WALIMATUL URUS

Institut Perguruan Islam Tempat Ke-4 Debat Kefahaman Islami IKIM 2009

| Tuesday, January 20, 2009
Alhamdulillah pada tahun Institut Perguruan Islam Selangor sekali lagi mencipta nama melalui pasukan debatnya dalam Pertandingan Debat Kefahaman Islami Antara Institut Pengajian Tinggi.

Pasukan Debat Kefahaman Islam IKIM dari IPIS -
  1. Guru Pengiring - Cik Norzihan
  2. Jurulatih - Mr. H
  3. Researcher - Ahmad Munsif Ismail
  4. Pendebat 1 - Mohd Nazmi B. Jaafar
  5. Pendebat 2 - Nurul Nadia bt Murad
  6. Pendebat 3 - Mohd Rafee b. Mohamad
  7. Simpanan - Norsyahidah bt Muzakir
Pencapaian sehingga ke Peringkat separu akhir telah meletakkan IPIS sebaris dengan gergasi debat IPT di Malaysia walaupun IPIS tidak begitu dikenali di peringkat nasional sebelum ini.

Walaupun hanya berjaya berada di tangga ke-4 setelah tewas dengan pasukan debat Universiti Teknologi Petronas, ia tidak mematahkan semangat pendebat-pendebat IPIS untuk terus mara pada masa akan datang merebut kejuaaraan yang berprestij ini.

Pada tahun ini juga, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menawarkan hadiah baru yang lumayan kepada johan Pertandingan Debat Kefahaman Islami Antara IPT kali ke-6 iaitu berupa geran berjumlah RM 10, 000.00 kepada Kelab Debat universiti terbabit. Sebelum ini pasukan debat yang menjadi johan hanya menerima wang tunai RM15 000.00 sahaja di samping hadiah iringan. Pendebat terbaik pula akan menerima hadiah berupa wang tunai berjumlah RM 2,000.00 berbanding RM 1,000.00 tahun sebelumnya.

Hadiah yang ditawarkan oleh IKIM merupakan hadiah yang tertinggi untuk pertandingan debat di negara ini. IKIM amat berharap dengan hadiah yang lumayan ini akan memberi galakan dan kehebatan kepada gelanggang debat di kalangan penuntut IPT lebih-lebih lagi dalam memperdebatkan perkara-perkara yang berkaitan dengan unsur-unsur Islami.

Pertandingan Debat Kefahaman Islami Antara Institusi Pengajian Tinggi Kali ke-6 akan diadakan pada 12-16 Januari 2009 di Dewan Besar IKIM. Pertandingan akhir akan diadakan pada 16 Januari 2009 (Jumaat) yang akan dihadiri oleh YABhg Tun Dato' Seri Ahmad Sarji bin Abdul Hamid, Pengerusi IKIM dan Y.M. Datuk Dr. Syed Ali Tawfik Al-Attas, Ketua Pengarah IKIM.

PESERTA
Sebanyak 16 Institusi Pengajian Tinggi akan mengambil bahagian iaitu:
(i) Universiti Malaya
(ii) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
(iii) Universiti Pendidikan Sultan Idris
(iv) Universiti Utara Malaysia
(v) Universiti Teknologi Malaysia
(vi) Universiti Teknologi MARA
(vii) Universiti Putra Malaysia
(viii) Institut Perguruan Islam Selangor
(ix) Universiti Islam Antarabangsa
(x) Universiti Kebangsaan Malaysia
(xi) Universiti Darul Iman
(xii) Universiti Sains Malaysia
(xiii) Universiti Sains Islam Malaysia
(xiv) Universiti Malaysia Sabah
(xv) Universiti Multimedia Malaysia
(xvi) Universiti Teknologi Petronas

Pusingan pertama dan kedua pertandingan debat ini akan diadakan pada 12 dan 13 Januari 2009, manakala pusingan suku akhir, pada 14 Januari 2009. Pertandingan separuh akhir akan diadakan pada 15 Januari 2009.

TAJUK DEBAT
Antara tajuk debat pada 12 Januari 2009 ialah:

(i) "Penerokaan Tanah Untuk Biofuel Merugikan Negara".
(ii) "Kuota 30 Peratus Wanita Pembuat Dasar di Malaysia Tidak Berpijak di Bumi Nyata".
(iii) "Budaya Internet Menghakis Pemikiran Kritis".
(iv) "Kebebasan Penulis Blog Bukti Kebebasan Bersuara".


HADIAH
IKIM menawarkan hadiah berupa wang tunai kepada pasukan yang meraih kemenangan iaitu:

(i) Johan : Wang tunai RM15,000.00, Geran berjumlah RM 10, 000.00 untuk kelab , Debat, Piala pusingan, buku-buku terbitan IKIM, langganan majalah e@Siswa selama 3 bulan terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd dan sijil penyertaan.

(ii) Naib Johan : Wang tunai RM10,000.00, buku-buku terbitan IKIM, langganan majalah @Siswa selama 3 bulan terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd dan sijil penyertaan.

(iii) Ketiga : Wang tunai RM5,000.00, buku-buku terbitan IKIM, langganan majalah e@Siswa selama 3 bulan terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd dan sijil penyertaan.

(iv) Keempat : Wang tunai RM3,000.00, buku-buku terbitan IKIM, langganan majalah e@Siswa terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd dan sijil penyertaan.

(v) Pendebat Terbaik : Wang tunai RM2,000.00, buku-buku terbitan IKIM, langganan Majalah I selama 6 bulan terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd dan sijil penyertaan.


Bertemu lagi pada tahun hadapan..

2 comments:

along Nazirah said...

Salam,. Tahniah kepada IPIS! Satu usaha untuk menonjolkan Institut Perguruan yang selama ini seakan-akan sepi tanpa berita, walau ada, kurang terasa akan adanya, seakan-akan sekadar sekolah biasa yang melahirkan guru-guru biasa, untuk mengajar semata-mata. Semoga mahasiswa-mahasiswi Institut Perguruan terus memajukan diri dan dapat meletakkan diri dalam masyarakat, membentuk generasi masa hadapan yang cemerlang di dunia dan akhirat.. InsyaAllah..

meGaT said...

i'm looking for my friend, nurul nadia bt murad,,