dalam apa jua bentuk sekalipun untuk umat Islam Palestin melalui pintu-pintu rasmi atau badan-badan NGO yang sedia ada dan diyakini.

3. Mengadakan pameran-pemeran mengenai apa yang berlaku di bumi Palestin, di masjid-masjid, surau-surau, dewan-dewan serba guna atau sebagainya.

4. Tidak mengabaikan golongan bukan Islam dalam membicarakan dan melibatkan diri dalam isu ini, di atas asas persefahaman bersama dan menyerlahkan dimensi kemanusiaan. Persefahaman ini adalah bertitik tolak daripada kefahaman yang benar, adil dan berdasarkan kemanusiaan.

Sidang Jumaat rahimahullah, Jika sekiranya bangsa Yahudi dimotivasikan oleh kitab Talmud mereka, umat Islam semestinya dimotivasikan dan dibangunkan jiwa mereka dengan kitab suci al-Quran. Itulah cara dan jalan terbaik bagi memastikan umat Islam terbela dan mendapat haknya serta tidak lagi diperkotak katikkan oleh musuh-musuh Islam. Sesungguhnya kemenangan Islam itu memang pasti akan berlaku, maka beruntunglah bagi mereka yang berusaha untuk mengembalikan semula kegemilangan Islam yang pernah dikecapi sebelum ini.

Allaahumma ya Aziz ya Muntaqim!, satukanlah hati-hati umat Islam dengan ikatan yang satu, demi mempertahankan tanah suci Baitulmaqdis. Berikanlah kepada kami kemenangan yang hakiki dan seterusnya memperoleh kejayaan abadi di akhirat nanti. Lembutkanlah hati-hati kami untuk sentiasa menghulurkan pertolongan dan bantuan kepada saudara kami di Palestin dan jadikanlah kehidupan kami sebagai secebis perjuangan untuk membebaskan bumi yang tercinta Palestin.

Allah SWT berfirman yang maksudnya:

"Telah dilaknat orang-orang yang telah kafir dari Bani Israil melalui lidah Daud dan Isa bin Maryam, demikian itu disebabkan perbuatan mereka yang ingkar dan sesungguhnya mereka itu orang-orang yang melampau." (Surah al-Maidah: 78) - lanh

Hari-hari yang sibuk dan menyibukkan

| Sunday, May 11, 2008
salam.. lama sudah saya tidak menyambung catatan dalam 'diari' ini.. hambatan masa yang amat memenatkan menyebabkan segalanya tertangguh... dari minggu ke minggu program maktan dan program peribadi bersambung-sambung.. begitulah kehidupan seorang guru pelatih..

selepas menamatkan PBS.. pada petangnya kami berangkat ke Batu Kurau, Taiping Perak untuk menyertai program anak angkat anjuran kami pelajar kuliah PISMK 5.01 dengan kerjasama dengan penduduk Kg. Repoh, Batu Kurau..

Program ini bukanlah program rasmi yang mendapat peruntukan maktab tetapi ianya satu program atas inisiatif kami untuk merapatkan ukhuwwah dengan ustaz Toreq dan orang kampung beliau.. disamping mengasuh sikap sosial dan muamalat yang baik khususnya kepada kami bakal guru yang bakal posting ini..


Selasa berikutnya kami dikejarkan ke Besut mengikuti perkhemahan unit uniform IPG semenanjung. kami dikerjakan seteruk-teruknya selama 4 hari bermula hari rabu dan akhirnya dibalasi dengan tauliah yang menjadi kenangan manis...

Aaaa.. ini minggu assignment kena kasi hantar.. Aaa xsipa lagi ni..

Jumaat berikutnya saya bersama rakan-rakan JPP dipaksakan pula ke El-Azzhar Camp untuk mengikuti kursus pengurusan organisasi.. nasib baik tidak terlalu menekan.. dapatlah kami berkursus sambil bercuti.. he he he..

Sesampai je maktab jam 4 ptg.. terus menidorkan diri sehingga dikejutkan pada jam 6 ptg.. arghh Asar dah lewat..

