WALIMATUL URUS

ANTARA NASIONALISME DAN BAHAYANYA

| Monday, February 26, 2007
———————————————————————

MUQADDIMAH

Semenjak kejatuhan Khilafah Islam pada tahun 1924 umat Islam di seluruh tanah air Muslimin telah melihat berlakunya perubahan mendadak di dalam asas penyatuan Muslimin. Penyatuan Muslimin yang bertolak daripada aqidah yang satu yang melampaui segala batas-batas keturunan, warna kulit dan kedudukan telah ditinggalkan oleh umat Islam untuk digantikan oleh kesatuan yang berasaskan fahaman kebangsaan atau nasionalisme barat. Ia adalah satu penyelewengan bidaah yang wajib ditolak dan dibetulkan kembali oleh setiap Muslimin di zaman ini. Kejahilan para ulama mengenai kesesatan fahaman kebangsaan telah mendorong umat Islam dari segala lapisan untuk menerima dan beramal dengan kesesatan ini tanpa mereka merasa takut kepada kemurkaan Allah s.w.t. dan balasan azabNya yang pedih.

PENGERTIAN NASIONALISME

Di dalam menerangkan pengertian nasionalisme, Encyclopedia Britannicca atau Encyclopedia America menyebut:

Loyalty and devotion to the state such that national interest are placed above individual or global interest. It originates from the assumption that nations are the primary focus of political allegiance. In the religious context, for example: the focus of allegiance would be a supranational group such as Christendom or Christian community. Modern phenomena.

Takrif ini menjelaskan bahawa nasionalisme adalah fenomena yang meletakkan kesetiaan dan ketaatan manusia kepada negara, sekira-kira meletakkan kepentingan negaranya di atas segala kepentingan yang lain samada ianya merupakan kepentingan peribadi ataupun kepentingan negara-negara lain. Fahaman ini adalah bertolak daripada andaian bahawa tumpuan utama bagi ikatan politik adalah terletak kepada bangsa. Fahaman ini adalah diasaskan oleh pemikir-pemikir politik seumpama Machiavelli, Rousseau dan Johan Gottfried. Ia adalah satu fahaman baru yang muncul di zaman moden akibat daripada pergolakan sejarah yang berlaku di Eropah iaitu pergolakan yang lahir daripada perjuangan masyarakat barat untuk membebaskan negara-negara mereka daripada tekanan pentadbiran dan kezaliman kuasa gereja.

Dengan kata lain nasionalisme adalah merupakan ikatan yang berbentuk sekular yang menggantikan semua bentuk ikatan yang lain khususnya ikatan keagamaan di kalangan manusia terutamanya di barat yang berasaskan ajaran gereja Kristian. Ia adalah merupakan satu daripada panduan cara hidup sekular yang dikemukakan di zaman ini sebagai menggantikan panduan daripada sumber agama. Pentakrifan ini menjelaskan bahawa nasionalisme itu pada hakikatnya adalah fahaman penyatuan manusia yang berasaskan mendahulukan kepentingan bangsa dan negara di atas segala kepentingan yang lain.

MENOLAK SYUBAHAT MENGENAI HAKIKAT ASSABIYYAH

Bagi melengkapkan perbincangan risalah ini dan bagi menambahkan faedahnya maka perlulah diberikan penjelasan mengenai hakikat assabiyyah dan hukumnya di dalam Islam. Keperluan ini timbul sebagai menolak syubahat yang telah dikemukakan oleh para pendokong fahaman nasionalisme sekular di zaman ini terhadap pengertian assabiyyah. Mereka pertamanya telah menafikan nasionalisme sebagai tergolong di dalam assabiyyah yang dimaksudkan di dalam keterangan hadith. Keduanya mereka telah menyamakan nasionalisme yang dianuti oleh kerajaan yang memerintah sebagai fahaman nasionalisme yang pernah diperjuangkan oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmi. Sabda Rasulullah s.a.w. di dalam sebuah hadith soheh yang bermaksud:

"Bukan dari kalangan kita orang yang menyeru ke arah assabiyyah, bukan dari kalangan kita orang yang berperang di atas dasar assabiyyah dan bukan dari kalangan kita orang yang mati di atas dasar assabiyyah." (Riwayat Muslim)

Oleh itu perlulah difahami bahawa kekeliruan ini adalah bertolak daripada tumpuan yang berlebihan kepada pengertian assabiyyah dari sudut bahasa sebaliknya melupakan pengertiannya dari sudut istilah menurut keterangan Rasulullah s.a.w. sendiri. Perlulah difahami bahawa mengutamakan pengertian lughawi dengan mengabaikan pemahamannya menurut keterangan Al-Quran dan Sunnah atau pemahaman para salafus soleh bagi sesuatu kalimah yang terdapat di dalam nas-nas syarak adalah merupakan cara perjalanan ahlul bidaah sepanjang zaman.

Di dalam pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah pemahaman sesuatu kalimah syarak mestilah dicari terlebih dahulu di dalam penjelasan Allah s.w.t. dan rasulNya dan para salafus soleh. Apabila telah tidak didapati barulah pegertiannya itu disandarkan kepada perbahasan lughawi. Di dalam hal ini pengertian assabiyyah telah diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri di dalam hadith baginda yang bermaksud:

"Assabiyyah itu ialah kamu menolong kaummu di atas dasar kezaliman."

Di dalam pengertian yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. ini, baginda telah mengikat pengertian assabiyyah kepada membantu di atas dasar kezaliman. Penjelasan Rasulullah s.a.w. yang amat bijaksana ini adalah menepati dengan tabiat kesungguhan Rasulullah s.a.w.. Baginda telah menjelaskan pengertian assabiyyah itu dengan cara yang mendidik manusia kepada perubahan di dalam hidupnya kerana Islam tidak memandang sebarang faedah kepada perkataan yang tidak membawa kepada taat dan amal. Jawapan baginda yang bersifat tarbawi dan sentiasa mempunyai aspek amali yang mendekatkan manusia kepada Allah s.w.t. adalah menjadi didikan Allah s.w.t. kepada baginda. Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Al-Baqarah ayat 189 yang berbunyi:

Mereka bertanya kepadamu tentang bulan sabit. Katakanlah: "Bulan sabit itu adalah tanda-tanda waktu bagi manusia dan (bagi ibadat) Haji."

Manakala mengertikan assabiyyah dengan membahaskan maksud bahasanya adalah merupakan penyelewengan daripada pentakrifan Rasulullah s.a.w. dan mengandungi sejenis kegelapan dan kebodohan. Marilah kita bertanya adakah Rasulullah s.a.w. hendak mengajarkan kepada umatnya dari hadith tersebut mengenai kabilah arab? Tidak, tetapi Rasulullah s.a.w. ingin mengajarkan kepada umat baginda mengenai kewajipan meninggalkan kezaliman dan bahawa risalah Islam yang dibawa oleh baginda adalah memerangi kezaliman di dalam segala bentuknya, samada berbentuk fahaman, ajaran, syiar, budaya mahupun ikatan. Rasulullah s.a.w. ingin membentuk umat baginda sebagai umat yang bersih daripada kezaliman dan berjihad membebaskan manusia di dunia ini daripada kezaliman sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. di dalam Surah An-Nisaa' ayat 75 yang berbunyi:

Mengapa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah s.w.t. dan (membela) orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita mahupun anak-anak yang semuanya berdoa: "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini (Mekah) yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau. Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah s.w.t. dan orang-orang yang kafir berperang di jalan thaghut, sebab itu perangilah kawan-kawan syaitan itu kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah.

Apabila kita telah memahami bahawa assabiyyah itu ialah menolong bangsanya di atas dasar kezaliman maka pada ketika itu adalah jelas kepada kita bahawa fahaman nasionalisme sekular yang mempertahankan undang-undang sekular dan menolak undang-undang Allah s.w.t. yang diliputi oleh keadilan dari segenap sudut dan sisinya itu adalah fahaman yang benar-benar tergolong di dalam maksud hadith tersebut. Bahkan perlulah dinyatakan bahawa kezaliman yang menjadi tabiat fahaman nasionalisme moden itu adalah beratus kali ganda daripada kezaliman yang berlaku di dalam kabilah-kabilah Arab.

Kezaliman kabilah-kabilah Arab itu adalah berlaku kerana terlalu melebihkan keturunan mereka di dalam segala perkara, manakala kezaliman nasionalisme moden adalah kerana menyekutukan Allah s.w.t. S.W.T. di dalam salah satu daripada sifat UluhiyyahNya. Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Al-An'am ayat 115-116 yang berbunyi:

Telah sempurna kalimat Tuhanmu (Al-Quran) sebagai kalimat yang benar dan adil. Tidak ada yang dapat merubah kalimat-kalimatNya dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Firman Allah s.w.t. S.W.T. lagi di dalam Surah Al-Maidah ayat 45:

Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t., maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.

Firmah Allah s.w.t. di dalam Surah Luqman ayat 13 yang berbunyi:

Sesungguhnya mempersekutukan (Allah s.w.t. ) adalah benar-benar kezaliman yang besar.

