WALIMATUL URUS

Cetusan Kesedaran di SMK Bandar Tasik Puteri

| Sunday, February 22, 2009
Jumaat lepas seusai kelas pada jam 1130 pagi saya dihubungi oleh ustaz Aziru IP Minda Sdn Bhd meminta saya turun ke SMK Bandar Tasik Puteri untuk program motivasi Cetusan Kesedaran.

Walaupun dihubungi di saat-saat akhir dan dalam masa yang sama terpaksa membatalkan tazkirah Maghrib di S.K Sungai Ramal Dalam saya nekad bermotosikal menuju ke tempat program bersama Ridhuan sebelum solat Jumaat.

Entah kenapa saya seakan menggilai program sebegini. Bagi saya tiada sebab lain melainkan atas rasa kesedaran untuk membina remaja kita yang sentiasa terdedah dengan kebejatan aqidah dan moral.

Program kali ini turut disertai oleh Us Shaari (Gamis), Azohan, Asyraf IPKT, Hassan UiA, Ust Zul, Hadi, Ainin UIA, Fadhilah UIA, Salbiah UIA dan beberapa orang rakan fasilitator lain.

Tiada yang baru dalam program kali ini melainkan kami tidak disediakan tempat tidur. Maka terpaksalah surau menjadi tempat kami berkubang melepaskan jerih seharian berprogram. Sebahagian fasilitator juga terpaksa tidur di dalam van yang bernyamuk untuk mengelakkan peserta yang suka bangun awal untuk ke surau.. Bayangkan pukul 4 pagi sudah tercongok di surau beramai-ramai sedangkan baru beberapa detik terlentang melelapkan mata.. Terpaksalah kami berhijrah ke dalam van menyambung tidur untuk mendapatkan rehat yang cukup untuk program hari berikutnya.



Pada hari kedua seusai slot Us Azlan, pada jam 11.30 malam Us Shaari mengajak saya ke UPM menemaninya bermesyuarat.. dari Rawang ke UPM campur tolak bahagi dengan sesat memakan masa sejam lebih.. Lebih kurang sejam lebih bermesyuarat kami bertolak pulang melalui Gombak, singgah makan di Green Wood dan terus ke Bandar Tasik Puteri.. sampai di sekolah lebih kurang jam 3.30 pagi. Pintu pagar sudah berkunci. Puas memanggil tiada yang menyahut.. Entah ke mana perginya pakcik-pakcik Guard sekolah ni.. Terpaksalah kami mencari tempat lain untuk melelapkan mata yang semakin memberat ini.

Puas berpusing-pusing mencari arah.. Masjid berkunci gelap.. pekan gelap.. anjing berkeliaran.. Alhamdulillah jumpa surau.. Tidur di dalam kereta di kawasan surau..

Sebelum azan subuh berkumandang kami bergerak ke sekolah.. pagar masih berkunci.. Hingga beberapa detik barulah terkedek-kedek Pak Cik Guard datang membuka kunci pagar.. Aduhai Pakcik...

7.30 pagi saya bertolak balik ke Bangi.. Kuliah Dhuha Us Riduan Mohamad Nor..

3 comments:

Muhammad Hafizan bin Abd Hamid said...

salam juang syeikh..=)

Mama said...

SMK Bandar Tasik Puteri diserang Histeria baru-baru ni. Ustadz maklum tak. Teruskan beri ceramah yang berterusan untuk 'Cetusan Kesedaran, sementara mereka masih rebung lagi. Terima kasih.

Anonymous said...

emmm........