WALIMATUL URUS

Adun Batang Ai meninggal dunia...

| Tuesday, February 24, 2009
dublin unting ingkot
Malaysiakini melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Ai, Datuk Dublin Unting, 53, meninggal dunia pada kira-kira jam 1.25 pagi tadi akibat serangan angin ahmar.

Beliau juga merupakan naib presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan menteri muda pertanian dan Sukan Sarawak.

Nampaknya kita akan berhadapan satu lagi siri pilihanraya kecil dalam jangkamasa yang singkat.

Selepas pilihanraya di Permatang Pauh, kita dikejutkan dengan kematian Ahli Parlimen Kuala Terengganu. Selepas itu dalam keadaan Perak yang tidak stabil dengan rampasan kuasa yang dilakukan oleh Barisan Nasional, kita dikhabarkan pula dengan kematian Adun Bukit Gangtang.
Dalam masa yang sama juga Adun Bukit Selambau mengumumkan perletakan jawatan sebagai Exco Kerajaan Kedah dan Adun Bukit Selambau.

Tidak lama selepas itu, kes foto separuh bogel Adun Bukit Lanjan menggemparkan negara. Beliau kemudiannya mengumumkan untuk meletakkan jawatan sebagai Exco Kerajaan Selangor dan Adun Bukit Lanjan untuk menjaga nama Pakatan Rakyat walaupun beliau sebenarnya dianiaya.

Beberapa hari selepas itu Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan, YB Takiuddin Hassan mendesak YB Dato' Ibrahim Ali Adun Pasir Mas meletakkan jawatan berhubung sikapnya yang tidak menghormati Pakatan Rakyat walaupun bertanding di atas tiket Pas.

Dan hari ini kita sekali lagi dikejutkan dengan kematian Adun Batang Ai.

Apakah hikmah disebalik peristiwa demi peristiwa ini. Apakah Allah sebenarnya sedang menguji iman dan kesabaran kita? Apakah sebenarnya yang ingin ditunjukkan Allah kepada kita? Sungguh hebat tarbiah terus dari Allah ini..

Drama politik Malaysia semakin hari semakin panas.. Sesiapa yang bergelar wakil rakyat harus berwaspada.. Mungkin anda akan dilucutkan jawatan tanpa sebab.. mungkin anda akan dipalitkan dengan kes yang tidak pernah anda jangka.. Dan beringatlah bahawa kematian itu PASTI.. Tidak mengenal tua atau muda.. pangkat darjat atau keturunan...

Dan tidak lupa buat perwakilan pelajar yang baru dipilih melaui pilihanraya baru-baru ini.. Adakan anda bersedia dari sudut mental dan fizikal? Rohani dan jasmani? Sesungguhnya mehnah dan tribulasi mampu untuk menewaskan dan menjadikan kita futhur.. Waspadalah..

Wallahu A'lam..
(coretan ini sebenarnya ditujukan untuk diri sendiri dan kepada mereka yang merasakan coretan ini bermanfaat untuk mereka)

0 comments: