WALIMATUL URUS

AP Set? Ori Set? Mana Satu Ya?

| Sunday, November 9, 2008
Published by Ahmad Sufyan Che Abdullah [iDeologi]

Biasanya kalau kawan-kawan yang beli henfon saya akan tanya harga berapa. Lepas tu saya akan tanya, macam apek2 di Plaza Low Yat / BB tanya, AP set atau Ori set? Ada di antara member2 kata yang dia Original set, lalu saya membelek2 sekitar belakang bateri untuk lihat stickernya. Lalu tertera stick 'ComSat'. Rupa2nya yang dia beli itu bukanlah ORI set, tapi AP set.

Memang ramai yang terkeliru bila memilih henfon. Antara original, AP dan underwater. Biasanya bila ditanyakan kepada apek penjual henfon, mereka akan kata memang "ori punya." Memang betullah apa yang dikataan oleh apek itu, memang telefon itu ori, kerana mana ada telefon nokia dicetak rompak?! Setiap telefon, NOKIA contohnya, adalah keluaran daripada kilang Nokia juga. Itulah maksud ORI yang dikatakan oleh penjual.

Sebenarnya di pasaran kita, terdapat tiga jenis henfon, bukan tiga jenama henfon, tapi tiga jenis bentuk edaran henfon iaitu:
- Original Authorised Set
- AP Set (Diimport secara sah)
- Underwater Set (Henfon seludup)

YANG ORI

Apa yang dimaksudkan dengan ORI sebenarnya ialah telefon-telefon yang diedarkan oleh PENGEDAR YANG SAH yang dilantik dan diberi lesen pengedaran yang khas oleh pengeluar-pengeluar telefon seperti Nokia, Samsung, Motorola, SonyEricsson, Siemen dan lain-lain lagi.

Telefon ini telah disediakan khas untuk jualan di Malaysia dengan beberapa sistem yang diselaraskan dengan sistem yang disokong oleh industri telekomunikasi Malaysia. Contohnya sistem bahasa Malaysia dalam telefon bimbit dan dalam buku panduannya.

Walaupun harganya mungkin agak mahal, tetapi anda akan rasa lebih selamat menggunakannya kerana jaminan yang diberikan adalah jaminan oleh PENGILANG sendiri. Ertinya, sekiranya berlaku kerosakan telefon anda, termasuk kerosakan kamera, anda boleh claim warranty dalam tempoh jaminan tersebut. Bahkan dalam sesetengah kes, pada luar tempoh jaminan pun dapat juga. Hati akan lebih tenang kerana anda tak perlu cakap banyak atau bertengkar dengan apek penjualnya.

Cari saja cawangan2 NOKIA, atau SAMSUNG atau apa jua jenama di negeri2 seluruh Malaysia, anda boleh bawa ke mana-mana cawangan jika ada kerosakan. Bahkan bagi sesetengah telefon ada Insurans untuk kerosakan bila telefon masuk air pun!

Berikut adalah senarai pengedar SAH (authorized distributor) bagi jenama telefon di Malaysia:

NOKIA - Zitron, Avaxx dan I-mobile/Samart.
SAMSUNG - FMG (Sole Distributor)
Motorola - FMG, Brightstar dan I-Mobile/SAMART
SonyEricsson -Midland, Thorus dan T-Choice.

Itulah antara Syarikat2 yang merupakan pengedar yang sah di Malaysia. Selain daripada itu adalah pengedar tidak sah walaupun mereka dakwa ORI set.


Selain daripada jaminan yang boleh menenangkan jiwa, anda juga boleh menyertai Club2 dalam internet yang disediakan oleh Samsung / Sony Ericson atau lain-lain dengan memasukkan no siri telefon yang original anda.


AP SET?

Apa pula AP set? AP set ialah telefon yang diimport dengan kebenaran kastam, yakni telah dicukaikan oleh kastam dengan mendapat Approval Permit. AP set ertinya telefon ini diimport oleh Syarikat2 yang selain daripada pengedar yang sah (authorised distributor) seperti yang telah disebutkan tadi.

Ada di antara syarikat2 yang import ini adalah syarikat yang besar. Jadi dia boleh memberi jaminan yang agak elok juga, kerana syarikat jenis ini banyak cawangan di seluruh malaysia. Jaminan yang diberikan bukanlah jaminan daripada NOKIA atau SAMSUNG atau SE atau dengan kata lain, bukan jaminan pengilang, tetapi jaminan oleh pengimport itu sendiri.

Oleh itu, jaminannya sangat terhad. Kadang2 banyak songeh bila telefon ada problem. Lepas tu yang paling teruk, biasanya Charger dengan beteri kadang kala barang tiruan yang digunakan, bukan charger yang original daripada kilang telefon itu sendiri. Lebih2 lagi zaman sekarang yang banyak barangan tiruan daripada China yang murah2.

Underwater Set Pula?

Underwater set ialah henfon yang dimasukkan ke Malaysia secara haram, tanpa membayar cukai. harganya jauh lebih murah, tetapi jaminan yang diberikan oleh taukey kedai saja. ertinya kalau rosak, anda tak boleh pergi ke tempat lain kecuali kedai itu. Charger dan beteri biasanya adalah yang tiruan saja.

Antara AP dan Underwater ini kadang2 saling bercampur baur. Ada yang didakwa AP tetapi sebenarnya diimport secara haram. Bahkan kalau anda tengok di telefon anda ada logo VODAPHONE, ataupun TIM, memang sahlah telefon itu adalah underwater, atau pun sekurang2nya AP.

So, bila membeli yang AP atau yang ORI, anda janganlah mengharapkan warranty yang bagus. Apatah lagi kalau masuk air.

BAGAIMANA NAK CAM???

Bagaimana nak tahu yang diedarkan secara sah atau telefon jenis Authorised ini. Untuk nak tau sama ada telefon itu jenis edaran oleh pengedar sah ini;

Paling utama:
anda kena lihat pada sticker belakang henfon, kalau tertulis selain dariapada syarikat2 yang sah yg disebutkan di atas, maka ia adalah AP atau Underwater. Stiker yang ORI biasanya tidak akan ditampal melindungi nombor siri telefon.

Kedua:
anda boleh tengok kad warranty, kad warranty daripada pengedar sah, akan tertera nama syarikat pengedar yang sah tersebut.

Ketiga:
No Siri telefon: IMEI di belakang battery henfon itu sama dengan nombor siri di kotak. Jika anda membeli yang ORI, pastikan anda dapat kotak yang ada Nombor Siri yang sama dengan henfon. Sekalipun di telefon anda tertulis ZITRON, jangan terima kotak yang nombor sirinya berbeza dengan di telefon anda.

Itulah sedikit sebanyak panduan yang mungkin sudah biasa bagi sesetengah orang tapi mungkin satu pengetahuan bagi sesetengah orang. Dengan penjelasan ini, diharap anda tidak tertipu lagi dengan istilah ORI yg selalu digunakan oleh penjual2 di kedai2 telefon bimbit. Sekurang2nya kalau anda nak beli yang AP pun, anda tahu yang itu memang AP dan anda dah tahu yang mana yang ORI dan yang mana yang AP.

Sekarang ini, terpulanglah untuk anda memilih yang mana sesuai bagi anda. Nak murah, pilih AP, ada duit lebih ambik yang ORI lagi selamat.

2 comments:

Anonymous said...

tq....ia benar2 membantu

me said...

Thanks... barulah aku paham ... better beli ORI ... kalau HP mahal 1k++ , AP HP kalau murah ...