Seterusnya bagi menolak syubahat yang kedua kita perlulah memahami terlebih dahulu kaedah penting yang dipakai oleh para ulamak Islam bermaksud "Sesuatu hukum itu adalah digantungkan kepada kefahaman". Memahami kaedah ini adalah amat perlu untuk melahirkan hukum yang tepat kepada mereka yang kelihatan mengamalkan sesuatu bidaah yang bercanggah dengan syariat Islam. Ia juga adalah amat penting untuk menjadi asas bagi mengetahui fahaman sebenar ulamak-ulamak Islam yang kelihatan memakai syiar-syiar golongan kuffar. Bertolak dari kaedah inilah Al-Allamah Syeikh Said Hawwa telah berkata:

"Bahawa setiap syiar yang memalingkan manusia dari mengambil jalan Allah s.w.t. S.W.T. sebagai maksudnya dan sembahannya adalah syirik. Dengan ingatan bahawa hukum ke atas seseorang dengan kekufuran atau syirik akbar adalah memerlukan kepada fatwa yang mendalam dari ahli fatwa kerana ihtimal bahawa di sana terdapatnya niat-niat yang tersembunyi yang mungkin membawa kepada peringanan hukum ke atas pengamalnya, seumpama ia menanggung lafaz-lafaz tersebut di dalam masalah ini di atas wajah yang menepati iktiqad yang betul."

Dengan kefahaman ini adalah jelas bahawa menyamakan perjuangan nasionalisme Dr. Burhanuddin Al-Helmi dan Haji Agoes Salim dengan perjuangan nasionalisme parti pemerintah adalah tidak benar kerana nasionalisme Melayu yang diperjuangkan oleh kedua-dua ulamak tersebut tidak melibatkan penolakan terhadap hukum Allah s.w.t. S.W.T.. Ia adalah suatu penyamaan yang terburu-buru dan sebagai fitnah terhadap ulamak-ulamak Islam yang wajib ditolak. Semoga dengan penjelasan terhadap syubahat-syubahat ini akan dapat membuka kepada kita hakikat kesesatan nasionalisme itu tanpa sebarang keraguan lagi menurut timbangan syariat Islam. WAllahu A'lam wa Huwa yahdis Sabil.

Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Al-Insan ayat 29-30 yang berbunyi:

Sesungguhnya (ayat-ayat) ini adalah suatu peringatan, maka barangsiapa menghendaki (kebaikan bagi dirinya) nescaya dia mengambil jalan kepada Tuhannya. Dan kamu tidak menghendaki (menempuh jalan itu) kecuali bila dikehendaki Allah s.w.t. . Sesungguhnya Allah s.w.t. adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

PENUTUP

Kalau sebelum ini di IPIS kita bising dengan isu assobiyyah harapannya selepas ini isu assabiyyah tidak timbul lagi kerana tiada dari kalangan kita yang ingin menolong membuat kezaliman sebgaimana sabda Nabi s.a.w "Assabiyyah itu ialah kamu menolong kaummu di atas dasar kezaliman."

Jika timbul isu kepimpinan didominasi oleh pelajar-pelajar dari sesebuah negeri itu hanyalah kebetulan (mungkin jumlah mereka memang terlalu ramai). Isu dari negeri mana seseorang pemimpin itu datang bukan isu yang penting... Yang penting dan utama pemimpin itu seorang yang bertakwa dan mempunyai fikrah Islam yang jelas. (orang yang paling mulia dikalangan kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di kalangan kamu.

Jika isu loghat menjadi pemecah.. itu adala suatu yang tidak patut.. sepatutnya kita meraikan loghat dan budaya di kalangan kita kerana tidak semua mampu untuk berbahasa seperti kita yang dari kecil diajar berbahasa standard dan komunikasi harian menggunakan bahasa standard (tidak seperti sesetengah orang di Pantai Timur yang jauh beratus kilometer dari tempat kita.. mereka memerlukan masa untuk menyesuaikan diri.. jika mereka berloghat sesame mereka, bukankah itu suatu yang fitrah?...

Bila isu pergaulan sosial timbul.. kitalah yang sepatutnya turut bersama mendekati mereka.. dan mereka harus menerima kita.. bukan kita membuang mereka.. Fitrah manusia yang datang ke tempat asing akan mencari mereka yang paling rapat dengan kehidupan mereka yang sebelumnya (samalah jika kita melanjutkan pelajaran ke luar Negara, semestinya kita mencari orang Malaysia untuk membantu urusan kita dan menjadi teman kita sebelum kita mengenali orang lain). Dengan kemampuan berbahasa standard yang lemah adakalanya mereka merasa malu (takut diketawakan) dan sukar untuk berkomunikasi dengan kita (apalagi menjadi teman rapat).. jadi sama-samalah kita saling membantu dan meraikan perbezaan masing-masing. Firman Allah dalam Surah Al-Hujurat:

13. Hai manusia, Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.

Sesungguhnya tidak ada jalan untuk melepaskan umat Islam di zaman ini seluruhnya daripada kesesatan beramal dengan fahaman nasionalisme selain daripada berusaha mendedahkan kepada umat Islam hakikat kesesatan fahaman kebangsaan atau nasionalisme itu sebagaimana juga segala ideologi kebendaan yang lain secara menyeluruh dan merata melalui kuliah-kuliah yang disampaikan di masjid-masjid, surau-surau, pondok-pondok dan segala saluran pengajian agama di tanah air. Risalah ini hanyalah suatu pengenalan yang amat ringkas tetapi sebagai amaran yang amat keras kepada Muslimin mengenai ancaman bahaya fahaman nasionalisme kepada kesejahteraan mereka di dunia dan di akhirat. Semoga Allah s.w.t. menjadikan risalah ini bermanfaat kepada penulis dan sekelian Muslimin. Amin.

Rujukan:

Al-Quran
Abu Abdul Halim
Kaherah, Mesir.

Ustaz Zulkifli Bin Hj.Ismail
Kaherah, Mesir.

http://www.pmram.org/manhal

Pelaburan internet.... keuntungan berlipat kali ganda.. cepat.. sebelum terlambat..

| Sunday, February 25, 2007
Baru-baru ini saya didekati oleh seorang pensyarah dari sebuah jabatan bukan pengkhususan yang agak rapat dengan saya (saya juga punya hubungan yang agak rapat dengan pensyarah bukan pengkhususan agama).. asalnya hubungan saya dengannya agak renggang (dia kurang bersetuju dengan saya) sehinggalah pada suatu hari dia bertanyakan isu muzik di dalam maktab..

pada saya isu ini cukup jelas kerena ulama telah meletakkan hukum yang jelas.. (berkenaan hukum muzik secara khusus akan saya jelaskan pada masa yang akan datang)... yang penting kita perlu mematuhi iklim dan adat serta budaya setempat berkenaan isu-isu yang khilaf seperti ini.. sesuai dengan namanya Institut Perguruan Islam, maka wajarlah kita menghormati budaya dan peraturannya..

Pensyarah tersebut puas hati dengan jawapan saya dan selepas saat itu hubungan kami menjadi semakin rapat.. dia banyak membantu saya dan dia kerap meminta bantuan dari saya.. katanya saya dah macam anaknya.. (anak?) juga anak serta suaminya mengenali saya dengan agak rapat..

baru-baru ini setelah sekian lama tidak berhubung kami terserempak dan dia kebetulan sedang mempelawa sahabatnya untuk menyertai satu progaram pelaburan melalui internet.. saya turut diajak menyertai program ini.. dengan keuntungan berlipat kali ganda, cukup menggelapkan mata saya.. saya berkira-kira untuk meningkatkan ekonomi saya (kalau betul-betul untung boleh la saya membina masjid secepat mungkin.. =>) menurutnya syarikat ini ( Geraha Dana Future) melabur dalam tukaran wang asing, perniagaan mas dan perak.. ianya melaksanakan perniagaan mengikut cara yang halal.. saya makin teruja.. namun Allah taala masih menyayangi saya hingga menyebabkan hati saya kurang tenang dan mula mempersoalkan keuntungan yang terlalu hebat itu.. saya bawa berbincang bersama teman-teman.. kami buntu.. dan kesimpulan yang kami buat -kita kena berhati-hati.. syarikat ini tidak jelas..-

petang itu saya mendapat mesej daripada seorang akhawat dari IPDA (bekasan IPIS) yang bertanyakan hal yang hampir sama.. saya tidak mampu menjawab secara terperinci.. jadi jawapan saya "bergantung kepada jenis perniagaan dan polisinya"... saya tidak berpuas hati dengan jawapan saya sendiri sehingga saya berserabut kerana tidak dapat memuaskan persaan saya dan perasaan orang lain..

alhamdulillah sambil surf internet lepas asar tadi..saya menemui jawapan yang paling hampir..

ABB Fund, Eaindex & Winlifund Yang Diminati : Haram Lagikah ?

Oleh: Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Pelaburan melalui internet semakin popular hari ini, terutama di kalangan orang awam. Umat Islam tidak terlepas dari godaan pulangan tinggi yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat ini. Ini menjadikan penyertaannya begitu hebat dan menggunung hari demi hari. Tanpa memikirkan halal dan haram, atau hanya dengan kefahaman amat tipis tentang ‘nature' sesuatu pelaburan itu dari kaca mata Islam, mereka berbondong-bondong menyertainya dengan ‘keyakinan' ianya adalah halal atau sesetengahnya tiada endah berkenaan hukum, yang penting baginya adalah RM RM RM.

‘Keyakinan' palsu ini kelihatan terserlah kesilapannya apabila tulisan-tulisan yang disiarkan di web saya http://www.zaharuddin.net/ dan disebar luas oleh yang sukarelawan Islam tersedar melalui email dan yahoogroups yang pelbagai. Setelah meneliti pelaburan-pelaburan ‘favorite' ini, ternyata hampir semuanya adalah tidak sah di sisi Islam secara sepakat ulama. Selain itu ternyata juga bahawa ianya tidak lain hanyalah ‘pinjaman dengan pulangan Riba' belaka dan bukannya pelaburan yang sah atas dasar konsep ‘Mudarabah' atau ‘Musharakah' yang diredhai Allah SWT. Kali ini kita semak sama-sama beberapa isu asas dalam tiga dana pelaburan yang amat di ‘gilai' oleh ramai.

