WALIMATUL URUS

BERITA TERKINI: Hafiz masih kritikal..

| Monday, November 3, 2008

Updated:Isnin lepas (27/10/2008) saya mendapat satu mesej yang mengkhabarkan keadaan Muhammad Hafiz. Mengikut maklumat daripada mesej tersebut Hafiz akan dibedah pada lehernya untuk membolehkan pihak hospital membuat satu saluran pernafasan pada kerongkongnya. Namun beberapa hari selepas itu saya mendapat maklumat kawan-kawan Hafiz bahawa pembedahan itu tidak dapat dilakukan kerana Hafiz mengalami kecairan pada darahnya yang akan menyebabkan pendarahan yang merbahaya jika terus dibedah.

Lebih kurang jam 6 petang tadi saya menghubungi bapa Hafiz untuk mengetahui keadaannya. Menurut bapa hafiz yang berbicara dalam keadaan tenang, Hafiz masih berkeadaan seperti apa yang kami saksikan pada ziarah yang lepas. Keadaannya belum stabil.


Penulis sempat menyampaikan sumbangan daripada Biro Dakwah, Masjid dan Cg Md Zin

Baru-baru Hafiz telah dimasukkan darah untuk membolehkannya dibedah. Selepas dimasukkan darah Hafiz belum boleh dibedah. Beliau mengalami masalah kekurangan garam dalam badan pula. Maka terpaksa dimasukkan garam ke dalam tubuhnya.

Mengikut bapanya lagi, Hafiz juga mengalami masalah makanan tidak hadam yang menyebabkan makanan tidak dapat lagi dimasukkan ke dalam tubuhnya seperti sebelum ini. Hafiz hanya mampu menerima susu sahaja. Itupun dalam kadar yang sedikit. Buat masa ini Hafiz hanya bergantung kepada air dan oksigen untuk terus hidup kerana tubuhnya tidak lagi mampu menerima sumber tenaga yang lain.

Dalam masa terdekat ini jika tidak menjadi halangan, hafiz akan dibedah untuk dibina salur pernafasan pada kerongkongnya. sebelum ini Hafiz bernafas melalui salur daripada mulut. Menurut kata bapa Hafiz, keadaan itu adalah tidak baik kerana ia akan menyebabkan ulser pada lidah.

Buat masa ini Hafiz masih menggerak-gerakkan jarinya pada masa-masa tertentu. Bola matanya juga masih bergerak, namun masih tidak mampu membukanya.

Secara kesimpulan apa yang boleh saya katakan Hafiz sekarang berada dalam keadaan yang sangat kritikal. Sedang kita berhempas pulas bertarung dengan peperiksaan, namun Hafiz dengan ditemani ibu dan ayah tercinta sebenarnya sedang bertarung mempertahankan nyawanya..

Buat Ibu dan ayah Muhammad Hafiz banyakkan solat dan bersabar.. Allah bersama kalian.. Mungkin ujian ini untuk meneguhkan iman kalian kepadanya. Banyakkan membaca Al-Quran di sisi Hafiz dan mengucapkan kata-kata semangat kepadanya. Apa yang saya tahu, 70 peratus tubuh manusi adalah air, dan jika tubuh manusia itu dibacakan Al Quran, didoakan dan diucapkan kata-kata yang baik insyaAllah molekul-molekul air pada tubuh manusia itu akan membentuk molekul yang cantik seperti berlian dan sebagainya. InsyaAllah molekul-molekul yang cantik ini juga mudah-mudahan membangkitkan rangsangan pada jiwa Hafiz untuk melawan kesakitan dan kecederaan yang dialaminya.


Anakku.. Bangunlah dari lena panjangmu.. Ayah rindukan engkau.. Ya Allah wahai Tuhan.. Sungguh berat ujianMU untuk hambaMU ini.. Sembuhkan anakku Ya ALLAH..

Buat sahabat-sahabat sidang pembaca banyakkanlah beristighfar dan memohon doa serta solat hajat untuk Hafiz. Jika ada masa ziarahlah beliau di Hospital Besar Kuantan. Ingatlah apa yang dialami oleh Muhammad Hafiz ini adalah Tazkirah untuk kita semua. Tazkirah yang mengingatkan bahawa hidup ini pasti diuji. Bersedialah untuk menerima ujian Allah.

Buat diri yang berdosa... banyakkanlah bertaubat.. memohon keampunan darinya... Engkau masih belum diuji wahai diri.. Bersediakah engkau menerima ujian Allah? Dan bersediakah engkau mengadap Allah didalam usia semuda ini dengan amalan yang cukup?


1 comments:

Anonymous said...

Allahummasyfi Maridhohu Ya Kareem...7X