WALIMATUL URUS

NAK MARAH, MARAHLAA..

| Saturday, May 9, 2009
Pada suatu petang yang bahagia.. Saya mendapat panggilan dengan nada yang cemas dan serius..
"Assalamualaykum abang Munsif.. Enta kat mana sekarang.."
"Ana dekat bookfair PWTC.. Kenapa syeikh.. mustahak je bunyinya.. ada emergency ke.." soal saya turut cemas..

"xde bang.. tadi lepas asar kami ada bincang pasal pertandingan yang berlangsung semalam.. lakonan.. kami rasa tak sedap hati la bang.. depa yang berlakon langsung tak jaga adab pergaulan, aurat terdedah.. kategori lakonan lelaki perempuan tak diasingkan.. penonton laki pun tengok perempuan berlakon.. aksi yang tidak sepatutnya dilakonkan dikhalayak mahasiswa maktab ISLAM...."

"kami dah bincang tadi.. dan kami sepakat perkara tidak boleh kita biarkan begitu sahaja.. lama-lama hilang ruh Islam dari maktab perguruan ISLAM ni.."

"jadi kami sepakat minta abang munsif balik segera dan tolongkan perjelaskan isu ini selepas maghrib nanti semasa usrah kubra di masjid.. kami rasa abang munsif je yang boleh jelaskan isu ini buat masa sekarang.. kami memang tak mampu.."

Saya termenung beberapa detik.. terdetik juga dalam hati untuk mengelak dari terjun ke lembah kontroversi ini.. memang saya bepengalaman menghadapi dan menangani isu ini.. namun menghalang sesuatu yang menjadi tuntutan nafsu manusia ini akhirnya meletakkan kita di tempat yang tidak popular.. bahkan dikeji, dimaki, dihamun, diumpat, dan yang seumpama dengannya yang mampu menggugurkan semangat juang seorang lelaki.. saya pernah beberapa kali dikerumun oleh samseng-samseng maktab dengan pisau yang berceratuk akibat teguran saya yang mungkin menghiris perasaan mereka.. saya pernah dikejar dengan kayu besbal dan dikerumun oleh puluhan orang setelah saya menangkap sepasang mahasiswa yang berdua-duan di bilik kuliah pada waktu malam.. pernah jawatankuasa yang saya pengerusikan diboikot kerana teguran saya berkaitan syarak.. dan pernah cerita-cerita berkaitan saya yang dimanipulasaikan untuk menghasilkan gelombang benci masyarakat kampus terhadap saya.. dan pernah saya diancam untuk dibuang dari maktab ISLAM.. dan fail peribadi saya pernah hilang selama enam bulan disimpan oleh pentadbir yang berkesumat..

Kalau diikutkan perasaan pentingkan diri.. nafsu yang inginkan sanjungan, pujian dan populariti mahu saja saya mengatakan tidak untuk slot memberi penjelasan yang telah diamanahkan kepada saya itu.. Namun dengan bai'ah yang telah saya lafazkan, prinsip yang menjadi tunjang hidup.. rasa malu pula pada ALLAH.. malu pada Rasulullah.. Kalau betul aku cintakan ALLAH dan Rasulnya kenapa aku tidak sanggup mengorbankan sedikit perasaan yang mungkin akan diluka.. Bukankah cinta menuntut pengorbanan.... saya berkira-kira dan menyoal diri sendiri..

"Tak apalah syeikh.. petang nanti sebelum maghrib abang akan sampai ke maktab.. ana akan cuba isi dan memberi penjelasan semasa usrah kubra nanti" saya memberikan jawapan dengan bersemangt.. biarlah jika ada yang mengeji nanti.. saya bukan hamba manusia.. tapi saya hamba ALLAH.. Tugas saya ialah menjadi khalifah di bumi ini.. mentadbir alam ini mengikut syariah dan sunnatulllah..

"terima kasih abang munsif.. ana harap sangat abang tolong selesaikan isu ini.. kami sayangkan maktab perguruan ISLAM ini.. janganlah selepasa abang dan rakan-rakan meninggalkan kami di sini nanti maktab ISLAM ini sudah bertukar wajah kepada wajah maktab bukan ISLAM.."

Seusai solat sunat selepas maghrib, seorang ahli jawatankuasa biro dakwah menyentuh bahu saya dari sebelah kanan, berimpuh dan berbisik ke telinga saya..