Saya kira, mungkin ramai juga yang akan berhenti membaca artikel ini di sini akibat teruji dengan satu perasaan hebat di hatinya, bimbang akan 'terbaca' sesuatu yang tidak enak berkenaan pelaburan yang menjadi penyelesai masalah kewangan hidupnya. Apapun, saya tiada pilihan lain kecuali menyahut apa yang dikatakan oleh Nabi SAW « Berkata benarlah walaupun ianya pahit ».

Saya juga ada mendengar terdapat beberapa indivdu utama pelaburan ini dengan sengaja mengatakan

" Jangan tanya ustaz yang reti, nanti dijawabnya haram, tak pasal-pasal susah kita nak cari ahli"

Bagi saya, ucapan ini tidak lain dari bercanggah dengan kehendak ALLAH SWt yang mengingatkan kita

" Tanyalah kepada yang mengetahui jika kamu tidak mengetahui"

dan juga ertin firman Allah SWT :

" Wala yunabbi uka mishlu khabir" ertinya : "dan tiada yang dapat memberikan sesuatu jawab yang memuaskan seperti yang berpengalaman"

ABB Fund, Eaindex dan Winlifund

Semasa dihujani dengan soalan berkaitan pelaburan Em-Pay, saya juga dihujani dengan lebih lebat dengan soalan berkenaan ABB Fund, Winlifund dan Eaindex. Jika saya jumlahkan semuanya, semua soalan ulangan ini berjumlah lebih 150 kali kepada saya. Pada mulanya, ingin saya abaikan saja kerana kesibukan tugasan yang rencam, tetapi hari demi hari saya sendiri naik letih membaca soalan yang sama berulang kali, sehinggalah tergerak hati untuk mengkajinya bagi manfaat umat Islam setelah beberapa individu menelefon serta memberi penerangan lisan akan cara pelaburan ini dibuat. Ia menjadi lebih cepat dan mudah jika ada yang telah menyertainya menerangkan.

Justeru, saya ingatkan, jiak masih ada yang ingin saya cepat tolong menyemak pelaburan yang dikehendakinya, anda perlulah menelefon saya dan menerangkan dengan jelas secara lisan. Hanya kemudian selepas itu, saya akan ikuti dengan pembacaan 'line by line' di web site syarikat terbabit.

Diwarwarkan Halal

Ketiga-ketiga jenis pelaburan ini pernah dan kerap diwarwarkan ‘halal' oleh individu yang kurang biasa dengan displin mualamat Islam. Bagi ABBFund, Winlifund dan eaindex ia secara tidak sengaja atau sengaja didakwa halal kerana dikatakan pelaburannya terhad kepada aktiviti halal seperti industri minyak dan gas, hartanah, getah dan sebagainya yang halal.

Kita perlu memahami bahawa, apabila kita ingin mengetahui sesuatu pelaburan itu halal atau haram, kita tidak boleh hanya melihat kepada industri apakah yang digunakan wang kita itu. Sebaliknya, paling minima kita perlu melihat dari dua tahap.

1) Tahap Pertama : Wang dari poket kita kepada syarikat pelaburan .

Inilah tahap yang kerap dilupakan oleh para peserta ABB Fund & Swiss cash dan sekutunya. Mereka kerap memfokuskan kepada tempat ABB melaburkan dana terkumpulnya. Ini tindakan yang kurang tepat kerana kita perlulah menyemak apakah aqad atau kontrak antara kita dan syarikat Pelaburan itu terlebih dahulu. Ringkasnya, ia MESTILAH dibuat dengan tepat menurut kehendak Shariah dan menepati cara dan syarat pelaburan Islam. Jika tidak, aqad akan batal, maka tiada gunalah lagi untuk mengetahui di mana dilaburkan dana terkumpul itu.

Sebagai contoh mudah, si A mencuri duit dan kemudian membeli al-Quran dengan duit curi itu.

Hukum adalah jelas dalam hal ini, walaupun duit itu digunakan dengan cara yang betul di tahap kedua (membeli Quran), tetapi kerana tahap pertama (curi) adalah haram, maka tahap kedua yang baik tidak akanmenjadikan pembelian itu halal.

2) Tahap Kedua : Wang kita di syarikat itu dilaburkan dan digunakan untuk industri dan instrumen pelaburan halal atau haram.

Kajian tahap pertama, terhadap aqad di antara peserta dengan syarikat ABB ,Eaindex dan Winlifund ternyata menunjukkan masalah yang sama iaitu :-

Isu Pertama : ‘Fixed Return' atau keuntungan yang dijamin.

Telah berkali-kali saya sentuh isu ini, tapi nampaknya umat Islam masih kabur dan tidak dapat menangkap dengan jelas konsep sebenar pelaburan Islam yang dibuat atas asas Mudarabah dan Musharakah. Saya ingin tegaskan di sini agar saya tidak ingin lagi ditanya dengan soalan dan skim pelaburan yang sama. Sebagai panduan utama :

SEBARANG PELABURAN YANG MENJANJIKAN PULANGAN UNTUNG SECARA TETAP ADALAH HARAM MENURUT KONSEP PELABURAN ISLAM.

Saya harap dengan panduan amat amat mudah ini, semua orang boleh menjadi menentukan ianya halal atau haram bagi dirinya setiap kali ingin membuat pelaburan.

Justeru, aqad antara peserta dan syarikat ini telah dikira tidak halal di sisi Islam,

Maka di ketika ini, tiada gunalah menghabiskan tenaga menyemak tahap kedua. Bagaimanapun , bagi mendatangkan lebih keyakinan kepada pembaca yang saya kira majoritinya telah menyertainya, saya akan bantu anda untuk mengesan di mana silapnya secara ringkas dan padat.

ABB FUND

Hal ini ternyata apabila kita melihat di web ABB Fund di http://www.abbfund.biz/ atau http://abfund.mine.nu/. Kita akan dapati plannya begini :

ABB Fund Fixed Deposit

Ini bermakna jika modal ‘pelaburan' anda USD 20. Setiap hari anda dijamin mendapat pulangan sebanyak 2 % , dan jika anda letak USD 2000, maka akan mendapat 2.9 % setiap hari.

WINLIFUND

Adapun Winlifund pula seperti berikut ( rujukan http://www.winlifund.com/investment.html) :-

Value


% Per Day


Days


Return

10 USD


2.0


100


20 USD

50 USD


2.2


100


110 USD

100 USD


2.5


100


250 USD

300 USD


2.6


100


780 USD

500 USD


2.7


100


1350 USD

1000 USD


2.9


100


2900 USD

1500 USD


3.0


100


4500 USD

EAINDEX

Manakala Eaindex pula sebagaimana berikut (http://www.eaindex.com/index.php ) :-

* Minimum Index Code Purchse is $ 20

Code Types


Value


Percentage


Days


Total Percentage

Index20 Code


$ 20


1.8 % per day


100


180 %

Index1000 Code


$ 1,000


2.0 per day


100


200 %

Index5000 Code


$ 5,000


2.3 % per day


100


230 %

Ini bermakna jika modal ‘pelaburan' anda USD 20. Setiap hari anda dijamin mendapat pulangan sebanyak 1.8 % , dan jika anda letak USD 1000, maka akan mendapat 2.0 % setiap hari dan jika diberi pinjam USD 5,000 akan dibalas dengan riba sebanyak 230 %. Dalam masa 100 hari. Secara sepakat ulama Shariah silam dan kontemporari, jaminan untung ini adalah namanya RIBA dan bukan pelaburan. Saya juga telah mengulas perkara ini semasa saya menulis berkenaan Swiss Cash dan juga Em-pay.

EAINDEX dengan terus terang menyebut di laman webnya

" EAINDEX Plans are designed to simplify the investment process by providing easy calculation values of $ 20, $ 1000 and $ 5000. Each index code provides a FIXED RETURN for period of 100 days from inception"

Adakah anda perasan perkataan ‘FIXED RETURN' yang dinyatakan ? Inilah yang dikatakan Riba. Kerana Pelaburan yang diiktiraf Islam tidak dibenarkan menjamin sebarang keuntungan, hanya anggaran dan andaian sahaja serta pihak pengurusannya tidak membuat sebarang janji untuk memberi untung itu.

Demikian keputusan yang disebut secara sepakat oleh ulama silam, iaitu kontrak pelaburan itu tidak sah menurut Islam. Dan semua untungnya juga tidak sah. (Rujuk Bada'i as-Sonai', Al-Kasani, 5/119 ; Hasyiah Ad-Dusuqi, 5/281 ; Mughni Al-Muhtaj, 3/404 ; Al-Mughni, Ibn Quddamah, 5/44)

Manakala Majlis Penasihat Shariah Dunia, AAOIFI yang saya sebutkan nama pakar-pakarnya di bawah telah membuat keputusan berikut, berikut teks fatwanya :-

إذا شرط أحد الطرفين لنفسه مبلغاً مقطوعاً , فسدت المضاربة

Ertinya : "Apabila mana-mana pihak menetapkan baginya satu jumlah untung yang tetap dan pasti, maka rosaklah aqad pelaburan Mudarabah itu" ( Al-Ma'ayir As-Syaiyyah, AAOIFI, hlm 240)

Jaminan untung tertentu dalam sebarang kontrak pelaburan adalah telah sepakat seluruh ulama sebagai haram kerana ia adalah Riba. Hadith Nabi yang telah dijadikan Kaedah Fiqh menyebut :

أن الخراج بالضمان

Ertinya : "(Bagi mendapatkan) Keuntungan (hasil pelaburan) mestilah dengan menghadapi risiko (bermakna tiada untung tetap dijanjikan dan pelabur mesti menjamin keelokkan barangan yang dijual jika melibatkan jual beli)" (Riwayat As-Syafie, Ahmad, Ibn Hibban, Abu Daud : no 3508 ; Albani : Hasan)

Justeru sebarang pelaburan dengan jaminan pulangan adalah bertentangan dengan kaedah di atas tadi. Selain itu, sebarang pelaburan yang mempunyai elemen seperti ini adalah sebenarnya pinjaman dengan riba. Jaminan pulangan ini menjadikan ia berteraskan konsep pinjaman wang dengan faedah (interest) yang dijamin. Ia adalah haram dan kontrak menjadi batal menurut sepakat Ulama.