" woii.. bangun cepat.. ada ujian kecergasan.. da lewat ni.. datang gym cepat.." Aaaa.. mati la saya.. macamana nak buat ujian kecergasan dengan badan tengah tak cergas ni..

pagi esoknya kami berangkat ke Pangkor.. mengikuti BIG sehingga khamis.. aaaa xlarat..

Tapi fikir-fikir balik p program macam ni macam p honeymoon je.. he he he

Lusa exam... aaaaa xbaca buku lagi ni...

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

| Sunday, March 30, 2008

bermula Isnin lepas sehingga jumaat ini, pelajar-pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Keguruan (PISMK) akan mengikuti program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). di sekolah-sekolah sekitar Bandar Baru Bangi.

Setiap pelajar yang belajar di IPG (Institut Pendidikan Guru) dikehendaki mengikuti program ini. program ini juga dikenali sebagai School Base Learning (SBE) dan dahuluinya dikenali sebagai Rancangan Orientasi Sekolah.

Bagi pelajar KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah) mereka baru sahaja menghabiskan PBS masing-masing pada Jumaat lepas. Manakala bagi pelajar PISMP (Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan) Sem 1 mereka telah menghabiskan PBS mereka dua minggu yang lepas. Tinggal kami pelajar PISMK Sem 5 di sekolah terkontang-kanting tanpa haluan dan tujuan penuh keboringan di sekolah.

Tanpa Haluan?

Saya mengatakan program ini tanpa haluan yang jel;as kerana pelajar PISMK dikehendaki membuat kajian untuk tesis sarjana muda mereka. Namun selepas empat kali PBS kami masih belum diberi panduan dan skop yang jekas. cuma akhir sekali baru-baru seorang profesor madya daripada OUM (Open University Malaysia) dan dua orang pegawai BPG (Bahagian Pendidikan GURU) datang melawat kami (@merawat?). ketika itu seorang Doktor daripada Jabaran R&D sedang membuat pembentangan berkenaan research kami yang mana doktor tersebut juga tidak tahu hujung pangkal kajian kami. Cuma akhirnya pada akhir pembentangan semasa sesi soal jawab, profesor madya tersebut telah mengambil bahagian dan cuba menerangkan keadaan sebenar berhubung skop kajian kami.. sekejap2 action research, kejap2 conventional research.. akhirnya kami pun pening.. gajah sama gajah bertekak , kami kancil tersepit menjadi mangsa keadaan.

Kepeningan inilah yang kami bawa bersama-sama untuk melakukan research di sekolah tanpa haluan yang jelas.. justeru macam-macam aktiviti yang telah dilakukan bagi mengisi kekosongan akibat kepeningan kami ini.

Apa aktiviti kami?

Hari pertama kami ditugaskan untuk melatih nasyid.. Mungkin sebab UStaz dan ustazah tu nak bagi kami pengalaman.. (sangka baik.. kalau buruk sangka: ustaz dan uztazah tu nak lepas tangan .. senang kerja depa.. he he..)..

Setelah dua jam setiap hari selama seminggu melatih budak2 yang sememangnya ada sedikit bakat dan sukar untuk digilap ini, kami meneruskan aktiviti rutin dengan cuba menyiapkan assigment yang masih banyak berbaki (bukan berbaki memang banyak yang xsiap..)

sambil2 tu surf internet kebutulan wireless kuat.. dan komputer kat lab laju pulak internetnya.. maka melongolah kami di situ membaca paper, blog dan yang sewaktu dengannya sehinggalah menjelang pukul 1 tengahari.. ha ha ha...

Tapi Jumaat lepas kami menjadi VIP di sekolah.. SK putrajaya ! Presint 8 telah menjemput saya memberikan ceramah sempena Maulidurrasul.. walaupun dalam keadaan tidak bersedia namun berbekalkan slide yang telah jemu saya paparkan kepada audien lain.. hari ini saya paparkan slide yang sama kepada budak-budak kecik yang suah untuk dilayan ini.. dengan pengalaman mengelentong budak2 supaya dorang insaf akhirnya budak SKPJ 1 P8 ini pun berjaya diklentongkan.. ada la riak-riak cemas bila saya tunjuk video mayat tsunami sebagai balasan orang yang xsolat.. he he padan muka.. len kali sombong lagi dengan ustaz muda ni..

