WALIMATUL URUS

CATATAN RAMADHAN 1430H

| Sunday, September 13, 2009
alahamdulillah Ramadhan 1430H menjelma lagi tahun ini.. dan ramadhan kali ini adalah ramadhan kali keenam bagi saya semenjak berada di kampus maktab perguruan islam ini. tahun ini juga adalah tahun terakhir saya menjalani ramadhan di kampus tarbiyyah yang sangat saya cintai ini..

banyak untuk saya ungkapkan di sini perihal ramadhan yang telah dua fasa berlalu dan sekarang menuju ke penghujungnya untuk meninggalkan sekali lagi. namun seolah segalanya terkunci di jari dan lenyap brgitu sahaja tanpa sempat dicatatkan di sini. entah kenapa hatiku berasa semakon gundah gulana. mungkinkah dek penantian itu yang tidak kunjung tiba..

awal ramadhan lalu saya sangat bersyukur dan amat terharu tatkala saya menghabiskan cuti pertengahan semester yang berkebetulan jatuh pada minggu pertama puasa di kampung halaman yang saya cintai. apa tidaknya, sekian lama saya melalui ramadhan tanpa keluarga tercinta namun kali ini Allah takdirkan kami bersama-sama menyambut kedatangan Ramadhan.

Ramadhan kali ini mengulang kembali detik kebersamaan keluarga kami apabila kami menyambut ramadhan bersama dengan bertarawikh bersama di rumah diimami oleh abah dan ahli keluarga yang lain. kalau dulu seingat saya kami mengusaikan tarawikh di surau arwah tuan guru Pak su Haji atau surau tok ayah kob.. kemudian seringkali juga kami tumpang bertarawikh di rumah bapa saudara, Arwah us Abdul Rahman Hussin, mantan Presiden Persatuan Falak malaysia. dan selepas fasa-fasa itu kami hanya bertarawikh di rumah diimami oleh abah dan adakalanya diselangi dengan anak-anak yang lain.

namun, segalanya tergendala apabila ahli keluarga kami mula meninggalkan kampung halaman melanjutkan pelajaran di seluruh pelusuk negara. yang tinggal hanya abah dan umi dan kadan;gkala ditemani oleh beberapa ahli keluarga yang lain. pemergigian kami mlanjutkan pelajaran cukup menjadikan rumah kami sunyi sepi. manakan tidak rumah sederhana tujuh bilik itu biasanya dihuni oleh 14 orang ahli tidak termasuk menantu dan cucu-cucu yang galak bertempiaran namun kini hanya dihuni oleh umi, abah, serta adik dan abang yang bekerja berhampiran kampung kami. tiada lagi bunyi riuh hilai tawa, anak-anak bertempiaran, si kecil yang menangis diganggu si abang, si kakak yang merajuk dan adik-adik yang nakal riang.. tiada lagi solat berjemaah tarawikh bersama-sama apatah lagi solat maghrib dan isyak berjemaah.. tiada lagi orang yang riuh di dapur menyediakan juadah berbuka.. tiada lagi yang sudi memanjat dan mengait kelapa muda untuk sebagai penghilang dahaga tatkala berbuka... dan segalanya telah tiada.. dan hanya akan muncul di penghujung ramadhan untuk menyambut Idul fitri.. namun ahli kami tidak lagi penuh dan riuh seperti waktu dulu..

(Azan sudah berkumandang.. insyaAllah saya akan sambung catatan ini selepas tarawikh nanti..)

LUAHAN RASA KALA KECEWA

| Saturday, July 25, 2009
SALAM.. Lama sungguh saya tidak meninggalkan posting di sini.. lantaran sibuk berpraktikum..
Minggu ini minggu ketiga saya menjalani latihan mengajar di sebuah sekolah di Putrajaya.. ada gembira dan ada duka.. ada semangat dan ada kecewa.. itu adalah lumrah kan..

Budaya di sekolah ini menjadikan kami agak sibuk hingga terpaksa alik lewat petang.. Saya juga seakan sudah lali.. keluar dalam jam 7 pagi dan pulang hampir jam 7 malam.. keadaan ini memaksa kami mengasingkan diri daripada aktiviti lain..