Isu Kedua : ‘Commodity Futures' dan Forex

Adapun sekiranya, tahap pertama tadi berjaya, kita wajib memeriksa tahap kedua pula. Apabila saya merujuk dan membaca ‘line by line' penerangan berkenaan ABB Fund dan Winlifund. Eaindex ternyata ia bukan sahaja melabur di dalam industri minyak dan gas sebagaimana yang difahami, ini disebutkan di web ABB

major oil companies, energy services, oil and gas exploration and production companies, and natural gas pipeline companies.,

tetapi ia juga terlibat menggunakan perniagaan ‘commodity futures' dan Forex bagi meraih keuntungan.

Ini disebutkan dari petikan dari webnya iaitu :

The ABFUND program is a long term high yield private investment program managed by a group of professional traders specialize in trading on equity market, currencies, major market indexes and energy commodity futures markets. Our successful trading record has maximize high yield return to our investors' investment and we are paying real-time in daily basis through the PAY-IT 4 PROFIT SYSTEM.

Beirkut pula dalam web Winlifund (http://www.winlifund.com/market.html )

" Basically, the markets are categorized into: Equities , Commodities Currencies, Real Estates "

Anda nampak perkataan CURRENCIES, itulah perniagaan berkaitan Forex, telah saya bawakan kajian dan keputusan Majlis Penasihat Shariah Dunia di artikel saya ketika mengulas isu Swiss Cash, sila buka link http://www.zaharuddin.net/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=157&Itemid=72

Berkenaan ‘Commodity Futures' pula, saya amat pasti, para ustaz yang tidak terlibat dengan industri perbankan dan kewangan di Malaysia atau antarabangsa, AMAT SUKAR UNTUK MEMAHAMI apakah erti ‘commodity futures', apatah lagi mengulasnya dari sudut hukum, mungkin membaca tulisan saya ini pun boleh dilanda ‘migrain'.

Ia perkara biasa dan boleh diterima, kerana setiap ustaz mempunyai pengkhususan masing-masing, seperti saya yang tidak mahir dalam bidang ‘faraid' (pembahagian harta pusaka), tiada apa yang perlu dimalukan dan aib. Cuma yang aib adalah berlagak ‘specialist' dan pakar lalu memberi fatwa dalam bidang yang bukan bidang anda, dengan mudah anda boleh ditertawakan atau disanggah oleh ‘specialist' kelak dengan hujjah 'check mate'.

Justeru, saya menasihatkan orang ramai yang menjadikan ‘ustaz' dan ‘ustazah' sebagai kiblat dalam pelaburan ini memastikan mereka benar-benar ‘specialist' dalam bidang ini, untuk itu cuba meminta penjelasan kepada ustaz yang diikuti ini, apakah ‘Commodity Futures' dan bagaimana ABB Fund ini boleh menjadi halal bila terlibat dengan commodity futures?.

Sedangkan Majlis Penasihat Shariah Institusi Kewangan Dunia telah membuat keputusan bahawa (Rujuk keputusan no 5/1/2, Al-Ma'ayir As-Shariah, hlm 371 ; Keputusan Persidangan Dallah AlBarakah, tahun 1999, no 17/1):

TIDAK HARUS (HARAM) DARI SUDUT SYARA' UNTUK BERURUSAN DENGAN ‘FUTURES CONTRACT' (termasuk Commodity Futures) SAMADA MEMBUATNYA, MEMBELI DAN MENJUALNYA.

Ia menjadi haram kerana sebab berikut :-

a) Penjualan beli komoditi secara tangguh bayaran dan penghantaran komoditi yang dijual. Ini menyebabkan ia tergolong dalam hadith, berkatalah Ibn Umar :

أن النبي صلى الله عليه وسلم نهى عن بيع الكالئ بالكالئ

Ertinya : "Sesungguhnya Nabi SAW melarang dari menjual hutang dengan hutang" (Riwayat Ad-Dar Qutni ; At-Tabrani, Al-Hakim : Sohih atas syarat Imam Muslim ; Naylul Awtar , no 2187 ; 5/174 )

Imam Ahmad, Ibn Munzir, Ibn Rusyd, Ibn Quddamah, Ibn Taymiah , As-Syubki dan Imam As-Syawkani menyebutkan bahawa telah Ijma' seluruh ulama bahawa haram membeli secara tangguh serahan barang dan juga tangguh serahan bayarannya. (Al-Mughni, 4/53 ; Bidayatul Mujtahid, 2/162 ; Az-zarqani ala Muwatta, 3/308)

b) Menurut kebiasaannya penjual secara ‘futures' ini menjual komoditi yang belum berada dalam miliknya. Ini dilarang oleh Nabi SAW sebagaimana hadith

لا تبع ما ليس عندك

Ertinya : "Janganlah (dilarang) kamu menjual sesuatu yang belum dimiliki olehmu" (Riwayat At-Tirmidzi , no 1232 , Albani : Sohih )

Selain dua sebab ini terdapat 2 sebab lain yang menyebabkan Majlis Ulama Fiqh mengharamkannya. Termasuklah unsur perjudian yang wujud. Bagaimanapun, cukuplah dua hujjah ini untuk saya dedahkan kepada awam agar infomasi yang diberikan tidak begitu berat. Sesiapa yang berminat boleh rujuk di artikel saya tentang Swiss Cash, telah saya ulasnya http://www.zaharuddin.net/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=157&Itemid=72

Sebagai makluman, keputusan ini dibuat setelah sepakat seluruh Ulama Fiqh SeDunia bersama perbincangan pakar ekonomi. Ahli Majlis Penasihat Shariahnya dianggotai oleh ulama seperti berikut :-

1.
Sheikh Mufti Taqi Uthmani (Hakim Syarie Mahkamah Tinggi, Pakistan - Pengerusi)
2.
Sheikh Abdullah Bin Sulaiman Al-Mane (Hakim Mahkamah Mekah)
3.
Sheikh Prof. Dr. Muhammad Siddiq Ad-Dharir ( Prof Shariah, Univ Khartoum, Sudan)
4.
Sheikh Prof. Dr Wahbah Az-Zuhayli (Prof Shariah, Univ Damsyiq, Syria)
5.
Sheikh Prof. Dr ‘Ajil An-Nashmi ( Prof Shariah, Univ Kuwait)
6.
Sheikh Husayn Hamid Hassan (Pengerusi Majlis Penasihar Shariah, Dubai Islamic Bank, UAE)
7.
Sheikh Abd Rahman Al-Atram ( Penasihat Shariah, Ar-Rajhi Investment Bank, Saudi)
8.
Sheikh Ali Tashkiri ( Setiausaha Agung, Kesatuan Dunia ‘Taqrib' Sunnah dan Syiah, Iran)
9.
Sheikh Dato' Ghazali Abd Rahman (Ketua Hakim Syarie, Malaysia)
10.
Sheikh Al-Ayyashi As-Sadiq Al-Faddad ( Ma'ahad Penyelidikan Islam, Islamic Development Bank, Saudi)
11.
Sheikhuna Dr Abd Sattar Abu Ghuddah (Pengerusi Majlis Penasihat Shariah, Kumpulan Perbankan Dallah Al-Barakah Sedunia)
12.
Sheikh Ahmad bin Abdullah ( Setiausaha Agung, Majlis Penasihat Shariah, Sudan)
13.
Sheikh Nizam Ya'qubi (Majlis Penasihat Shariah, Bahrain Islamic Bank)
14.
Sheikh Nazih Hammad (Majlis Penasihat Shariah, Citibank Islamic )
15.
Sheikh Dr Mohd Daud Bakar (Pengerusi, Majlis Penasihat Shariah Kebangsaan, Malaysia)

Itulah ahli Majlis yang membuat keputusan itu, saya tidak pasti jika anda masih mempercayai orang tertentu di Malaysia sedangkan ia telah dibincangkan oleh pakar-pakar seperti di atas.

Isu Ketiga : Syarikat yang amat diragui

Selain itu, walaupun perniagaan minyak dan gas, eletrik, adalah halal, dokumen-dokumen utama dan cara jual belinya dilakukan hendaklah disemak oleh sebuah Majlis Penasihat Shariah terlebih dahulu agar semua rukun dan syarat jual beli diikuti.

Sebagai contoh, Majlis Penasihat Shariah Dow Jones Islamic Fund, sila buka laman mereka di http://www.investaa.com/ ; sebelum meluluskan sebarang syarikat yang boleh di sahkan halal, mereka akan mengkaji dengan teliti, antara contohnya mereka akan memastikan syarikat tersebut tidak mempunyai pinjaman konvensional lebih dari 30 % dan banyak lagi kaedah semakannya.

Selain Dow Jones Islamic, anda boleh merujuk cara semakan dan pengesahan yang dibuat Jabatan 'Islamic Capital Market' di Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia. Dengan itu anda akan mengetahui bagaimanakah cara mereka mengesahkan sesebuah Dana Pelaburan itu untuk boleh sebagai halal. Inilah antara kerja di Suruhanjaya Sekuriti di Jabatan Pasaran Modal Islam.