Alhamdulillah dapat layanan istimewa daripada guru-guru yang masih belum kami berkenalan kesemuanya.. dijamu nasi lemak dan teh... sambil makin dan borak baru kami tahu kat cni ramai student IPIS yang sedang praktikum dan menjalani PBS.. da yang paling saya terkejut rupanya student IPPM (Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka) tu sebenarnya orang kampung say.. waaa.. malunyaaa.. tu la berat sangat mulut nak borak dengan orang.. org satu kampung pun dah xkenal...

tapi hari ini boring xterkata.. xde aktiviti yang boleh kami lakukan.. cuma aktiviti yang boleh menarik perhatian kami untuyk fokus hanyalah internet.. JOM blogging..

Hari yang penuh cabaran..

| Saturday, December 29, 2007
Alhamdulillah Allah memberi peluang untuk saya meneruskan agenda hidup saya sehari-hari sebagai hamba Allah yang ditaklifkan sebagai khalifah di atas muka bumi ini.. hari ini saya tergerak untu menulis setelah sekian lama menyepi.. menyepi dengan kesibukan sendiri.. sibuk dengan study.. sibuk dengan bisnes.. sibuk dengan kerja persatuan.. komitmen terhadap jemaah dan sebagainya..

Pagi tadi saya bangkit agak awal untuk solat subuh berjemaah.. berada di kampus sebenarnya menjadikan saya lebih rajin ke masjid berbanding semasa berada di rumah.. dirumah saya gak liat untuk berjemaah.. belitan syaitan terlalu kuat.. dan saya pula menjadi manusia yang paling lemah ketika itu.. lebih2 lagi dengan ketiadaan abah dan umi yang telah sekian minggu berada di Tanah Suci.. "bangun la.. dah lewat ni..taknak ke surau ke?" saya begitu alah dengan pertanyaan umi yang lembut tapi begitu menikam itu..jika tidak tiada siapa yang akan kejutkan saya untuk turun ke surau..

Usai solat subuh saya balik ke kolej.. tiada siapa pun yang ada kecuali saya dan warden kolej sekeluarga.. kuliah belum bermula.. tapi program yang dijadualkan awal memaksa saya untuk hadir lebih awal ke kampus.. tambahan tiket bas pula kehabisan.. penangan cuti hari raya Aidiladha dan Krismas.. menjadikan warga kota berebut-rebut pulang ke kampung dan berebut-rebut pula untuk kembali menjadi warga kota..

Saya baring tidak lama.. belumpun mata terlelap.. saya mendapat panggilan daripada ustaz.. "jom kuar sarapan.." ahh.. xjadi nak rehat lama sikit.. apapun sarapan pagi ni dah lepas.. he he..

Banyak yang kami bualkann.. sekadar melepaskan rindu yang lama bersarang dihati.. kami dah macam adik abang.. yang menjadi fokus biasanya isu politik.. sementelahan dengan tajuk akhbar Utusan Malaysia "BENAZIR DIBUNUH" cukup mengejutkan saya.. saya begitu tidak menyangka konflik di Pakistan hingga ke tahap itu.. tapi apakah mungkin dibelakang peristiwa dahsyat ini berdiri Amerika dan Yahudi? sama2 kita ikuti perkembangannya.. apapun seluruh gerakan Islam harus mengambil iktibar dari peristiwa ini.. jauhi dari terpengaruh dengan provokosi phak musuh.. biasanya mereka berselindung disebalik slogan jihad.. sedangkan Islam tidak mengisytiharkan perbuatan kejam dan zalim sebagai saklah satu daripada cabang jihad.. Ia bukan jalan penyelesaian .. bahkan jalan kehancurann.. politik Pakistan akan lebih kacau bilau selepas ini.. Pakistan yang memakai baju Islam akan turut menyeret nama Islam yang suci.. Umat Islam sekali lagi akan ditekan dengan slogan keganasan..