"abang munsif, kalau boleh malam ni abang cakap seterang-terangnya.. bagitau nama persatuan yang menganjur dan apa masalah program mereka yang tidak selari dengan ISLAM dan peraturan serta budaya maktab kita kita.."

saya mengerutkan dahi.. "betul ke ni syeikh.. tak ape ke nak state nama persatuan pulak.."

"tak apa bang.. memang kita kena sebut biar terang kalau tidak nanti diorang buat-buat tak faham.. nanti diorang ulang lagi.."

"kalau dah enta cakap macam tu, tak apalah ana cuba la nanti.."

dan memang tepat ramai yang bersetuju dengan tazkirah dan penjelasan malam itu dan ramai juga yang menaruh benci dan marah.. serta bengang dengan apa yang cuba saya sampaikan..walaupun tiada sepatah makian yang saya keluarkan.. segala apa yang saya ceritakan dan saya luahkan adalah dari hati seorang abang dan rakan yang mengasihi sahabat dan adik-adiknya.. kerana sayangkan kampus tarbiah yang begitu banyak mendidik dan mengajar erti menjadi seorang da'i penggerak ISLAM di maya pada ini..

diwaktu saya merenung komen, chatbok, laporan sahabat yang bersimpati.. rasa ada air suam panas mengalir di bawah kelopak mata saya.. tika itu saya terkenang saat saya dipujuk dan ditenangkan oleh sang murabbi yang telah DIPAKSA meninggalkan kampus tarbiah yang dicintainya ini.. US ZAWADI CHE SEMAN..

KALA ITU AIR JERNIH DI BAWAH KELOPAK MATA SEMAKIN LAJU MENGALIR..

MAAFKAN SAYA USTAZ..

7 comments:

Anonymous said...

salam...
sedihnya,,bertambah sedih bila sentuh pasal us.zawadi =(
jgn bmbang munsif..usah hiraukan pandangan manusia yg mencerca..berkatalah yang benar wpun ianya pahit..
kami sokong perjuangan anda selagi ianya di landasan syariat yg ditetapkan...

Anonymous said...

insyaAllah.

shbt akn sntiasa bersama nta.

mg2 semua diberkati. amin.

Anonymous said...

salam..
lama dah x buke blog ni..x tau plak abg munsif post sal ni..ana salah sorg muslimat kat kampus ni rase berterima kasih kerana masih ada org yang begitu berani utk menanggung risiko utk menegur org ni..bkan sng kte nak org..telinga msti kene tebal nak dengar mcm2 kutukan n cacian org yang x brpuas hati..ingat,inilah onak duri perjuangan islam..ujian Allah kpdMu..saya tkut sngat mcam mane ipis slpas tiada lagi pejuang2 berjiwa islam ini...rmai yang aliran agam..tp x rmai berani mengakkannya..sya harap sblum batch munsif keluar..tinggalkanlah satu kesan yang mendalam dalam diri kami semua untuk mempertahankan islam di Institut ini..

Anonymous said...

SALAM..

Batch AKH munsif akn tamat pengajian dlm mse stgh thun lg...

Berat rsnye tuk hadapi kehilangan bbrp pejuang Islam batch akh munsif di bumi KPI ni...

Smg warga KPI menteladani semangat juang akh munsif & sahabat2 dan berhikmah dlm teruskan perjuangan di cni..

Ya Allah, peliharalah bumi KPI ini dri kmurkaanMU...


- insan -

Anonymous said...

salam...
da lame dah pertndingn tu berlalu...
x tau plak ustz munsif ader post cite pasal ni....
mm..sedih plak aser nyer bila teringt...kenangan pahit barangkali di ipis ni...kenangan pahit ttp penuh dengan pengajaran y tersembunyi....
mm..ape2 pun syukran ust munsif kerana sudi menegur...
yelah..bkn senang nk menegur org dan teguran itu diterima dngn hati y terbuka..
p sy yakin..ape y ustaz munsif ckpkn tu sume y betul..berlndaskan hukum agama n syarak...
jadi x de ape lagi y nk dipersoalkan...
sekali lagi terima kasih kerana perihatin dngn adik2 mu ini.....
semoga ustaz menjdi seorg ustaz y hebat disekolah nanti....Amiin...

Anonymous said...

terima ustaz kerana meluangkan masa bersama program kami dan telah meninggalakan kesan kepada kami,InsyAAllah satu perubahan yg besar kan berlaku pada kami smeua..walaupu tidak semua sasaran yang hadir.slpas ini bleh la ustaz joint kem kami lagi...syukran ya ustaz semoga Allah merahmati kamu

student said...

Terima kasih bnyk saudaraku,

kau pejuang agama