Tidak perlulah saya dedahkan kaedah ‘screening' mereka kerana ianya agak teknikal dan hanya akan memeningkan orang awam yang tidak berpengalaman dalam hal pelaburan. Kesimpulan saya di sini adalah, ABB Fund dan EAindex tidak pernah memikirkan tentang halal haram, mereka adalah Kapitalis yang hanya mencari untung semaksimum mungkin tanpa mengendahkan displin Islam, jika tidak mereka sudah tentu melantik pakar-pakar Shariah untuk menyemak pelaburan mereka.

Dengan tiga hujjah ini pun sudah jelas, dan tidak perlu lagi saya mendedahkan kepincangan Shariah dalam system agensi dan commission memperkenalkan ahli bawah mereka. Jika tiga isu tidak lepas, yang lain juga tiadalah gunanya.

RUNGUTAN & RESPOND

"Kalau macam tu, semua haram ustaz, Bank Negara, kereta, rumah, ekonomi kita, negara kita, kedai runcit dan lain-lain" Demikian luahan tak puas hati yang pasti akan kedengaran bila artikel ini dibaca.

Inilah jenis respond ‘cari makan' apabila sudah didedahkan satu persatu bahawa pelaburan yang disertainya adalah bercanggah dengan hukum Allah SWT. Iaitu, cuba mengaitkan dengan perkara lain agar kelihatan mustahil untuk mengelaknya, selain itu ada juga yang akan mula mempersoalkan kewangan peribadi saya pula. Padahal, ia tiada kaitan dengan hukum pelaburan mereka. Ia dibuat hanya untuk mengubah focus isu ini kepada topic lain.

Nasihat saya, janganlah menjadi tidak teliti tentang hukum sebelum melabur hanya kerana ia membawa keuntungan lumayan. Membuat kesimpulan umum tanpa ilmu hanya membawa masalah dan kemerbahayaan kepada diri sendiri. Saya tidak punyai masa yang panjang untuk menjelaskan satu demi satu. Cukup saya katakan, bahawa lebih mudah untuk saya menjelaskan secara ‘lisan' dari menulis.

Justeru, anda boleh menemui saya atau mendaftar di kursus kewangan Islam yang akan diadakan 24 Februari 2007 jika anda ingin mengajukan soalan seperti itu. Saya tidak mahu mempromosi kursus itu di sini, kerana itu saya katakan, anda masih boleh mengajukannya secara telefon dan berjumpa saya di kuliah-kuliah bulanan saya di serata lembah Klang secara percuma. Saya kira, saya mampu menerangkannya dalam masa 5-15 minit sahaja.

HUJJAH POPULAR UNTUK MENGHARUSKAN YANG HARAM

Hujah-hujah ‘favorite' dan rapuh yang kerap digunakan mereka adalah seperti berikut :

*
Hujjah Pertama Mereka : "Apa salahnya, bukankah ia boleh meningkatkan ekonomi umat Islam",

Jawapan saya : "Ekonomi umat Islam hanya boleh berkembang bila ada unsur keberkatan. Bermuamalah dengan yang haram, adalah tiada berkat dan pasti tidak akan berkembang sampai bila-bila. Jika berkembang, ia hanya menambahkan dosa seperti melahirkan lebih banyak si tamak, penipu, pemberi dan penerima rasuah dan lain-lain unsur jahat yang secara senyap menghancur sesebuah masyarakat. Ia disebut oleh Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 278 : "Allah memusnahkan keberkatan dari harta Riba.."

*
Hujjah Kedua Mereka : "Maslahat"

Jawapan saya : Saya telah jawab isu penggunaan maslahat ketika mengulas isu ASB. Boleh rujuk artikel di link http://www.zaharuddin.net/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=224&Itemid=63....Kesimpulannya ia adalah ‘Maslahat Mulghah' iaitu Maslahat yang tertolak.

*
Hujjah Ketiga Mereka : "Jika tiada duit maka buat kebajikan pun tak boleh" dan yang sepertinya.

Jawapan saya : Sebuah hadith menyebut :

من جمع مالاً من حرام ثم تصدق به , لم يكن له فيه أجر

Ertinya : Barangsiapa yang megumpulkan wang haram dan kemudian bersedeqah dengannya( membuat kebajikan ) , maka tiadalah sebarang ganjaran kebaikan untuknya ( Riwayat Al-Hakim, 1/390; Ibn Hibban, no 797 : Sohih menurut Ibn Hibban dan Al-Hakim, dipersetujui oleh Az-Zahabi; Albani : Dhoif)

*
Hujjah Keempat Mereka : "Sampai tahap dharurat"

Jawapan saya : Ini adalah anggapan tidak sah, kerana dharurat adalah sesuatu perlara keperluan asas yang jika tidak dilakukan maka seseorang boleh hilang nyawanya. (Rujuk Al-Muwaqafat, As-Syatibi). Saya percaya ramai orang tidak melabur, tetapi masih hidup aman damai.

*
Hujjah Kelima Mereka : Ada hadith kata " tak boleh lari dari riba di akhir zaman, semua akan kena debunya"

Jawapan saya : Saya telah ulas bahawa hadith ini dhoif menurut imam Al-Munziri dan Albani.

*
Hujjah Keenam Mereka : "Tak mengapa nanti kami bersihkan sebahagian bonus dengan mengeluarkan zakat"

Jawapan saya : Syarat wajib zakat ke atas Muslim adalah memiliki harta itu dengan sah dari sudut Islam, dikeluarkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT (Rujuk Al-Badai' As-Sona'i, Al-Kasani, 2/4 ; Al-Mabsut, Al-Sarakhsi, 11/171; Ad-Deen Al-Khalis, 8/84) . Jelasnya, zakat tidak boleh menyucikan harta yang haram, ia hanya boleh menambahkan berkat bagi harta yang didapati dengan cara halal. Secara sepakat ulama bahawa tiada zakat ke atas harta haram tetapi yang diperlukan adalah melupuskannya (Qadhaya Az-Zakat Al-Mu'asiroh, Dr Naim Yasin, 2/208 ).

Marah dan Menyekat Untung

Saya pasti ada yang amat marah kerana ia telah mempunyai rangkaian yang cukup luas dan keuntungan pun sudah mencurah masuk ke akaun dengan lebat sekali. Apa yang boleh saya nasihatkan hanyalah hadith Nabi yang telah saya nyatakan dahulu iaitu

كل لحم نبت من سحت فالنار أولى به

Ertinya : "Setiap daging yang tumbuh dari harta kotor ( haram) maka Neraka lebih layak untuknya" ( Riwayat At-Tabrani, 19/136 ; Al-Mughni lil ‘Iraqi, 2/9207 ; Ithaf As-Sadat al-Muttaqin, Az-Zubaydi, 5/226)

Sebagai penambah kesedaran kita semua, suka saya nyatakan bahawa pelaburan ABB Fund, Winlifund, Em-Pay, Swiss Cash, EAindex adalah tidak sah menurut pandangan ulama dan semuanya terlibat dengan Riba dengan jelas.

Saya juga sedar betapa besarnya ujian jika saya berada di tempat pemain, pelabur dan pelopor abb fund, eaindex dan sudah meraih untung ribu-ribu..memang sukar.

Cuma suka saya ingatkan bahawa, lagi sukar sesebuah ujian, sudah tentu pahalanya juga lebih besar, sebagaimana yang pernah disebutkan oleh Nabi SAW kepada Aisyah r.a dalam sebuah riwayat :

"Pahala kamu adalah berdasarlah tahap keletihan dan kesukaranmu'


Bergembiralah bagi sesiapa yang berjaya mengekang nafsunya demi untuk kebahgian di barzakh.. pastinya Rasulullah SAW berbangga dengan anda !!

Malah saya juga merasakan, pahala individu yang sanggup berhenti kerana Allah ini mungkin lebih hebat dari saya yang menulis jawapan ini. Allahu akbar.!

Sebagai akhirnya, tahukah anda setara mana besarnya dosa Riba iaitu duit untung yang diperolehi dari ABB Fund, Winlifund, EAindex, Em-Pay ini?. Saya nyatakan disini bahawa.

Imam An-Nawawi rh berkata : "Telah Ijma' seluruh ulama Islam tentang pengharaman Riba dan ianya termasuk dalam kategori dosa besar, dan dikatakan juga Riba diharamkan oleh semua agama, antara yang berpendapat demikian adalah Imam Al-Mawardi" (Rujuk Al-Majmu', 9/391 )

BAHAYA DAN KECELAKAAN DARI RIBA

Di sini, saya sertakan beberapa nas al-Quran dan al-Hadith yang menerangkan perihal besarnya dosa riba yang menjadi sebab mengapa saya menumpukan masa yang lebih bagi menyelematkan masyarakat Islam darinya.

a)Pemakan dan Pemberi Riba Perangi Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Ia berdasarkan Firman Allah SWT :

Ertinya : "Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki Riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidal meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan RasulNya" (Al-Baqarah : 278)

Dalam ayat ini jelas menunjukkan bahawa sesiapa yang enggan dan masih berdegil untuk meninggalkan ‘saki baki' riba dalam kehidupannya dengan sengaja, maka ia akan berada dalam posisi peperangan dengan Allah SWT dan RasulNya. Ayat ini menyebut ‘saki baki', menunjukkan bahawa barangsiapa yang ingin benar-benar menurut sunnah dan menjadi mukmin sejati, perlulah ia berpengetahuan jelas tentang riba serta menjauhkan diri darinya secara seratus peratus.

