WALIMATUL URUS

BERITA TERKINI: MUZAKARAH DENGAN HEP

| Tuesday, September 9, 2008
HEP KIV PENGHARAMAN JUBAH BAGI MUSLIMAT

Pada jam 3.30 petang tadi YDP JPP, Saudara Firdaus Saad bersama Exco Dakwah dan Kerohanian Saudara Ahmad Munsif b. Ismail beserta Exco Helwi Saudari Norsyahidah Muzakir telah mengadakan pertemuan dengan En Mohd Zin b. Tambi, Ketua Unit Rekod dan Disiplin JHEP IPIS.

Dalam pertemuan yang berlangsung selama lebih kurang 1 jam itu pihak HEP telah bersetuju untuk menyemak kembali peraturan tersebut dan akan membawakan perkara tersebut kepada pihak Pengarah IPIS untuk tindakan selanjutnya.

Pihak HEP juga bersetuju untuk untuk menarik balik pengharaman tersebut dan berjanji akan mengadakan pertemuan dengan pelajar muslimat yang ditahan semasa Perhimpunan Pagi kerana memakai jubah pada hari Isnin yang lepas.

Dalam pada itu pihak JPP juga menggesa pihak HEP menumpukan perhatian lebih kepada kes salah laku pelajar yang semakin berleluasa dan menumpukan kepada pakaian meslimat yang tidak menutup aurat seperti memakai tudung nipis dan pendek serta pemakaian baju yang agak ketat serta berseluar jeans.

Selain itu pihak HEP dengan kerjasama Majlis Warden serta JPP juga digesa untuk melakukan operasi khas secara berkala bagimenahan pelajar-pelajar yang tidak mematuhi peraturan maktab khususnya yang berkaitan dengan peraturan syara' seperti peraturan pemakaian, solat dan sebagainya. Ini kerana pelanggaran peraturan ini akan sedikit sebanyak akan mencemarkan nama serta fungsi Institut perguruan Islam selaku pusat pengeluar guru-guru agama sekolah di seluruh negara.

Pertemuan pada kali mendapat kerjasama yang penuh daripada kedua-dua pihak walaupun berlaku sedikit ketegangan semasa perbincangan diadakan. diharapka semua pihak dapat bekerjasama dan berusaha untuk memartabatkan Islam di Institut Perguruan Islam yang kita kasihi ini. -abumusleh.blogspot.com

3 comments:

Anonymous said...

semoga sinar ramadhan pada kali ini membawa perubahan kepada mereka2 yang ingin berubah di MADRASAH RAMADHAN ini....

hayatilah ramadhan ini setulusnya krn mungkin inilah ramadhan yg trakhir buat kt

SIAPA TAHU???

abumusleh said...

mudah-mudahan begitu..

betul 2 tiada siapa pun tahu.. mungkinkah ini ramadhan terakhir kita..

Anonymous said...

pakai jubah pun nak diharamkan.
ape daaa....
x patut langsung...
kang pelajar maktab kalu x pakai camtu lagi teruk die pakai...
orang suruh pakai tudung labuh..
pakai tudung singkat...
kalu pakai jubah...
maybe die pakai tudung labuh.