Namun saya yang sudah terbiasa beraktivitas menjadikan saya terlalu rindu untuk beraktivitas yang berbentuk kemahasiswaan.. lantaran itu saya memaksa juga diri untuk menghadiri program kelompok ataupun liqa'-liqa' serta mesyuarat yang dipanggil berbentuk wajib atau ajak-ajakan..

Namun kadang saya rasa kecewa dengan yang lain.. mereka yang tidak sibuk, yang diwajibkan menghadiri liqa' atau mesyuarat tapi tidak menghadirinya.. satu ketika waktu senja.. kononnya ingin berifthar perdana bersama.. nak merapatkan saf dan menjalin ukhuwwah, di samping boleh bertanya khabar sesiapa yang jarang ketemu.. namun hingga mampir azan hanya lima orang yang hadir daripada puluhan orang kesemuanya.. uhh.. sungguh kecewa hati ini.. masakan tidak.. kita pulang dari latihan sukan di sekolah, terus menerpa ke tempat yang dijanji.. kononya takut sudah terlambat.. namun tiada kelibat mereka.. ditinjau-tinjau, mereka bukan tiada bahkan ada ramai, namun di tempat lain.. seolahnya tidak sedar dengan liqa' yang mereka patut menghadirinya.. sebahagian mereka ada yang sedang mengintai-ngintai mencari mangga muda di tepi asrama, ada yang mengambil gambar ceria.. ada yang pergi ke majlis makan-makan.. dan ada yang mahu rehat lantaran esoknya ada program sunat yang mereka rasakan lebih awla dari liqa yang wajib atas mereka.. owh mungkin mereka terlalu memahami feqh awlawiyat..

entahlah.. enggak ketahuan saya apa harus dibikin mereka-meraka yang telah taat setia mahu berjuang.. menegakkan syiar serta daulah.. namun masih tidak ngerti mana awla mana yang tidak.. masih enggak ngerti apa itu patuh dan janji.. mana wajib mana sunat mana haram dan mana makruh.. ramainya mereka kalau bercakap berlapik Quran dan Hadis sentiasa.. jika kita kesilapan atau kelupaan untuk melampirkan Hadis mahu Quran lewat berucap dikatanya kita tidak islami atau tidak layan memimpin gerombolan yang islami..

sahabat sekelian ayuh kita bina gerombolan ini dengan ketaatan kesetiaan serta ukhuwwah.. tiada guna ilmu penuh membuak kalau gagal tepati amanah kalau gagal mentaati.. kalau kita gagal merancang, musuh akan mengalahkan kita dengan strategi yang terancang..

hanya sekadar hadir liqa' pertemuan tidak sampai dua jam terlalu beratkah... sudah lupakah.. tafakkaruu saatan khairun min 'ibadatin sanatan... rasa-rasanyanya bagaimana mahu membina daulah.. ayuh kita bina daulah dalam diri sebelum kita tegak daulah di alam realiti..

Maafkan kekandamu yang sudah tidak punya kekuatan juang sepertimu.. namun ku masih punya hati yang tidak pernah untuk sama berjuang denganmu.. ku masih bersedia memberi sebanyak-banyaknya..

Bingkisan Fikrah Untuk Pejuang

| Tuesday, June 30, 2009
Alhamdulillah selesai saya menghabiskan buku terbaru karya Ustaz Nasruddin Tantawi, Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat. Buku ini adalah kenangan muktamar PAS di Shah ALAM baru-baru ini.

Sesiapa yang merasakan dirinya pejuang atau ingin berjuang atau samar-samar dalam perjuangan.. InsyaALLAH buku kecil yang besar nilainya ini akan memberi pencerahan.

" Pemuda peringkat pertengahan kehidupan. Penuh cabaran, dugaan dan mehnah dalam perjuangan meneruskan kesinambungan kehidupan menuju matlamat yang telah ditentukan Ilahi. Namun kejernihan fikiran, kemurnian aqidah, kemantapan iman, keterusan amalan, dan keutuhan perjuangan, mesti dikongsi bersama insan hamba Tuhan.

Fikrah penentu masa depan, jernih atau keruh sesuatu fikrah menjadi bandingan. Satu perjuangan memerlukan kesatuan fikrah, kesatuan fikrah pula menghasilkan kesatuan amal. Pimpinan menetapkan suatu keputusan, ahli menerima penuh wala' dengan taklifan.

tamadun moden yang dinikmati banyak menjerumuskan masyarakat ke lembah kehinaan, justeru tamadun yang memberatkan materialyang lompang dari unsur spritual. pemuda perlu menggalas tugas mendepani tahaddiyat (tentangan) demi menuju ke satu matlamat yang diredhai ALLAH.