Saya sering terfikir, bagaimanakah sunnah dapat ditegakkan, Negara Islam tulen dapat dibangunkan, masyarakat soleh dapat diasaskan dengan hidup dikelilingi ‘virus' Riba ini. Sedangkan zahir ayat di atas tadi membayangkan peperangan itu berlaku sejak di dunia lagi, amat malanglah bagi setiap individu dan pemimpin yang kurang mengambil endah akan hal ini.

Ibn Abbas r.a di riwayatkan berkata :

Ertinya : "Akan dikatakan kepada pemakan riba di hari kiamat : ambillah senjata kamu untuk berperang dengan Allah SWT" (Jami al-Bayan ‘An Takwil Ayyi Al-Quran, At-Tabari, 3/68 ; Ad-Durru Al-Manthur, As-Suyuti, 3/366)

Berkatalah Abu Hanifah rh pula : " Inilah ayat di dalam Al-Quran yang paling menakutkan" (Rujuk At-Tabari, Hamisyh An-Naisaburi, 4/73)

Imam Malik Bin Anas rh pula berkata :

Ertinya : "Telah ku membuka lembaran-lembaran Kitab Allah dan Sunnah Nabi SAW dan tidak ku dapati (dosa) yang lebih buruk dari Riba, kerana Allah SWT dalam mengistiharkan atau mengizinkan perang ke atasnya" (Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 3/364 )

Berkata Imam Qatadah rh : " Allah menjanjikan ahli Riba dengan hukuman bunuh, dan akan mendapatkannya dimana sahaja mereka berada" (at-Tabari, 3/72 )

b) Kehilangan Berkat Harta dan Kehidupan.

Allah SWT berfirman :

Ertinya : "Allah menghancurkan keberkatan kerana Riba dan menambahkan keberkatan dari sedeqah" ( Al-Baqarah : 276 )

Kehilangan berkat itu akan berlaku di dunia dan di akhirat:-

Di Dunia : Bentuk-bentuk kehilangan berkat harta orang terlibat dengan riba adalah dengan mudah hilang atau habisnya harta tersebut dari pemiliknya kepada pelbagai bentuk yang tidak berfaedah dan membawa dosa, sehinggalah ia akan merasa amat miskin dan faqir (walaupun ia mempunyai wang yang banyak), selain itu, harta tadi akan menjadi sebab ringannya pemilik untuk melakukan maksiat, kefasikan, dan menghinakan diri di sisi Allah SWT, lalu hilanglah sifat amanah, cenderung kepada rasuah, penipuan, dan tamak haloba. Ia juga bakal di timpa ujian harta yang banyak, seperti di rompak, curi, khianat, dan doa orang yang terkena zalim darinya juga lebih maqbul (Az-Zawajir ‘an ‘iqtiraf al-Kabair, Ibn Hajar al-Haithami, Dar al-Ma'rifat, Beirut, 1982 , 1/224). Sabda Nabi SAW dari Ibn Mas'ud r.a :-

Ertinya : "Sesungguhnya Riba walaupun lumayan (dari sudut kuantiti) tetapi hasilnya ia akan membawa kepada sedikit dan papa" ( Riwayat Ahmad, no 3754 , 1/395 ; Al-Hakim mengatakannya sohih, Ibn Hajar mengatakan sanadnya hasan ( Fath al-Bari, 4/399 )

Di Akhirat : Berkatalah Ibn Abbas r.a :

Ertinya : "Tidak diterima dari pemakan riba ( yang menggunakan harta riba tadi) sedeqahnya, hajinya, jihadnya dan persaudaraannya" (Al-Jami' li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 3/362 ; Az-Zawajir ‘An ‘Iqtiraf al-Kabair , ibid, 1/224)

c) Seperti Berzina Dengan Ibu Bapa Sendiri

Dosa individu terlibat dengan Riba juga adalah seperti berzina dengan ibu bapa sendiri, saya kira, hadith di bawah sudah tidak perlu huraian lagi lantaran kejelasannya.

Nabi SAW bersabda :

Ertinya : " Riba mempunyai 73 pintu, Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya.." (Ibn Majah, 2/764 ; Al-Hakim, 2/37 Al-hakim: Sohih menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim)

d) Lebih Berat dari 36 Kali Zina.

Nabi SAW bersabda :

Ertinya : "Satu dirham Riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk dari berzina sebanyak 36 kali" (Musnad Ahmad , 2/225 ; Ad-Dar Qutni, hlm 295 ; Albani mengatakan sohih dalam Ghayatul Maram fi Takhrij Hadith Al-Halal wal Haram lil Qaradhawi, hlm 103 )

Hadis ini bukanlah untuk merendahkan dosa zina, tetapi ia memfokuskan kepada besarnya dosa riba. Justeru, saya amat mengharapkan umat Islam membuka mata mereka kepada isu ini.

e) Salah satu dari Tujuh Dosa Terbesar

Ia berdasarkan hadith nabi SAW :

Ertinya : "Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina ( tanpa saksi adil) " ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Jika kumpulan dalil ini masih tidak mampu menyedarkan anda dari keuntungan dunia yang sementara, Sesungguhnya Allah maha berkuasa atas segala yang kita lakukan. Justeru, saya tiada sebarang komen lagi.

Saya ucap tahniah bagi sesiapa yang mampu membaca satu persatu tulisan ini ke tahap ini. Ini bermakna anda sememangnya masih mempunyai iman di hati dan masih berfikir tentang urusan halal haram. Kini ilmu telah ada, maka tindakan sahaja yang diperlukan.

Akhirnya, cukuplah sekadar ini huraian ringkas saya, samada pembaca dan peserta semua dana pelaburan Riba ini ingin berhenti atau tidak, itu terpulanglah kepada empunya diri masing-masing. Tugas saya secara sukarela yang saya jalankan hanyalah mendedahkan kebenaran yang tidak dapat lagi disembunyikan.

Saya juga pasti ramai yang ingin berhenti tetapi tidak tahu apa yang ingin dilakukan dengan keuntungan yang masuk, bagaimana ingin mendapatkan kembali modal, haruskah untuk mendapatkannya kembali dan pelabagi lagi bermain di kepala. InshaAllah saya akan cuba menulis dalam artikel lain. Kerana tidak mahu memanjangkan lain artikel ini.

Sekian

Ust Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

29 Muharram 1428 H

17 Februari 2007

‘Jangan salahkan saya Sensasi dihentikan’

|
Oleh: WANDA IDRIS

ROSNAH MAT ARIS.

KUALA LUMPUR 24 Feb. – Pelakon Rosnah Mat Aris (gambar) hari ini meminta semua pihak tidak menyalahkan beliau berikutan arahan agar program Sensasi TV3 itu dihentikan siarannya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, kontroversi yang berlaku adalah berpunca daripada kesilapan kedua-dua belah pihak.

‘‘Kalau tidak ada soalan, tidaklah ada jawapan. Cuma mungkin, baik saya mahupun pihak pengacara telah membuat kenyataan dan mengeluarkan soalan tanpa menyedari sensitiviti.

‘‘Saya berharap janganlah hendaknya kita menyalahkan mana-mana pihak tetapi adalah lebih baik kita jadikan ia sebagai satu pengajaran,’’ kata Rosnah ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai arahan kerajaan agar siaran Sensasi yang disiarkan secara langsung setiap Selasa pada pukul 11 malam di TV3 dihentikan.

Rancangan Sensasi pada 30 Januari lalu, mencetuskan kontroversi apabila aktres itu mengeluarkan kenyataan yang menyentuh secara sensitif usia isteri Rasulullah apabila diajukan pertanyaan oleh pengacaranya mengenai kecenderungannya bercinta dengan lelaki muda yang tidak sepadan usianya.

Bagaimanapun, Rosnah berharap, rancangan Sensasi yang diterbitkan oleh Jamil Hassan dan diacarakan oleh Awaluddin Shaari dan Intan Suraya itu tidak dihentikan kerana ia mempunyai ramai peminat dan mencatat rating yang tinggi.

Malah, beliau menyambut baik saranan pihak suruhanjaya supaya rancangan itu disiarkan secara rakaman untuk mengelakkan kontroversi dan isu-isu sensitif berbangkit.

‘‘Melalui siaran rakaman, pihak penerbitan boleh membuat suntingan dan artis boleh berfikir untuk memberi jawapannya.

‘‘Dengan cara itu ia tidak akan menjatuhkan maruah mana-mana pihak,’’ jelasnya.

Ditanya kemungkinan jika dirinya digam oleh pihak stesen TV berikutan kontroversi yang ditimbulkan, Rosnah berharap semua pihak memaafkan dia.

‘‘Berlakon adalah punca rezeki saya dan saya pula adalah ibu tunggal yang masih mempunyai tanggungan.

‘‘Saya minta janganlah hendaknya cepat menghukum. Saya akui kesilapan saya dan insaf, malah terus membuat kenyataan meminta maaf secepat mungkin,” katanya.

Sementara itu, TV3 dijangka mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu esok.

Kebenaran siaran langsung program Sensasi dibatal

|

Kebenaran siaran langsung program Sensasi dibatal


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), mengumumkan sudah menarik balik kelulusan yang diberikan untuk siaran langsung program Sensasi, yang disiarkan di TV3.

Ketua Komunikasi Korporat SKMM, Adelina Iskandar, berkata surat penarikan balik itu dihantar kepada TV3 Jumaat minggu lalu, yang meminta siaran langsung Sensasi dihentikan segera bagi mengelak isu sensitif berulang.

Adelina berkata, pihaknya terpaksa mengambil tindakan menarik balik lesen siaran langsung bagi Sensasi itu kerana tidak mahu lagi isu sensitif yang dipaparkan dalam program itu berulang.