Beralih kepada politik tanah air.. kami xsependapat.. saya membayangkan gelombang perubahan sedang melanda umat malaysia hari ini.. berdasarkan berita-berita dan rencana di laman-laman alternatif.. tapi kata ustat ombak masih perlahan.. gelombangnya belum mampu membuat perubahan.. sama2 kita nantikan..

Berkenaan politik Kelantan.. ia seolah seperti bercerita kisah lawak pak pandir.. begitu melucukan.. apatah lagi bila disebut kisah YB Nazula Mat Diah yang menendang YB Zaki Ibrahim akibat tidak tahan dengan perlian jakun oleh YB Zaki.. bila diimbas kembali seolah-olah perangai samseng budak sekolah yang suka bergaduh dan terpekik melolong dengan suara yang kuat.. langsung tiada watak seorang wakil kepada rakyat.. atau pemimpin rakyat yang dipilih..

Saya teringat sewaktu di sekolah menengah saya pernah menendang tong sampah hitam apabila dicabar bertumbuk oleh budak2 di sekolah yang menaruh dendam terhadap saya.. peristiwa itu berlaku dikantin.. saya diprovok dan diejek.. dengan matlamat saya akan menyahut dengan pergaduhan.. tapi saya menyahut dengan tendangan ke atas tong sampah.. semua terdiam dengan tindakan saya.. seolah-olah saya memberi isyarat bahawa 'saya tidak takut untuk berhadapan dengan kamu'.. kesian tong sampah yang menjadi mangsa.. akhirnya mereka yang mencabar saya bertumbuk dipanggil guru disiplin.. sedangkan saya tidak dikenakan apa-apa tindakan.. hingga hari ini saya tertanya-tanya.. kenapa saya tidak dipanggil.. mungkin kerana track record saya di sekolah bersih menyebabkan pihak disiplin tidak terlalu berkira dengan saya.. bahkan saya pernah ditawar jawatan pengawas disekolah.. tetapi menolak dengan hormatnya.. tapi itu cerita semasa saya bersekolah.. dan belum matang.. tapi hari ini kita melihat tindakan seorang pemimpin rakyat yang bertindak seperti budak sekolah yang belum akil baligh.. ntah pa nak jadi jika pemimpin sebegini memimpin kerajaan.. minta dijauhkan..

Pukul 9 pagi saya meneruskan aktiviti hari itu dengan temujanji dengan tokeh bisnes yang saya buat secara sambilan.. persaan ceria saya berubah apabila tokeh tersebut seolah-olah tidak berpuas hati dengan pengurusan hutang saya.. saya masih berhutang hampir RM5 ribu.. payment lambat.. teruk saya dilecture.. mood saya 80 peratus berubah.. saya bermasalah kerana terlalu baik dengan customer saya.. ramai yang berhutang.. dan adakala ada yang mengambil barang hanya memulangkan modal... modal dibolot semuanya.. ntahla.. memikirkan soal perniagaan ni membuatkan saya termenung... apatah lagi saya disibukkan dengan kerja-kerja persatuan dan study.. dalam masa yang sama saya mengejar untuk memenuhi tuntutan yang tinggi semasa belajar.. Ya Allah tunjukkan saya jalan yang lurus... berikan saya ketenangan..

Serentak itu saya terpaksa membatalkan program yang dirancang di sebuah resort di jenderam hulu.. ahli ramai yang tidak dapat hadir daripada 2o orang yang hadir hanya sebelas orang.. lantas tempat dan masa program terpaksa diubah.. kecewa kak N pengusaha resort dengan keputusan saya.. apatah lagi bahan mentah untuk masakan sudahpun dibeli.. maafkan saya kak..

Hingga ke saat ini mood saya masih kurang baik...jiwa saya berserabut.. Ya Allah.. Ampuni saya wahai Tuhan.. berikan saya keberkatan , ketenahgan dan kebahagiaan hidup.. ameenn..