Kalaulah ada sepuluh pemuda seperti Salehuddin al-Ayubidan juga Sultan Muhammad Al-Fateh, nescaya mereka mampu menggoncang dunia, nescaya ALLAH pasti akan memberikan kemenangan."

PENATNYA......

| Thursday, June 25, 2009
Semenjak dua menjak ni rasa penat sangat.. macam-macam masalah, isu, dan pelbagai perkara yang mesti dan perlu difikirkan..

Semakin nak habis belajar makin banyak ujian.. makin banyak masalah dan cita-cita yang perlu diselesaikan..

Pening kepala berdenyut-denyut..

Lenguh sendi macam umur orang dah senja..

Mulut pahit nak menelan pun payah.. perlu ditolak dengan segelas air..

Tambah pulak diserang nyamuk chikukunya...

Habis satu badan jadi lembik, letih, laih..

aku ni dah umur berapa..

aku ni dah banyak ke kena uji..

aku ni dah teruji sangat ke...

rasanya para sahabat dan mujahid terdahulu lagi byk sengsaranya..

kalau banding dengan aku, ada kena sipi-sipi tak...

uhh.. langsung tak ada..

besar hujung kuku pun tak ada...

bersyukurlah kau tidak diuji apa yang engkau tidak mampu pikul..

ALLAH MAHA ADIL LAGI MAHA MENGETAHUI....

Orang kata aku lahir dari perut mak.. (bukan org kata...memang betul)

| Sunday, May 10, 2009
Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk..... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari.... mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat..... emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada...... .....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....



Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

NAK MARAH, MARAHLAA..

| Saturday, May 9, 2009
Pada suatu petang yang bahagia.. Saya mendapat panggilan dengan nada yang cemas dan serius..
"Assalamualaykum abang Munsif.. Enta kat mana sekarang.."
"Ana dekat bookfair PWTC.. Kenapa syeikh.. mustahak je bunyinya.. ada emergency ke.." soal saya turut cemas..

"xde bang.. tadi lepas asar kami ada bincang pasal pertandingan yang berlangsung semalam.. lakonan.. kami rasa tak sedap hati la bang.. depa yang berlakon langsung tak jaga adab pergaulan, aurat terdedah.. kategori lakonan lelaki perempuan tak diasingkan.. penonton laki pun tengok perempuan berlakon.. aksi yang tidak sepatutnya dilakonkan dikhalayak mahasiswa maktab ISLAM...."

"kami dah bincang tadi.. dan kami sepakat perkara tidak boleh kita biarkan begitu sahaja.. lama-lama hilang ruh Islam dari maktab perguruan ISLAM ni.."

"jadi kami sepakat minta abang munsif balik segera dan tolongkan perjelaskan isu ini selepas maghrib nanti semasa usrah kubra di masjid.. kami rasa abang munsif je yang boleh jelaskan isu ini buat masa sekarang.. kami memang tak mampu.."

Saya termenung beberapa detik.. terdetik juga dalam hati untuk mengelak dari terjun ke lembah kontroversi ini.. memang saya bepengalaman menghadapi dan menangani isu ini.. namun menghalang sesuatu yang menjadi tuntutan nafsu manusia ini akhirnya meletakkan kita di tempat yang tidak popular.. bahkan dikeji, dimaki, dihamun, diumpat, dan yang seumpama dengannya yang mampu menggugurkan semangat juang seorang lelaki.. saya pernah beberapa kali dikerumun oleh samseng-samseng maktab dengan pisau yang berceratuk akibat teguran saya yang mungkin menghiris perasaan mereka.. saya pernah dikejar dengan kayu besbal dan dikerumun oleh puluhan orang setelah saya menangkap sepasang mahasiswa yang berdua-duan di bilik kuliah pada waktu malam.. pernah jawatankuasa yang saya pengerusikan diboikot kerana teguran saya berkaitan syarak.. dan pernah cerita-cerita berkaitan saya yang dimanipulasaikan untuk menghasilkan gelombang benci masyarakat kampus terhadap saya.. dan pernah saya diancam untuk dibuang dari maktab ISLAM.. dan fail peribadi saya pernah hilang selama enam bulan disimpan oleh pentadbir yang berkesumat..