“Lesen siaran langsung bagi rancangan Sensasi yang disiarkan TV3 sebenarnya kami tarik balik kerana SKMM amat memandang berat kegiatan pemegang lesen penyiaran,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Adelina berkata, SKMM mendapati TV3 tidak mengambil langkah bersesuaian untuk menyunting atau mengawal sebarang kandungan yang tidak sesuai untuk disiarkan, sekali gus ini boleh menyentuh sensitiviti Islam.

Katanya, penarikan balik itu dibuat berikutan kenyataan pelakon Rosnah Mat Aris pada 30 Januari lalu dalam program itu yang menyentuh sensitiviti umat Islam dan ia diambil selepas SKMM mengkaji terperinci perkara berkenaan.

Sehubungan itu katanya, Walaupun TV3 dibenarkan menyiarkan rancangan itu secara rakaman tetapi mereka harus mematuhi prosedur yang sudah ditetapkan oleh pihak Lembaga Penapisan Filem.

Kelmarin, akhbar ini melaporkan kenyataan Pengurus Besar Jabatan Hiburan, Sukan dan Rekreasi TV3, Azhar Borhan yang menyebut stesen berkenaan sendiri mengambil inisiatif menghentikan program Sensasi dalam bentuk siaran langsung.

Katanya, rancangan Sensasi yang biasanya disiarkan setiap Selasa jam 11 malam tidak akan lagi bersiaran secara langsung bermula minggu ini selepas perbincangan dalaman di pihak pengurusan stesen itu. Kata Azhar, ia bukan atas arahan mana-mana pihak tetapi inisiatif itu diambil selepas mengambil kira beberapa faktor termasuk meneliti kepincangan dari episod pertama hingga kelapan.

Bagaimanapun, Azhar ketika dihubungi semalam, enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan SKMM kerana mendakwa surat penarikan balik daripada suruhanjaya itu tidak dihantar kepadanya.

“Saya tidak boleh beri sebarang komen kerana tidak tahu menahu mengenai surat itu. Tanya pihak SKMM kepada siapa surat itu dihantar,” katanya.

Allahu Akbar..

| Tuesday, February 20, 2007
Malam makin tua saya masih mengadap laptop tua saya... hyundai tua ni punya sejarah tersendiri (beli tahun 2004).. Entah macamana laptop ni boleh jatuh ke tangan saya kembali.. asalnya dibeli oleh abang (cikgu kat ipoh) untuk kakak (uia) tapi tidak lama selepas beberapa bulan jatuh ketangan saya (alasannya susah nak surf internet tanpa laptop).. dalam keadaan orang lain belum mengenali komputer saya sudah mengusung laptop ke hulu ke hilir..setahun kemudian laptop ni kembali kepada abang untuk ke Sabah (KSPK).. dan hari ni kembali kepada saya.. selepas tiada yang sudi..tapi dengan kos service hampir RM400.. (kering la kawe sampai bulan 4 nih..)



Tua laptop ini tua lagi usia saya.. kini mencecah 22 tahun.. orang dulu2 dah menanggung sebuah keluarga (mungkin sedang bergaduh dengan pasangan untuk menambah 'cawangan' =>..) tapi hakikat sekarang umur setua ini masih cbuk merempit, games, playstation, friengdster, YM, sms, MP3, dating, valentine, seluar baju ketat, novel cinta, lagu cinta, cinta xsyarie, nak berhibur sepanjang masa.. n mcm2 yang tak terdaya saya menyebutnya..

tapi hebat sahabat radhiaAllahu anhum umur sebegini sudah menjadi panglima perang.. berkuda, berpedang menebang musuh yang menghalang syariat Allah, mempertahankan kesucian agama..

Jauhnya kita dengan para sahabat RadhiAllah anhum.. jangan kata nak mengangkat pedang menebang musuh… untuk angkat selimut di subuh hening yang dingin ngilu belum tentu kita sanggup.. jangan kata subuh.. nak berjemaah waktu2 lain pun payah.. (termasuklah yang menulis)..

kalaulah sahabat Radhiallahu anhum tahu di IPiS ni kehadiran masjid diambil dan dipantau.. saya rasa sahabat akan segera menghunus pedang untuk mencari ikhwah n akhawat yang liat nak ke masjid.. boleh jadi kalaupun tidak dilibas pedangnya itu, dia akan menikam dengan kata-katanya.. “syeikh kenapa dengan kamu semua… apa yang telah berlaku terhadap keislaman kamu.. kami dahulu pernah menyorok untuk solat.. bagaimana sahabat kami diseksa kerana mereka menunaikan solat.. bagaimana jiwa mereka disiksa dengan pemulauan oleh kaum kerabat sendiri.. bagaimana kami berhijrah meninggalkan kampong halaman, harta dan keluarga hanya semata-mata untuk mengamalkan Islam sepenuhnya dalam kehidupan kami.. untu kami solat dengan khusyu’ dan penuh ketenangan.. bagaimana kami terpakasa mengangkat senjata untuk kami terus tenang menunaikan solat dan menunaikan seruan Allah di dalam solat.. berapa ramai sahabat yang gugur syahid untuk mempertahankan solat… berapa ramai isteri yang menjanda kkehilangan suami di medan jihad untuk mengekalkan ruh solat… berapa ramai anak-anak yang yatim piatu kehilangan bbapa yang gugur fi sabiliLLah kerana mempertahankan Tuntutan solat sehingga kamu hari ini tahu mengerjakan solat tetapi tidak menghayati roh solat….

Sedangkan kamu bersenang lenang di ats pengorbanan dan penat jerih orang sahabat terdahulu.. kamu tinggal di tanah yang aman damai.. kamu belajar menuntut ilmu dengan mudah.. dengan elaun yang setiap bulan datang bergolek.. tapi kamu tetap berkira dengan Allah Taala…apa kamu tidak malu dengan nikmat kurniaan Allah yang setiap hari menjadi santapan jiwa raga kamu.. kamu meminta kepada Allah tapi setelah diberi kamu pergi begitu sahaja… di mana adab kamu yang kamu gegarkan sebagai adat melayu..!!? adab orang timur!!? Kamukah para guru yang akan mendidik generasi Islam? Apa mungkin Islam akan cemerlang gemilang terbilang dengan akhlak sebegini rupa? kalau nak ke masjid pun kamu berkira..!! kalau orang macam kamu semua ni hidup di zaman kami, aku rasa kamulah orang-orang yang mengalahkan Islam di medan jihad.. kamulah orang-orang yang bertempiaran lari di medan jihad.. kerana jiwa kamu tidak kental.. kamu tidak yakin dengan Allah taala.. kamu tidak yakin dengan pahala syahid.. kamu hanya kuat semasa bertakbir.. tapi kamu xmenghayati ruh takbir yang kamu laungkan itu..

Ingatlah jika semasa di dunia ini kita berkira untuk untuk mengunjungi Rumah Allah.. apa mungkin Allah akan menerima kita sebagai tetamunya di akhirat kelak..!!.....”

Ya Allah… panjang saya mengelamun… semoga Allah mengampuni saya…

Buat diri yang semakin hari semakin dewasa… biarlah kehidupan sehari-hari diisi dengan ketakwaan kepada Allah.. pengorbanan dan perjuangan menegakkan syariat ini..

Ya Allah ampuni saya..

Kuatkan semangat juang saya..

Teguhkan keimanan saya..

Kuatkan daya juang saya..

Berkati ilmu saya…

Kentalkan aqidah saya..

Rahmati dan redhai setiap gerak langkah saya..

Tanpa rahmat dan redhaMu saya tak berguna walau sebesar zarah..

Ampuni saya Ya Allah..

Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaktian, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidaklah kamu berpikir? (Al-Baqarah:44)

Artis Rosnah Mat Aris menghina Rasul

| Monday, February 19, 2007

Oleh Neo Kiman (Laman M@RHAEN)


Artis Rosnah Mat Aris telah menghina Rasullullah dengan berkata "nabi sendiri berkahwin dengan Siti Khadijah yang tua nak M****S" di dalam rancangan SENSASI terbitan TV 3 pada hari rabu 30/01/2007 jam lebih kurang 11.30 malam.

Perkataan di belakang adalah tambahan yang menghina nabi dan isteri nabi sendiri. Perkara begini adalah serious. Rancangan ini disiarkan secara langsung di seluruh Malaysia dan rakyat malaysia mendengar dan menonton kebiadapan artis tersebut.

Kalau gambar kartun pun menjadi isu yang besar, inikan pula kata-kata yang menghina. Pihak TV 3 perlu mengambil tindakan yang Drastik terhadap kesalahan sebegini. Pihak Kementerian Penerangan Juga perlu bertanggungjawab dengan jelas. Sekian

01.02.2007 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)

pilihanraya

| Friday, February 16, 2007

Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah taala kerana masih dikurniakan nikmat iman dan Islam.. nikmat yang tidak semua manusia memilikinya.. semoga Allah terus menjaga saya dari setiap detik saya bernafas dan setiap titis darah yang mengalir di dalam tubuh saya.. memelihara aqidah saya dari salah tutur, salah laku, salah I’tiqad, salah tanggap dan sebagainya..

Rabu lepas warga institute yang sudi mengunjungi rumah Allah pada waktu Zuhur dikejutkan dengan tazkirah yang begitu bersemangat dari Us Rahman.. lama beliau menyepi, zuhur itu beliau bangkit secara jelas membincangkan soal kepimpinan pelajar di ‘kampus tarbiah’ (meminjam istilah mantan pimpinan kampus) ini.. mungkin bahang pilihan raya makin terasa.. lebih-lebih lagi dengan khabar-khabar angin yang mengatakan ada kumpulan pelajar di bawa ke sebuah hotel yang berbintang oleh pihak yang cuba merosakkan system demokrasi pemilihan pimpinan pelajar dengan ‘membrainwash’ kumpulan pelajar tersebut dan membentuk perancangan pilihanraya serta cabinet bayangan… dan yang menjadi kemarahan ialah ada kalangan pentadbir yang x bertanggungjawab merangka program tersebut..

Us Rahman menyentuh ciri kepimpinan yang wajar dipilih dan haram dipilih.. yang paling ialah kata-katanya ‘haram memilih pemimpin yang tidak solat berjemaah’… kalau ciri pemimpin yang solat berjemaah menjadi nilaian utama saya kira kepimpinan di institute ini akan terus ditunjangi mereka yang berwawasan untuk mengangkat Islam ke tempat yang paling tinggi.. tapi jika sebaliknya nantilah kita tunggu saat kehancuran bilamana orang yang bukan ahlinya memimpin orang yang nak menegakkan agama..

Mengapa persoalan solat jemaah menjadi nilaian utama? Saya kira mesej ini jelas seolah-olah membayangkan bahawa kepimpinan yang menunaikan solat jemaah adalah kepimpinan yang ikhlas dan taat kepada tuntutan agama.. jika ia tidak mampu mendidik dirinya untuk solat berjemaah mana mungkin dia mampu untuk mengangkat Islam ke singgahsananya.. adakah wajar Islam dijunjung oleh mereka yang tidak mengerti kewajipan dalam mengamalkan agama..

Kampus kita adalah kampus tarbiah untuk melahirkan guru-guru agama untuk dipasarkan ke seluruh Negara.. (walaupun sekarang sudah ada opsyen bukan pengajian agama/bahasa arab di sini, itu tidak menjadi masalah.. yang penting mereka Muslim dan mengetahui bahawa mereka punya tanggungjawab) melahirkan guru tidak sepeti mengeluarkan produk kilang.. yang hanya boleh diprogramkan melalui mesin dan robot.. nak melahirkan guru memerlukan mereka dididik diasuh ditarbiah… yang melaksanakan tarbiah selain para pensyarah adalah kepimpinan pelajar yang menyusun program tarbiah.. layakkah mereka yang kefahaman islamnya berterabur (apalagi yang tidak mampu menunaikan solat berjemaah) memberi tarbiah yang jelas kepada bakal guru dan pendakwah ini?

Ustaz menyebut lagi betapa menjadi kewajipan kita memilih pemimpin yang baik.. jika kita memilih pemimpin yang tidak mempunyai asas islam yang baik dan seterusnya membuat perubahan mengikut lunas secular.. maka bersedialah untuk kita menjawab di akhirat kelak.. Tunggulah balasan Allah atas keputusan yang kita lakukan ini..

Saya kira ramai yang membuka mata berkenaan pemilihan kepimpinan ini.. dan terus menilai kepimpinan yang bakal naik.. itulah tugas kita.. memastikan yang bakal naik adalah hamba Allah yang ikhlas berjuang untuk mengangkat agamanya…

Wallahu a’lam…

| Wednesday, February 14, 2007
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani…

Alhamdulillah saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana hari ini saya masih berpeluang untuk menulis di ruangan yang saya terlalu ingin menulis untuk saya catatkan hari hari saya untuk tatapan saya dan pengajaran dan panduan bagi orang lain..

Semalam seharian saya demam.. berat kepala.. setiap bulan (lebih kurang…) inilah fenomena yang akan berlaku ke atas saya.. dengan tubuh yang semakin kurus, cengkung dan kering.. dengan makan yang semakin tidak berselera (kecuali masakan ummi).. dengan semangat yang semakin kurang.. dengan prestasi belajar yang semakin merosot.. dengan masalah yang semakin menimbun.. semoga Allah meringankan beban yang saya tanggung ini… dan saya sedar Allah tidak akan memberi beban tanggungjawab yang tidak mampu ditanggung oleh umatnya.. mungkin saya ras tidak berdaya tetapi itulah beban yang mungkin selayaknya ke atas saya…

Semalam saya demam lagi.. angan-angan untuk menderma darah x kesampaian.. kalau saya menderma juga mungkin orang lain pula yang akan mendermakan darah untuk saya..

Dua hari lepas….
Usai makan di kantin dengan tiduryang cukup saya bergegas ke dewan besar untuk menderma darah.. tapi memandangkan ramai masih menunggu giliran saya mengambil keputusan untuk mengikuti kelas tutorial.. meninggalkan sahabat yang masih setia menuggu dan teruja untuk menjadi penderma buat julung kalinya..

Satu perkara yang menjadi perhatian saya ialah ketidakprihatinan pihak penganjur terhadap privacy akhawat… berlaku ikhtilat percampuran yang agak bebas.. tahu-tahu sajalah bila menderma darah.. lengan perlu diselak untuk dicucukk… mana mungkin jarum dicucuk di atas lengan baju kurung.. katil pula bercampuran… tidak ada inisiatif untuk mengasingkan kawasan ikhwah n akhawat.. kalaupun tidak meletakkan tabir..

Akhawat muslimat pula langsung tidak ada sensitivity (?) adakala saya terfikir dimana suara-suara yang memperjuangkan hak wanita di institute ini.. mana juga suara yang memperjuangkan keadilan dakam poligami, hak wanita dalam kepimpinan.. walaupun hak tersebut telah jelas di dalam Al-Quran…

Mengapa tidak ada suatu suara pun yang mempersoalkan kehormatan dan maruah wanita yang dipertontonkan secara percuma di dewan yang berbahagia itu.. mungkin ustaz n ustazah amat bergembira dalam keadaan yang penuh ikhtilat itu.. (waalahu a’alam) @ mungkin sudah terbiasa begitu….

Zohor..

Angan-angan nak menderma darah xkesampaian saya tertidur hamper setengah jam.. bangun terpisat-pisat dan terus turun mengikuti kuliah… 10 minit mengikuti kuliah saya tidur lagi.. pening yang memberatkan kepala.. 10 minit sebelum usai kuliah saya bangun… tanpa sempat menangkap butiran kuliah… maafkan saya ustazah... Terus balik ke bilik.. sambung tidur..

Asar…
Lewat asar saya bangun menunaikan solat.. saya baring kembali…

Maghrib..
Saya bangun solat dan tidur lagi… Ya Allah kepala saya semakin berat…

5.50pg…
Ya Allah.. Isya’… dengan kepala yang masih pusing saya bergegas mengejar waktu…

Subuh…
Solat n tidur lagi…

Zohor…
Saya dikejutkan dengan panggilan sahabat.. minta terus ke masjid.. banyak perkara yang masih belum selesai meski badan masih hangat n kepala masih memberat… tetapi urusan ini adalah segala-galanya…

Di sana saya melihat kumpulan pelajar menghurungi seseorang… ulama’ besarkah datang berkunjung..? alim manakah yang sudi menjenguk? Sangkaan saya meleset yang dikerumun ialah bekas pencuri yang telah dihukum buang keran terlibat secara jelas dalam kes-kes kecurian bersiri yang menggelisahkan.. dia datang lagi selepas beberapa hari dibuang.. dengan surat sokongan daripada menteri pelajaran… apakan daya undang-undang mengatasi kuasa politik…

Asar..
Saya kembali bersemangat utk berjemaah…

Balik kebilik seterusnya membina blog bersejarah ini… hingga lewat malam…

Isya’…
Usai berjemaah saya meneruskan kerja-kerja yang tertunggak … membaca blog kak islahi.. mencari bahan assignment yang semakin hamper tarikh hantarnya.. mengurus teman-teman membuat kerja organisasi yang tak pernah usai…. Saya lenadi lewat malam…

Ya Allah berikan sinar baru untuk say meneruskan kehidupan ini.. dalam hari-hari yang penuh dengan mehnah ujian tribulasi dan ibtila’ serta halangan.. tidak aku mengharapkan padaMu Ya Allah melainkan keampunan dan keredhaan yang tidak ada zat yang mampu menganugerahkannya melainkan ZatMu Yang Maha Esa….

Wallahu A’lam…

Muqaddimah

| Tuesday, February 13, 2007
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani. saya bersyukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala kerana dapat saya menulis di sini. Setelah sekian lama saya mencari waktu yang paling sesuai bagi saya untuk saya meluah perasaan saya sebagai seorang Muslim yang cinta akan Yang maha Esa, sebagai seorang ummat yang kasih pada Rasulnya, sebagai seorang anak yang yang sayang ibu bapanya, keluarganya, prihatin pada masyarakatnya serta bercita-cita membangunkan negaranya mengikut acuan Rabbul Jalil.

Saya berdoa dengan semangat dan kudrat yang ada ini berbekalkan sedikit ilmu yang terlalu sedikit, sedikit pengalaman yang terlalu cetek untuk saya luahkan kekalutan-kekalutan yang terlalu menekah ummah ini. apa saja aspek. agama,budaya,pendidikan,ekonomi,politik. aqidah, syariah, akhlak. budaya warisan budaya bangsa, budaya negara. budaya baru. ekonomi dunia, ekonomi kampung. pendidikan tinggi pelajaran rendah. politik dunia, negara, negeri, kampus. apa saja asal berkait dengan ummat.

moga Allah merahmati dan meredhai saya..

aku bukan seperti yang engkau sangkakan
pura-pura di dalam berjuang
aku tidak pandai menyulam rahsia
aku tak pandai bermadah bicara

jika ada berkecil hati
khabarkanlah padaku
rela kuterima walau kutukan
asalkan aqidah terjaga

kerana
tidak sanggup lagi
mempermainkan dustur Ilahi

Wallahu a'lam