Kalau diikutkan perasaan pentingkan diri.. nafsu yang inginkan sanjungan, pujian dan populariti mahu saja saya mengatakan tidak untuk slot memberi penjelasan yang telah diamanahkan kepada saya itu.. Namun dengan bai'ah yang telah saya lafazkan, prinsip yang menjadi tunjang hidup.. rasa malu pula pada ALLAH.. malu pada Rasulullah.. Kalau betul aku cintakan ALLAH dan Rasulnya kenapa aku tidak sanggup mengorbankan sedikit perasaan yang mungkin akan diluka.. Bukankah cinta menuntut pengorbanan.... saya berkira-kira dan menyoal diri sendiri..

"Tak apalah syeikh.. petang nanti sebelum maghrib abang akan sampai ke maktab.. ana akan cuba isi dan memberi penjelasan semasa usrah kubra nanti" saya memberikan jawapan dengan bersemangt.. biarlah jika ada yang mengeji nanti.. saya bukan hamba manusia.. tapi saya hamba ALLAH.. Tugas saya ialah menjadi khalifah di bumi ini.. mentadbir alam ini mengikut syariah dan sunnatulllah..

"terima kasih abang munsif.. ana harap sangat abang tolong selesaikan isu ini.. kami sayangkan maktab perguruan ISLAM ini.. janganlah selepasa abang dan rakan-rakan meninggalkan kami di sini nanti maktab ISLAM ini sudah bertukar wajah kepada wajah maktab bukan ISLAM.."

Seusai solat sunat selepas maghrib, seorang ahli jawatankuasa biro dakwah menyentuh bahu saya dari sebelah kanan, berimpuh dan berbisik ke telinga saya..

"abang munsif, kalau boleh malam ni abang cakap seterang-terangnya.. bagitau nama persatuan yang menganjur dan apa masalah program mereka yang tidak selari dengan ISLAM dan peraturan serta budaya maktab kita kita.."

saya mengerutkan dahi.. "betul ke ni syeikh.. tak ape ke nak state nama persatuan pulak.."

"tak apa bang.. memang kita kena sebut biar terang kalau tidak nanti diorang buat-buat tak faham.. nanti diorang ulang lagi.."

"kalau dah enta cakap macam tu, tak apalah ana cuba la nanti.."

dan memang tepat ramai yang bersetuju dengan tazkirah dan penjelasan malam itu dan ramai juga yang menaruh benci dan marah.. serta bengang dengan apa yang cuba saya sampaikan..walaupun tiada sepatah makian yang saya keluarkan.. segala apa yang saya ceritakan dan saya luahkan adalah dari hati seorang abang dan rakan yang mengasihi sahabat dan adik-adiknya.. kerana sayangkan kampus tarbiah yang begitu banyak mendidik dan mengajar erti menjadi seorang da'i penggerak ISLAM di maya pada ini..

diwaktu saya merenung komen, chatbok, laporan sahabat yang bersimpati.. rasa ada air suam panas mengalir di bawah kelopak mata saya.. tika itu saya terkenang saat saya dipujuk dan ditenangkan oleh sang murabbi yang telah DIPAKSA meninggalkan kampus tarbiah yang dicintainya ini.. US ZAWADI CHE SEMAN..

KALA ITU AIR JERNIH DI BAWAH KELOPAK MATA SEMAKIN LAJU MENGALIR..

MAAFKAN SAYA USTAZ..
| Friday, April 3, 2009

KULIYAH DHUHA
Posted by JPP@IPIS



Perhatian kepada semua warga Kampus Pendidikan Islam Kuliyah Dhuha akan diadakan seperti biasa pada minggu ini.Butiran adalah seperti berikut:

Penceramah : Ust. Rashidy Jamil Arrashid
(Presiden Tuan Sharifah Islamic Fondation)


Tajuk : Bagimu Agamamu Bagiku Agamaku (Isu nama Allah & Kristianisasi)

Tarikh : 5 April 2009 (Ahad)

Masa : 830 pagi

Tempat : Dewan Idris Marbawi

Diharapkan semua warga Kampus dapat hadir ke Majlis tersebut supaya kita sama-sama dapat menambahkan lagi ilmu dan semoga terjawab segala kemusykilan yang bermain di minda kita...
Sekian Harap Maklum...